omniture

Snapmaker Sebarkan Keceriaan Musim Cuti dengan Kempen dan Promosi Media Sosial

Shenzhen Snapmaker Technologies Co., Ltd.
2022-01-03 12:54 354

SHENZHEN, China, 3 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Dengan musim cuti yang semakin menghampiri, pengeluar digital Snapmaker menyertai festival ini menerusi kempen media sosialnya dan tawaran akhir tahun untuk komuniti pembuat.


Membina 'Wonderland' pelanggan

Snapmaker menganjurkan Pertandingan 'Snapmaking' ke-8 bertema "Membina Alam Ajaib Anda" ("Build Your Wonderland"). Antara semua hiasan Krismas yang dihasilkan oleh peserta, hadiah utama, kupon bernilai $1,000 disampaikan kepada Nicklaus Clemmer yang menghasilkan kampung Krismas yang mengasyikkan. Mencipta bahagian utama kampung dengan fungsi pencetakan 3D Snapmaker 2.0, pokok Krismas dan papan tanda dengan Modul Laser serta tasik dengan Modul Rotari Snapmaker 2.0, kampung ini mengadunkan segala-galanya dengan sempurna.

Berkongsi Hasrat Tahun Baharu pengikut 

Di samping itu, pengeluar ini menganjurkan acara media sosial mulai 13 hingga 24 Disember bagi menggalakkan pengikutnya berkongsi bagaimana Snapmaker dapat membantu mereka memenuhi hasrat tahun baharu mereka. Penyertaan yang berjaya dijangka memenangi Snapmaker 2.0 A350T tergubah suai. Beratus-ratus penyertaan telah diterima, bermula daripada penghasilan hadiah diperibadikan dan penciptaan detik yang meningkatkan kegembiraan bersama insan tersayang dengan bantuan Snapmaker.

"Saya ingin memulakan perniagaan baharu buat diri saya sendiri dan isteri saya membuat hiasan kayu premium serta aksesori rumah. Snapmaker akan sangat membantu menjadikan idea ini suatu kenyataan!" kata Zachary.

"Saya berharap dapat menang supaya saya dapat meningkatkan lagi kemahiran saya dan memiliki aliran kerja yang lebih pantas bagi mendorong cita-cita saya untuk menghasilkan lebih banyak lagi dan memberi inspirasi kepada orang lain seperti keluarga saya dan individu berfikiran terbuka yang berhati mulia," kongsi Daniel.

Menyambut Musim Cuti Bersama Seluruh Pelosok Dunia 

 "Kami teruja untuk menawarkan tawaran untuk produk kami, dengan harapan agar dapat menjadikan musim cuti pelanggan kami lebih bermakna dan istimewa," kata Rainie, pengarah pemasaran Snapmaker. Sepanjang tempoh promosi musim cuti bermula dari 16 hingga 31 Disember ini, pelanggan dapat menjimatkan 20% daripada kebanyakan kategori dengan membeli belah di kedai dalam talian Snapmaker atau di Amazon.

Pada 27 Disember, Discovery Factory di Holland menganjurkan sebuah acara khas dan bekerjasama dengan pesertanya untuk mesin Snapmaker bagi membuat setem dengan nama mereka sendiri di atasnya. "Kami berasa gembira dapat melihat kita meraikan musim cuti ini dipenuhi dengan kegirangan dan kegembiraan bersama pengguna kami di serata dunia," kata Rainie.

Latar Belakang Snapmaker 

Snapmaker ialah sebuah syarikat teknologi yang membangunkan, mengeluarkan dan menjual pencetak 3D berbilang fungsi atas meja. Dikhususkan untuk mencipta mesin pasang siap atas meja yang berkualiti premium dan mesra pengguna, Snapmaker digemari oleh pelanggan luar negara dan domestik.

 

Source: Shenzhen Snapmaker Technologies Co., Ltd.
Keywords: Advertising Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology New products/services