omniture

MR Solutions Bakal Melancarkan Dua Rekod Pertama Dunia dalam Imbasan Praklinikal di Persidangan Pengimejan Molekul Dunia di Savannah Minggu Ini - Gabungan 3T, MRI/PET Bebas Kriogen dan MRI/SPECT 3T

MR Solutions
2013-09-18 07:43 157

LONDON, 18 September 2013 /PRNewswire/ -- MR Solutions yang berpusat di UK terus menerajui revolusi teknologi dalam imbasan praklinikal dengan pelancaran pengimbas gabungan 3T, MR/PET bebas kriogen pertama dan pengimbas 3T, MR/SPECT pertama di Persidangan Pengimejan Molekul Dunia (WMIC) di Savannah pada minggu ini (18-21 September).

Dr David Taylor, Ketua Pegawai Eksekutif MR Solutions, memberi komen, "Kombinasi PET beresolusi tinggi, atau SPECT dengan MRI bebas kriogen berprestasi tinggi akan menyediakan faedah signifikan untuk bidang akademik dan farmasi. Sistem ini buat pertama kalinya menawarkan untuk penyelidik pengimejan modaliti berbilang serentak yang tidak boleh didapati secara komersil sebelum ini. Ia merupakan satu lagi perkembangan dalam pelan kami bagi menyediakan imej dan data berfungsi dengan kualiti terbaik dalam cara yang membuatkannya lebih pantas dan mudah untuk saintis menyelidik menggunakan haiwan."

Bagi menyediakan imej SPECT, MR telah merangka sistem agar tiga kepala kamera gamma dan kolimator bertumpu boleh dikelipkan dengan mudah pada bahagian hadapan jara pengimbas MRI bagi menyediakan imej SPECT 3D yang canggih. Imej SPECT ini boleh dicatatkan dengan imej MRI bagi menyediakan kemampuan gabungan anatomi dan fungsi. Kamera gamma SPECT juga boleh digunakan dengan sendirinya.

Kemampuan PET disediakan oleh pengesan keadaan pepejal baharu dan teknologi ASIC yang dimasukkan dalam jara pengimbas MRI. Pengimbas itu menggabungkan ciri-ciri struktur dan fungsi yang halus pada tisu yang disediakan oleh MRI dengan kepekaan ekstrem pengimejan PET bagi metabolisme dan penjejakan jenis sel atau reseptor sel yang dilabel secara khusus. Ini sangat berguna bagi penyelidikan onkologi, kardiologi dan neurologi.

Rangkaian pengimbas MRI 3T yang bebas kriogen dan diletakkan atas meja (jara 16, 31 dan 72 cm) oleh MR Solutions yang baru dilancarkan awal tahun ini telah mengubah sepenuhnya bidang pengimejan praklinikal. Teknologi baharu ini bukan sahaja menyediakan kontras tisu lembut yang tajam dan resolusi ruang tinggi, medan magnet tiris yang banyak dikurangkan dan semua faedah lain, tetapi juga membenarkan kekuatan medan magnet dipelbagaikan dengan mudah.

BAGI MAKLUMAT MEDIA:
Simon Vane Percy
(t) +44(0)1737-821890
(e) simon@vanepercy.com
(b) +44(0)7710-005910

Sumber: MR Solutions

 

 

Source: MR Solutions
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services Trade show news