omniture

CCTV+: Presiden China Media Group sampaikan pesanan Tahun Baharu kepada khalayak global

CCTV+
2022-01-04 02:11 87

BEIJING, 4 Januari 2022  /PRNewswire/ -- Presiden China Media Group (CMG) Shen Haixiong berucap kepada khalayak global pada hari pertama tahun 2022 dengan memberi tumpuan kepada refleksi usaha CMG sepanjang tahun lalu dan peranan besar kumpulan ini terhadap liputan berita pada masa depan.

"Sinaran cahaya matahari pertama Tahun Baharu ini menerangi dunia. Tahun baharu ini merupakan Tahun Harimau mengikut kalendar lunar Cina. Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya dari Beijing, semoga tahun ini dipenuhi kemakmuran dan penuh bertenaga!" kata Shen.

Mengambil maklum bahawa CMG telah menjadi saksi kepada masa lalu yang luar biasa dan melakar pencapaian negara melalui khidmatnya yang berdedikasi, Shen berkata bahawa perkhidmatan penyiaran luar negara China akan meneruskan usaha ini dalam tahun 2022.

Shen turut berkata bahawa penyampaian kisah China dengan baik kepada khalayak global kekal sebagai misi CMG.

Presiden CMG berkata bahawa laporan berdasarkan fakta harus menjadi prinsip asas para wartawan global dan dalam pada itu, kumpulan ini telah membongkar pembohongan dan mitos dalam berita berhubung isu seperti COVID-19 dan Afghanistan.

Beliau berkata bahawa kumpulan ini telah mewujudkan mekanisme kerjasama yang pelbagai dan inklusif bersama rakan media antarabangsa.

Presiden CMG turut merujuk kepada penganjuran berjadual oleh China untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Sukan Paralimpik 2022 - acara sukan yang terbesar di dunia bagi tahun 2022.

Shen berkata bahawa China Media Group bersedia untuk membawa acara ini kepada khalayak global menerusi teknologi yang canggih dan Olympic Channel yang baru dilancarkan.

"Semasa berlangsungnya Sukan Olimpik Tokyo 2020, CMG menyiarkan liputan langsung pertama dunia bagi acara Sukan Olimpik di saluran Ultra HD 4K. Saluran ini menarik minat lebih daripada 400 juta penonton dalam tempoh tiga bulan pelancarannya. Hanya dalam masa lebih 30 hari, api Olimpik akan dinyalakan sekali lagi di Beijing, semasa Tahun Baharu Cina. Menerusi teknologi '5G+4K/8K+AI', CMG telah menyediakan gerabak penstriman langsung melalui kereta api berkelajuan tinggi dari Beijing ke Zhangjiakou, wilayah Hebei. Ia merupakan penyelesaian teknologi pertama di dunia yang merakam dan menyiarkan dengan penstriman Ultra HD pada kereta api berkelajuan tinggi," kata Shen.

Shen juga berkata bahawa pada tahun 2022, CPC akan mengadakan Kongres Kebangsaan ke-20 bagi merangka pelan tindakan untuk masa depan China.

Pautan: https://youtu.be/tgS2VG4TRQs

 

 

Source: CCTV+
Keywords: Entertainment Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Television