omniture

CGTN: Memandang ke arah 2022, China berjanji tidak akan pernah bersandar pada apa yang telah dicapai, bersedia menempuh perjalanan jauh di hadapan

CGTN
2022-01-05 01:52 123

BEIJING, 5 Januari 2022  /PRNewswire/ -- Tatkala China melangkah ke arah matlamat seratus tahun kedua untuk membina sebuah negara sosialis moden yang hebat dalam segenap aspek, tahun 2022 akan menjadi satu lagi tahun yang penting.

"Bagi memastikan agar semua orang menjalani kehidupan yang lebih baik, kita tidak boleh bersandar pada apa yang kita capai dan masih jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuhi," kata Presiden Cina Xi Jinping pada hari terakhir tahun 2021.

Sejak tahun 2014, Xi menyampaikan ucapan Tahun Baharu selama sembilan tahun berturut-turut, memimpin rakyat Cina untuk mengimbau kembali pencapaian dan memandang ke arah perjalanan di hadapan.

China memenuhi tanggungjawab terhadap sejarah 

Selepas menyampaikan ucapan kepada rakyat Cina, presiden menyambung ucapan beliau dengan menyifatkan tahun 2021 sebagai "luar biasa signifikan".

"Menerusi penumpuan bersejarah Dua Matlamat Seratus Tahun, kami telah memulakan perjalanan baharu untuk membina sebuah negara sosialis moden dalam segenap aspek dan mengambil langkah yang yakin di laluan menuju penggiatan semula bangsa Cina yang hebat."

Pada tahun 2021, China merealisasikan matlamat seratus tahun pertama untuk membina masyarakat sederhana makmur dalam segenap aspek, Parti Komunis China (CPC) menyambut ulang tahun keseratusnya dan resolusi terhadap pencapaian penting dan pengalaman bersejarah CPC sepanjang abad yang lalu telahpun diterima pakai.

Beliau mengumumkan pada 1 Julai bahawa China telah merealisasikan matlamat seratus tahun pertamanya untuk membina masyarakat sederhana makmur dalam segenap aspek. Pembasmian kemiskinan dianggap sebagai "tugas asas" dalam mencapai matlamat pembangunan yang penting ini.

Pencapaian masyarakat sederhana makmur dalam segenap aspek dan pembasmian kemiskinan melampau merupakan apa yang dibawakan oleh CPC kepada rakyat Cina dan ia juga merupakan sumbangan kepada dunia, kata Xi pada hari Jumaat lalu.

Perjuangan China memerangi COVID-19 dan sumbangan kepada respons COVID-19 global merupakan satu lagi sorotan penting.

Mengulas mengenai panggilan telefon dan mesyuarat maya bersama pemimpin asing dan ketua pertubuhan antarabangsa, beliau berkata bahawa hanya melalui perpaduan, solidariti dan kerjasama negara-negara di seluruh dunia dapat menempuh lembaran baharu bagi membina sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia.

Sehingga kini, China telah menyediakan dua bilion dos vaksin COVID-19 kepada lebih daripada 120 negara dan pertubuhan antarabangsa.

China bersedia menempuh perjalanan jauh di hadapan 

"Dunia mengalihkan tumpuannya kepada China dan China bersiap siaga," kata Xi apabila memandang tahun akan datang.

Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 hanya tinggal sebulan sahaja, lalu menjadikan Beijing sebagai bandar pertama di dunia yang menganjurkan kedua-dua Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk.

Mengambil maklum bahawa merealisasikan penggiatan semula yang hebat untuk bangsa Cina bukanlah tugas yang mudah, beliau menegaskan mengenai kepentingan melaksanakan "revolusi-kendiri yang berani agar dapat memperoleh inisiatif bersejarah."

Sidang pleno keenam Jawatankuasa Pusat CPC ke-19 diadakan pada bulan November meninjau usaha pihak Parti sepanjang abad yang lalu, menetapkan garis panduan untuk Parti ini bagi mencapai penggiatan semula negara dengan belajar daripada sejarah.

Plenum itu turut mengambil keputusan untuk mengadakan Kongres Kebangsaan CPC ke-20 pada separuh kedua tahun 2022, acara yang sangat penting yang mempunyai kepentingan politik yang besar baik untuk Parti mahupun negara ini.

"Kebimbangan rakyat sentiasa saya titikberatkan dan aspirasi rakyatlah yang sentiasa saya perjuangkan," kata Xi.

https://news.cgtn.com/news/2021-12-31/China-vows-never-rest-on-the-achieved-ready-for-a-long-way-ahead-16rIxPSgxfq/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Broadcast feed announcements