omniture

CGTN: Mencari kebahagiaan buat rakyat: Perjalanan China menuju kemakmuran bersama

CGTN
2022-01-05 01:54 114

BEIJING, 5 Januari 2022  /PRNewswire/ -- Pada tahun 1980-an, China membenarkan sesetengah rakyat menjadi kaya terlebih dahulu bagi membantu orang lain mencapat matlamat negara menuju kemakmuran bersama secara berperingkat-peringkat. Kini, kemakmuran bersama merupakan laluan keutamaan bagi membawa kebahagiaan kepada semua rakyat.

CGTN: Mencari kebahagiaan buat rakyat: Perjalanan China menuju kemakmuran bersama
CGTN: Mencari kebahagiaan buat rakyat: Perjalanan China menuju kemakmuran bersama

Pada tahun 2021, China merealisasikan matlamat untuk membina masyarakat sederhana makmur dalam segenap aspek (dikenali sebagai "Xiaokang" dalam bahasa Cina) dan mendapat permulaan yang baik sepanjang tempoh Rancangan Lima-Tahun ke-14 (FYP) (2021-2025).

"Bagi memastikan agar semua orang menjalani kehidupan yang lebih baik, kita tidak boleh bersandar pada apa yang kita capai dan masih jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuhi," kata Presiden Cina Xi Jinping dalam ucapan Tahun Baharu beliau pada hari Jumaat lalu.

Mengikuti pelan tindakan 

Dalam tahun pertama tempoh FYP ke-14, China melaksanakan pelan tindakan dengan tumpuan kepada falsafah bertumpukan rakyat dan mengutamakan usaha untuk mendorong paradigma pembangunan baharu, mengukuhkan peranan inovasi dan memajukan transformasi mesra alam dalam pembangunan sosial dan ekonomi.

Falsafah bertumpukan rakyat menjadi kunci kepada pencapaian luar biasa China dalam dekad-dekad yang lalu dan akan memandu negara ini ke arah kemakmuran bersama. Selepas membasmi kemiskinan melampau di seluruh negara dan mencapai matlamat "Xiaokang", China memulakan perjalanan baharu ke arah pemodenan sosialis dan penggiatan semula negara.

"Dalam perjalanan ke hadapan, kita perlu bergantung sepenuhnya kepada rakyat bagi melakar sejarah," kata Xi, juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunikasi China (CPC) dalam satu ucapan di sebuah perhimpunan bagi menyambut ulang tahun keseratus CPC pada 1 Julai. Beliau berjanji bahawa CPC akan menumpukan perhatian kepada kebimbangan rakyat dan menggalakkan kemakmuran bersama buat semua.

Pemimpin-pemimpin Cina telah menegaskan kepentingan untuk mencipta dan mengumpul kekayaan sosial dari satu segi dan mengelakkan polarisasi dari satu segi yang lain. Pertama, semua rakyat Cina perlu bekerjasama untuk menghasilkan "kek" yang lebih besar dan lebih baik; selanjutnya usaha harus dilakukan untuk membahagikan "kek" tersebut dengan baik mengikut susunan institusi yang betul, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan selepas Persidangan Kerja Ekonomi Pusat pada bulan Disember.

Semasa memberi lebih penekanan ke atas pasaran domestik, China turut mengulangi lagi janjinya untuk membuka lebih luas dan berkongsi peluang pembangunan bersama dunia.

Meletakkan inovasi di tengah-tengah pendorong pemodenannya, China mencapai pelbagai kejayan saintifik dan teknologi seperti pelancaran kapal angkasa berawak Shenzhou-13, pendaratan prob Marikh Tianwen-1 di planet merah tersebut, kemajuan dalam industri pembuatan cip serta lonjakan dalam pengkomputeran kuantum.

Memandangkan pembangunan mesra alam menjadi keutamaan, China berulang kali menegaskan janjinya untuk mencapai puncak emisi karbon menjelang tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2060 serta memperkenalkan beberapa dasar untuk merealisasikan matlamat berkenaan.

Pada tahun 2021, negara ini menyaksikan pengembaraan gajah Asia yang menarik perhatian global, menjanjikan lebih banyak pelaburan untuk melindungi biodiversiti, melancarkan projek kuasa angin dan fotovolta di kawasan padang pasir dan mengulangi komitmennya untuk memerangi perubahan iklim.

Kebimbangan utama Xi terhadap lawatan domestik 

Presiden Xi melakukan 11 lawatan pemeriksaan di sekitar China sepanjang tahun lalu, meninggalkan jejak beliau di puluhan tempat. Terdapat beberapa isu penting yang ditekankan oleh Xi di setiap hentian ini yang mencerminkan beberapa bidang keutamaan dalam pembangunan negara ini sepanjang tempoh FYP ke-14 dan selanjutnya.

Bermula daripada tempat Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 dan kampung terpencil hinggalah kawasan simpanan semula jadi dan syarikat kecil-kecilan, lawatan beliau menunjukkan komitmen China untuk memajukan perkembangan ekologi dan meneruskan pembangunan yang inovatif, mesra alam dan berkualiti tinggi.

"Rakyat", "ekologi", "inovasi", "kualiti tinggi", "keselamatan", "budaya", "perkhidmatan", "pendidikan", "teknologi" dan "kawasan luar bandar" merupakan antara perkataan dan frasa utama yang disebut oleh Xi semasa kunjungan beliau pada tahun 2021, menurut analisis CGTN.

Di setiap lawatan beliau, Xi menunjukkan keprihatian yang mendalam terhadap rakyat. Beliau melawat pangkalan revolusioner lama, kawasan etnik minoriti dan tempat yang mempunyai infrastruktur yang kurang baik, keadaan alam sekitar yang rapuh dan mangsa bencana alam yang kerap terjadi. Beliau melawat rakyat miskin, berbincang dengan pegawai tempatan, memeriksa keadaan dan mengkaji semula usaha pembasmian kemiskinan.

Apabila mengunjungi Wilayah Guizhou di barat daya China pada bulan Februari, beliau menekankan kepentingan membuka laluan baharu yang mengutamakan pemuliharaan ekologi dan pembangunan mesra alam.

Beliau turut menekankan mengenai perlindungan biodiversiti ke atas Dataran Tinggi Qinghai-Tibet dan persekitaran ekologi lembangan Sungai Kuning dan Saihanba – tanah yang dahulunya tandus dan terletak di Wilayah Hebei, utara China yang telah berubah menjadi salah satu hutan buatan manusia yang terbesar di dunia – semasa kunjungan beliau ke wilayah Qinghai, Henan, Shandong dan Hebei serta Wilayah Autonomi Tibet.

Di tengah-tengah persekitaran luar yang semakin rumit, beliau menyeru usaha untuk mengukuhkan pembaharuan struktur bahagian bekalan, membina paradigma pembangunan baharu dan memajukan pembangunan yang berkualiti tinggi dalam banyak kesempatan.

https://news.cgtn.com/news/2022-01-01/Seeking-happiness-for-the-people-China-s-journey-to-common-prosperity-16sKtHFJZ8k/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service