omniture

Coway di CES 2022: Penyelesaian Kehidupan Inovatif yang Menjadikan Kehidupan Lebih Baik

Coway Co., Ltd.
2022-01-05 14:35 255

- Coway memperkenalkan Smart Care Air Mattress dan Smart Sleep Solutions, menggabungkan inovasi Penjagaan Tidur dan Udara terkininya, buat julung kali dengan pengalaman interaktif secara eksklusif di persidangan ini

- Orang ramai di seluruh dunia boleh mengalami pameran ini secara maya di Laman Web Jenama Coway CES 2022, seperti berada di Las Vegas

LAS VEGAS, 5 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "The Best Life Solution Company," hari ini memperkenalkan inovasi perkakas rumah persekitaran terkininya di Pameran Barangan Elektronik Pengguna (CES) 2022, didorong oleh penyelidikan dan pembangunan (R&D) proprietari selama bertahun-tahun. Selaras dengan tema "We Innovate for your better life", pameran Coway menonjolkan inovasi terkini syarikat ini bagi tilam, penulen air, pembersih udara dan bidet.

Coway Smart Care Air Mattress
Coway Smart Care Air Mattress

Untuk berinteraksi dengan lebih ramai orang di seluruh dunia, Coway membawakan produk, perkhidmatan dan zon yang dipamerkan dan lebih banyak lagi di CES 2022 Coway Brand Site. Di sini, tetamu dapat menikmati acara ini seolah-olah mereka benar-benar berada di sana melalui kandungan yang menarik termasuk pembukaan reruai dan video lakaran yang menyeronokkan.

"Secara global, kita semua meluangkan lebih banyak masa di rumah kita berbanding sebelum ini. Ini bukan sahaja menyemarakkan semula dedikasi kami untuk menjadikan rumah setiap pengguna sebagai tempat berlindung yang sihat untuk istirahat dan kesejahteraan," kata Kevin Shim, Ketua Pemasaran di Coway AS. "Kami percaya produk penjagaan tidur, air dan udara terkini kami menjayakan usaha berkenaan pada kemuncak reka bentuk dan penjagaan diri."

Smart Sleep Solution untuk Tidur Lebih Nyenyak

Kategori baharu ini dilancarkan ketika dunia terus mencari jalan untuk meningkatkan kesihatan mental mereka. Menurut National Heart, Lung and Blood Institute, tidur memainkan peranan yang kritikal dalam kesihatan emosi serta fizikal anda dan masalah kurang tidur secara berterusan dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung, penyakit buah pinggang, tekanan darah tinggi, diabetes serta strok. Melihatkan peranan penting tidur terhadap kesihatan dan kesejahteraan diri seseorang, Coway memperkenalkan produk baharunya yang inovatif, "Smart Care Air Mattress" buat julung kali berserta pengalaman interaktif di Zon Smart Sleep Solution.

Smart Care Air Mattress yang boleh dilaraskan ini menggunakan teknologi berpaten, proprietari Coway untuk tidur waktu malam yang lebih nyenyak. Selepas mengesan tekanan badan dan posisi tidur pengguna, tilam ini menyesuaikan fungsinya kepada salah satu daripada sembilan tahap kepadatan melalui Sel Udara. Poket udara generasi seterusnya ini mengawal tekanan udaranya sendiri untuk menyesuaikan kepadatan tilam. Hasilnya, tilam ini sentiasa terasa baharu dengan teknologi baharu yang tahan lama ini yang menggantikan spring tilam yang cepat haus tradisional. Di Zon ini, pengunjung boleh mengalami Smart Sleep Solution Coway yang disambungkan dengan produk Air Care bagi menghasilkan kelembapan optimum demi tidur yang berkualiti.

Di reruai ini, pelawat boleh mengalami bagaimana Smart Care Air Mattress menyesuaikan bilik untuk waktu tidur sebaik sahaja mereka berbaring di atasnya. Penyelesaian IoT ini memadamkan lampu dan tilam menyesuaikan secara automatik kepada kepadatan optimum bergantung kepada tekanan badan individu. Kemudian, pelembap dan pembersih udara menyediakan secara automatik kualiti udara dan kelembapan yang ideal untuk tidur yang lena. Apabila sensor Smart Sleep Solution mengesan pengunjung bangun dari katil, lampu dihidupkan, tilam ditetapkan dalam mod 'Bangun Bersantai' (Relax Wake-Up) manakala pelembap serta pembersih udara dipadamkan secara automatik.

Noble Collection Coway

Di Zon Noble, Coway mempamerkan barisan perkakas reka bentuk premiumnya, Noble Collection Coway yang menunjukkan dedikasi berterusannya terhadap reka bentuk pintar.

Noble Collection melambangkan tiga unsur utama reka bentuk perkakas rumah premium yang dipatuhi oleh Coway: reka bentuk yang bersepadu dengan ruang, prestasi yang dioptimumkan dan pengalaman pengguna yang termaju. Melalui kesederhanaan untuk memfokuskan kepada fungsi asal produk, reka bentuk ini berharmoni dengan persekitarannya bagi melengkapkan sebarang nilai estetika rumah.

Setiap satu mempunyai reka bentuk unik dan ciri-ciri yang luar biasa, siri penulen air Noble Coway dan tempat memasak induksi Noble dipamerkan di bahagian dapur. Penulen udara dan pelembap yang bergaya dan kompak turut dipamerkan di bahagian ruang kediaman Zon Noble.

Pembersih Udara Reka Bentuk Artistik untuk Hiasan Rumah

Reruai ini akan mempamerkan palet warna dan seni grafik yang bergaya menerusi pembersih udara AP-1019C Coway (turut dikenali sebagai Airmega 150). AP-1019C ialah pembersih udara yang dibangunkan untuk pertukaran penapis yang mudah dengan reka bentuk kartrij yang lancar, pengasingan kelompok serta reka bentuk yang mudah untuk menggantung kering pra-penapis selepas mencuci. Ia juga membolehkan pengguna menarik rangkaian warna dan reka bentuk baharu ke dalam rumah mereka dengan pilihan warna putih, hijau, merah jambu dan biru kelasi yang sofistikated berserta dua edisi seni botani yang diinspirasikan oleh keindahan alam semula jadi dan keupayaan untuk meningkatkan ketenangan.

Pembersih udara AP-1019C kini tersedia di Amerika Syarikat serta Eropah, Jepun, China dan juga Thailand.

Untuk maklumat lanjut mengenai reruai Coway di CES, sila kunjungi CES 2022 Coway Brand Site.

Latar Belakang Coway Co., Ltd.

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "The Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah yang menambah baik persekitaran kehidupan terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah yang menambah baik persekitaran kehidupan menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini telah membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

 

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Environmental Products & Services Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news