omniture

Huion Perkenal Kamvas Pro 13(2.5K) dan Kamvas Pro 16(2.5K): Penyepaduan Prestasi Cemerlang dan Reka Bentuk Inovatif

Huion
2022-01-05 16:00 255

SHENZHEN, China, 5 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Salah satu penyedia peranti lukisan digital yang terbesar, Huion melancarkan dua paparan pen 2.5K hari ini: Kamvas Pro 13(2.5K) dan Kamvas Pro 16(2.5K) yang direka bentuk dan dihasilkan untuk pencipta yang mengkhusus dalam ilustrasi, animasi, reka bentuk grafik, reka bentuk 3D, penyuntingan imej dan sebagainya.

Kamvas Pro 13(2.5K) & Kamvas Pro 16(2.5K)
Kamvas Pro 13(2.5K) & Kamvas Pro 16(2.5K)

Resolusi 2.5K & teknologi bintik kuantum untuk gambar yang terang

Dengan mengambil kira permintaan pengguna, Huion sentiasa menumpukan perhatian kepada penyelidikan dan pembangunan produk yang lebih baik.

Baik Kamvas Pro 13(2.5K) mahupun Kamvas Pro 16(2.5K) mempunyai skrin yang besar bagi menyediakan kawasan kerja yang luas dan dalam masa yang sama kekal nipis (10mm) dan berciri mudah alih untuk mencipta di mana-mana sahaja.

Kedua-dua paparan pen ini mempunyai teknologi bintik kuantum dan resolusi QHD 2.5K bagi menjamin butiran gambar yang tepat. Piksel Kamvas Pro 13(2.5K) adalah dua kali ganda lebih banyak daripada paparan HD Penuh kerana resolusi QHD 2.5K diaplikasikan kepada skrin IPS 13.3-inci dengan jayanya buat julung kali dalam industri ini.

Teknologi bintik kuantum QLED yang canggih membantu mengurangkan cahaya biru yang berbahaya sekali gus mencapai gamut warna sRGB sebanyak 145%. Oleh yang demikian, kedua-dua paparan pen ini dapat memaparkan 16.7M warna dan mempersembahkan gambar dengan ketepuan tinggi, rona yang tepat dan kecerahan semula jadi.

Kamvas Pro 13(2.5K)
Kamvas Pro 13(2.5K)

Pengalaman penciptaan yang lebih tulen

Huion ialah salah satu daripada segelintir perusahaan yang membangunkan dan mengaplikasikan teknologi EMR tanpa bateri secara sendirian.

Kamvas Pro 13(2.5K) dan Kamvas Pro 16(2.5K) didatangkan dengan pen digital PW517, yang mengguna pakai Huion PenTech 3.0, aplikasi terkini teknologi EMR tanpa bateri. Inovasi teknologi EMR Huion diiktiraf sekali lagi.

Kepekaan tekanaan 8192-tahap dan kadar laporan >300PPS memastikan penghasilan semula yang segera garisan semula jadi dan halus. Pengecaman kecondongan ±60° menyokong pencapaian pelbagai teknik melukis seperti lorekan, lakaran dan garis bentuk.

Reka bentuk mesra pengguna untuk memudahkan operasi

Kamvas Pro 13(2.5K), serta Kamvas Pro 16(2.5K), mempunyai dua port USB-C yang membolehkan pengguna menyambungkan paparan ke komputer atau peranti Android dengan cekap melalui kabel USB-C hingga USB-C berciri penuh atau kabel 3-dalam-1. Sementara itu, pengguna boleh bertukar kepada mod tablet pen untuk merasai cara melukis yang berbeza.

Bagi membawakan penyelesaian dakwat digital kepada lebih ramai orang, Huion sentiasa komited untuk membangunkan produk yang lebih inovatif dan hebat untuk memperkasakan artis digital global.

www.huion.com 

Source: Huion
Keywords: Art Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Office Products Retail New products/services