omniture

Xinhua Silk Road: NEV Chery QQ Ice Cream diperkenalkan di festival kebudayaan di Wuhu, Anhui

Xinhua Silk Road
2022-01-06 01:11 201

BEIJING, 6 Januari 2022  /PRNewswire/ -- Chery Automobile melancarkan kenderaan tenaga baharu (NEV) pertamanya QQ Ice Cream baru-baru ini, bersempena dengan Bandar Wuhu, Wilayah Anhui, timur China yang mengadakan festival kebudayaan pada 28 Disember yang bukan sahaja untuk memperkenalkan produk auto baharu tersebut, tetapi juga mempromosikan budaya tradisional Wuhu.

Foto menunjukkan tempat penganjur festival budaya di Wuhu, Wilayah Anhui timur China.
Foto menunjukkan tempat penganjur festival budaya di Wuhu, Wilayah Anhui timur China.

QQ Ice Cream diperkenalkan kepada orang ramai di upacara pembukaan festival kebudayaan pada malam Selasa yang menggamit minat ramai rakyat untuk menonton persembahan seperti persembahan dron 3D, pertunjukan bunga api dan pertunjukan cahaya.

Foto menunjukkan QQ Ice Cream diperkenalkan kepada orang awam di majlis perasmian acara.
Foto menunjukkan QQ Ice Cream diperkenalkan kepada orang awam di majlis perasmian acara.

Kereta baharu ini merupakan model pertama ekologi iCar Chery yang berharga bermula daripada 29,900 hingga 43,900 yuan, yang dipercayai membawakan pengalaman pemanduan yang mesra alam, menjimatkan dan mudah.

Foto menunjukkan kereta diperkenalkan di tempat penganjur festival budaya di Wuhu, Wilayah Anhui, timur China.
Foto menunjukkan kereta diperkenalkan di tempat penganjur festival budaya di Wuhu, Wilayah Anhui, timur China.

Kawasan pameran turut disediakan di festival kebudayaan ini untuk mempamerkan sejarah dan budaya Wuhu, teknologi moden serta jenama tempatan. Orang ramai berpeluang untuk melihat ukiran beras Wuhu, pencelupan pulpa dan seni rakyat tradisional yang lain serta pencapaian teknologi sains yang terkini seperti NEV, robot dan sebagainya.

Gambar menunjukkan warga penduduk melawat kawasan pameran festival budaya di Wuhu, Wilayah Anhui, timur China.
Gambar menunjukkan warga penduduk melawat kawasan pameran festival budaya di Wuhu, Wilayah Anhui, timur China.

Acara ini merupakan aktiviti besar-besaran bagi memperkayakan kehidupan budaya rakyat, pentas untuk menunjukkan pencapaian perusahaan Wuhu yang inovatif dan juga peluang untuk mempromosikan imej Wuhu, kata Shan Xiangqian, Ketua Parti, Bandar Wuhu.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/325699.html

 

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Art Auto Publishing/Information Service Transportation New products/services