omniture

TCL Umum Slogan Jenama Baharu, TV Mini LED 144 Hz & Peranti Mudah Alih Serba Baharu di CES 2022

Di siri acara maya, TCL memperkenalkan slogan "Menginspirasikan Kehebatan" dan peranti pintar serba baharu termasuk TV Mini LED 2022 dan tawaran mudah alih
TCL Electronics
2022-01-06 08:28 92

HONG KONG, 6 Januari 2022 /PRNewswire/ -- TCL Electronics (1070.HK), jenama barangan elektronik pengguna yang terkemuka mengadakan siri sidang akhbar maya hari ini yang mana pengerusi dan eksekutif kanannya berkongsi slogan jenama terkini syarikat ini iaitu "Menginspirasikan Kehebatan" dan pembangunan perniagaan. Audiens berpeluang melihat produk rumah pintar TCL beraksi serta pratonton TV Mini LED 2022 TCL serta peranti mudah alih yang terkini.

Cik Juan Du, Pengerusi TCL Electronics (atas) ; Tiago Abreu, Ketua Smart Home Appliance X-Lab, TCL DIC (kiri bawah), Stefan Streit, Ketua Pegawai Pemasaran TCL Communication (kanan bawah)
Cik Juan Du, Pengerusi TCL Electronics (atas) ; Tiago Abreu, Ketua Smart Home Appliance X-Lab, TCL DIC (kiri bawah), Stefan Streit, Ketua Pegawai Pemasaran TCL Communication (kanan bawah)

Kunjungi di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai TCL di CES 2022 dan melihat imbasan daripada pengumuman yang disiarkan secara langsung.

Pesanan daripada Pengerusi 

Cik Juan Du, Pengerusi TCL Electronics, berucap di sidang akhbar maya global, menumpukan perhatian kepada falsafah utama TCL.

"Di TCL, kami sentiasa memberi keutamaan kepada pelanggan kami. Segala-gala yang kami lakukan memberi tumpuan untuk membawa nilai kepada orang ramai dengan meningkatkan kehidupan dan pengalaman mereka menerusi produk dan perkhidmatan kami. Namun begitu, kami tidak dapat melakukan hal ini sendirian," kata Cik Du. "Kami bergantung pada pekerja perintis kami yang kreatif, sokongan jangka panjang rakan kongsi kami yang dipercayai yang berusaha tanpa mengenal lelah bersama-sama dan paling penting, etika perniagaan kami iaitu integriti dan kejujuran."

Beliau turut berkongsi sorotan utama mengenai hasil perniagaan global jenama ini pada tahun 2021 dan inovasi yang telah mendorong kejayaan TCL.

Menerobos sempadan apa yang mungkin dilakukan dengan teknologi paparan, TCL menubuhkan TCL CSOT pada tahun 2009 dan melabur hampir US$31 bilion untuk menyediakan pengguna dengan skrin berkualiti terbaik. Amat prihatin terhadap alam sekitar, TCL menembusi sektor fotovolta untuk menghasilkan tenaga yang lebih bersih dan lebih mesra alam.

Selama bertahun-tahun, TCL telah mencipta ekosistem rumah pintar terhubung yang dipandu oleh strategi AI x IoT. TV skrin besar harus menjadi titik masuk menuju 'kehidupan pintar' dan TCL terus berinovasi dan membangunkan peralatan rumah dan peranti mudah alih baharu untuk membantu menjadikan kehidupan orang ramai lebih mudah dengan menginspirasikan kehebatan.

"Kami berharap agar teknologi kami akan dapat mencipta penyelesaian agar orang ramai kurang bimbang hari demi hari, tetapi juga membolehkan mereka meluangkan lebih banyak masa berseronok bersama keluarga dan rakan-rakan mereka," tambah Cik Du. "Di TCL, menerusi produk dan perkhidmatan kami, kami ingin menjadikan kehidupan orang ramai lebih selamat dan lebih sihat. Akhirnya, kami berharap dapat memberi inspirasi dan memperkasa orang ramai untuk mengejar kehebatan dalam kehidupan mereka."

TV Mini LED TCL 2022 

Sejak tahun 2018, TCL telah melabur dalam teknologi TV Mini LED dan menyasarkan untuk menjadi pengusaha utama bagi TV Mini LED dalam tempoh lima tahun.

Pada tahun 2022, TCL mengambil satu lagi langkah ke hadapan dengan mengaplikasikan kadar segar semula 144Hz kepada model TV Mini LED premium 2022, memberi kegerakbalasan yang lebih cepat, imejan lebih tajam dan corak permainan yang lebih lancar. Pemain kompetitif yang ingin mengalami permainan FPS tinggi yang mencabar dan pemain kasual yang ingin menikmati kegerakbalasan tambahan dalam corak permainan akan menghargai penaiktarafan ini. Paparan Mini LED 144 Hz TCL akan memberi manfaat yang sangat besar hasil daripada masa tindak balas yang lebih cepat dan kelancaran, lalu memberi kelebihan penting kepada pemain terutamanya dalam permainan berbilang pemain.

Selain daripada dikuasakan oleh teknologi Mini LED TCL, generasi TV baharu ini akan meningkatkan keseronokan visual dalam permainan dan kandungan padat dengan aksi yang lain. Dengan lebih 1,000 zon pemalapan setempat, TV Mini LED TCL 2022 ini menawarkan prestasi kecerahan yang mengagumkan, mencapai kontras yang menarik dan mendedahkan lebih banyak perincian demi pengalaman tontonan yang benar-benar imersif. Butiran lanjut mengenai TV Mini LED TCL 2022 akan didedahkan lewat suku tahun ini.

Peranti Mudah Alih dan Pintar TCL 2022

Sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk menyediakan sambungan 5G yang boleh diakses untuk semua, TCL akan melancarkan 30 XE 5G dan 30 V 5G TCL, secara eksklusif di AS lewat bulan ini. Telefon pintar ini didatangkan dengan teknologi NXTVISION yang ditingkatkan agar pelanggan akan dapat menikmati visual yang cantik dan imejan yang hebat.

Beberapa tablet baharu akan turut dipamerkan di CES 2022. Ini termasuk TCL NXTPAPER 10s yang didatangkan dengan paparan seakan kertas yang membawakan ciri perlindungan mata sebagai terasnya; TCL TAB 8 4G yang ringan, sesuai untuk aktiviti pembelajaran dan kreativiti; dan TCL TAB 10L, tablet imersif yang sangat sesuai untuk hiburan dan produktiviti. Selain itu, trio tablet yang direka dengan memberi keutamaan kepada kanak-kanak, siri TKEE TCL baharu: TKEE MINI, MID dan MAX TCL akan dipamerkan di reruai TCL.

TCL teruja untuk memperluaskan rangkaian produknya kepada komputer riba buat julung kalinya menerusi pelancaran TCL BOOK 14 Go. Ia nipis, ringan, mempunyai hayat bateri yang sangat baik serta merupakan padanan yang hebat untuk sesiapa sahaja yang sentiasa bergerak dan mengembara memandangkan ia menyokong sambungan LTE.

Di CES, TCL akan turut memperkenalkan generasi cermin mata paparan boleh pakai seterusnya, TCL NXTWEAR AIR. Ia mudah alih, ringan dan nipis dengan penekanan diberikan kepada keselesaan dan gaya. Dengan kanta depan yang boleh ditukar dan beratnya yang jauh lebih ringan, NXTWEAR AIR akan membawa pengalaman yang lebih baik berbanding generasi cermin mata paparan boleh pakai terdahulu.

Bagi membawakan visi terhubung TCL, ia akan melancarkan penghala LINKHUB 5G dalam masa terdekat dan dalam masa yang sama terus menyediakan penyelesaian 4G berkualiti tinggi dengan LINKZONE LTE Cat4 Mobile Wi-Fi, kawasan khas mudah alih peribadi yang kompak.

*Peranti akan disediakan dalam pasaran-pasaran terpilih sepanjang tahun ini.

Rumah Pintar AI x IoT TCL 

Di TCL, TV skrin besar merupakan titik masuk menuju 'kehidupan pintar'. Pengguna boleh mengaktifkan TV TCL Home hanya dengan satu butang pada alat kawalan jauh yang menjadikannya mudah untuk mengurus hiburan serta peralatan dan peranti pintar.

Selain daripada TV, TCL Home App mudah alih membolehkan pengguna mengawal peralatan rumah pintar mereka seperti pembersih udara atau robot pencuci vakum TCL, kemudian duduk beristirahat dan menikmati rumah yang segar serta bersih.

Produk serta perkhidmatan AI x IoT TCL menjadikan kehidupan, tugas dan aktiviti bermain anda lebih menyeronokkan dan memberi inspirasi yang kreatif kepada anda setiap hari.

Ikuti kami di #TCLInspireGreatness #TCL_MiniLED #CES2022 menerusi perkembangan terkini semasa CES 2022.

Twitter: @TCL_TV_Global & @TCL_USA
Facebook: @TCLElectronicsGlobal & @TCLUSA
Instagram: @tclelectronics & @TCL_USA
YouTube: @TCL Electronics & @TCL USA

Latar Belakang TCL Electronics 

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada TV, audio dan perkakas rumah pintar.

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment New products/services Trade show news