omniture

"The Shape of Culture" Musim 2 Bongkar Kisah Budaya dan Humanistik Tapak Warisan Dunia

Zhejiang Television
2022-01-06 08:41 143

BEIJING, 6 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Musim kedua rancangan realiti budaya yang amat dinanti-nantikan "The Shape of Culture" kembali ke Zhejiang Television pada 19 Disember, bagi memperkenalkan musim baharu kisah dan cerita warisan budaya menerusi episod pertama yang berlatarkan ibu kota purba Luoyang. Episod-episod penuh daripada musim kedua kini tersedia di Saluran Rasmi Zhejiang STV di YouTube.

China telah mencatatkan 55 tapak dalam senarai Warisan Dunia UNESCO dan rancangan realiti budaya ini berusaha untuk menjemput tetamu selebriti bagi menyertai "kumpulan belia" dan meneroka tapak Warisan Dunia, berkongsi sentimen dan cerita yang menarik daripada perjalanan mereka.

Dipimpin oleh Shan Jixiang, pengarah China Cultural Relics Academy yang berkhidmat sebagai pengarah Palace Museum di Beijing antara tahun 2012 dan 2019, "kumpulan belia" daripada musim kedua ini disertai oleh Zhou Yun, Xiao Yang dan Niu Junfeng. Menjadikan Luoyang, sebuah bandar dengan tiga tapak Warisan Dunia sebagai titik permulaan, episod pertama musim ini menyusuri laluan sejarah untuk memberi penekanan kepada nilai warisan Jalan Sutera serta kesinambungan tamadun Cina dan percampuran budaya global.

"Setelah kita mengenali daya tarikan hebat warisan budaya di sekeliling kita, semua orang dapat merasai kebahagiaan yang tulus daripada lubuk hati mereka yang paling dalam – sesetengahnya disedarkan oleh nostalgia manakala sesetengahnya diinspirasikan oleh kebanggaan. Bak kata pepatah, 'apa yang dipelajari daripada buku adalah bersifat luaran semata-mata, maka penting untuk mengamalkannya sendiri,' jika anda ingin memahami seseorang, anda perlu lebih banyak berkomunikasi dan jika anda ingin memahami tapak Warisan Dunia, anda juga perlu mengalami dan merasainya sendiri untuk mencapai emosi yang paling dalam yang dekat di hati anda dan terkait dengan keturunan anda," kata Shan.

Salah satu pesanan penting daripada rancangan ini ialah penterjemahan kepelbagaian warisan dan tamadun dunia dari pelbagai perspektif. Ia menampilkan seleksi luas tapak seperti tapak arkeologi Yin Xu, Tapak 'Imperial Kiln' Jingdezhen, Gunung Wuyi yang merupakan Warisan Budaya dan Semula Jadi Dunia, sistem gua Zhoukoudian dan banyak lagi. Setiap tapak Warisan Budaya mempunyai tumpuan khas dari perspektif kemanusiaan, sejarah, budaya atau alam semula jadi – seperti menjejaki asal asul manusia di Zhoukoudian atau melakukan simfoni alam semula jadi di Gunung Wuyi.

"Kami dengan tulus ikhlas berharap agar rancangan realiti 'The Shape of Culture' akan menggalakkan lebih ramai orang muda untuk memulakan perjalanan mereka menerusi penerokaan dan penemuan budaya, menghargai budaya Cina yang begitu banyak dan jatuh cinta dengan warisan budaya dunia bagi menjadi penjaga dan pewaris," kata Shan.

"The Shape of Culture" turut membentuk pemahaman yang baharu mengenai warisan budaya melalui sudut pandangan yang pelbagai daripada individu yang berbeza, "kumpulan belia" disertai oleh warga tempatan yang tinggal di tapak warisan budaya ini sejak turun temurun dan sejarah serta ketamadunan tapak Warisan Dunia yang gah ini sudah benar-benar difahami dalam kehidupan harian mereka seperti bapa dan anak perempuan mendayung di Sungai Jiuqu, tukang di Jingdezhen dan orkestra belia di Quanzhou yang telah mewarisi lagu-lagu kuno.

"The Shape of Culture" turut mengundang sejarawan dan pakar ternama untuk membawakan interpretasi yang mendalam dan tepat mengenai tapak Warisan Dunia. Musim 2 akan melawat 12 tapak Warisan Dunia merentas sembilan wilayah Cina, termasuk Terusan Besar (Yangzhou), Tapak Sanxingdui, Taman Negara Gunung Lu dan Quanzhou, salah satu pelabuhan terbesar di dunia sepanjang Jalan Sutera Maritim yang bersejarah.

Source: Zhejiang Television
Keywords: Art Entertainment Publishing/Information Service