omniture

CHTF 2021 Labuhkan Tirai: Majukan Pembangunan Berkualiti Tinggi dan Bina Corak Pembangunan Baharu

China Hi-Tech Fair Organizing Committee Office
2022-01-06 17:37 421

SHENZHEN, China, 6 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Pameran Teknologi-Tinggi China kali ke-23 melabuhkan tirai dengan jayanya pada 31 Disember 2021 di Shenzhen, menutup pameran luar talian selama tiga hari dan pameran dalam talian selama lima hari untuk produk-produk canggih yang memaparkan trend dan pencapaian industri yang terkini. Pesta ini menyepadukan antara pameran, persidangan dan forum, pertukaran teknikal dan pemadanan perniagaan dengan tujuan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai platform perdagangan profesional yang terbuka dan berorientasikan perkhidmatan. Pesta tahun ini tidak menghiraukan pandemik global yang masih berterusan bagi menarik 4,164 pempamer dalam talian dan luar talian serta hampir 150,000 pengunjung di lapangan.

Salah satu dewan pameran di CHTF2021 di Shenzhen China
Salah satu dewan pameran di CHTF2021 di Shenzhen China

Pesta tahun ini, bertema "Memajukan Pembangunan Berkualiti dan Membina Corak Pembangunan Baharu," memainkan peranan penting dalam mendorong pemulihan ekonomi dan pertukaran teknologi antarabangsa sementara dunia masih lagi diduga oleh pandemik ini.

Produk berteknologi tinggi dan teknologi ditonjolkan di kawasan pameran berkeluasan 158,500 meter persegi meliputi 5G komersial dan Internet Pelbagai Benda, teknologi anti-wabak IT, pemanduan AI, sukan & teknologi kesihatan, rumah pintar, pembuatan pintar, Data Raya serta pengkomputeran awan, rantaian blok, ekonomi digital, teknologi penulenan udara & air dan sebagainya.

Delegasi wilayah, universiti dan perusahaan terkemuka China termasuk Huawei, Ping An dan BOE mengambil bahagian dalam pameran ini. Peserta pameran dari 11 negara termasuk Austria, Greece, Jepun, Poland, Rusia dan Korea Selatan turut serta di lapangan sementara 26 negara termasuk Amerika Syarikat, UK, Singapura, New Zealand, Perancis, Finland, Denmark dan Itali mengambil bahagian secara maya.

Pengunjung di CHTF 2021 dapat menyaksikan pameran produk inovatif yang bertaraf dunia bermula daripada kenderaan berautonomi Unity Drive Innovation dan penyelesaian penderiaan 3D berprestasi tinggi Orbbec, sehinggalah bahan filem elektro-akustik daripada Fujifilm yang menukarkan getaran kepada dan daripada kuasa elektrik. Syarikat-syarikat teknologi terkemuka yang lain seperti Infinova, AISpeech, Pudu Tech, UINO dan SOPHON turut mempamerkan teknologi disruptif mereka yang diaplikasikan dalam pelbagai industri, lalu menjadikan CHTF 2021 padat dengan sorotan utama!

Sementara itu, pameran dalam talian ini menghimpunkan 1,992 pempamer untuk mempamerkan 5,756 item, antaranya 64 item yang dipaparkan di bilik pameran dalam talian dengan produk-produk yang cemerlang lagi inovatif. Majlis perasmian dan Forum Teknologi-Tinggi China turut disiarkan secara langsung untuk mencapai khalayak yang lebih luas. Ikutilah lawatan maya pameran ini dan tonton main balik Forum Teknologi-Tinggi China di sini.

Laman Sesawang Rasmi: https://www.chtf.com/english/

Facebook: @CHTFChina
LinkedIn: @Pameran Teknologi-Tinggi China

Source: China Hi-Tech Fair Organizing Committee Office
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news