omniture

Hisense Bawakan Siri Mini-LED 8K ULED Generasi Seterusnya dan Penyelesaian Teknologi Paparan Laser Resolusi 8K Pertama Dunia ke CES 2022

Hisense
2022-01-06 18:07 159

QINGDAO, China, 6 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Hisense, sebuah syarikat barangan elektronik pengguna dan perkakas rumah global yang terkemuka, menonjolkan siri Mini-LED 8K ULED dan penyelesaian teknologi paparan Laser resolusi 8K di acara teknologi yang unggul di dunia CES 2022. "Teknologi dapat mengubah kehidupan. Hisense sentiasa berdedikasi untuk menyampaikan produk yang berprestasi tinggi, berkualiti tinggi yang melangkaui jangkaan pengguna," kata Douglas Kern, Pengarah Kanan Pemasaran untuk Hisense AS.

Dengan memanfaatkan pengembangan produk yang meluas dan inovasi yang utama dalam industri ini, Hisense dapat mencapai pertumbuhan jualan yang pesat. Menurut Hisense, pendapatan Hisense Group melebihi 27 bilion dolar pada tahun 2021, satu peningkatan sebanyak lebih daripada 20% berbanding tahun sebelumnya.

Mengintegrasikan teknologi ULED dan Mini LED yang Menarik, Kualiti Gambar Lebih Tinggi dan Kecerahan Lebih Baik 

Prestasi dan kualiti gambar merupakan asas dalam penawaran produk Hisense. Pada tahun 2022, Hisense melaksanakan teknologi Mini LED ke dalam barisan U9H premium baharu buat julung kalinya, menyampaikan prestasi HDR yang menarik dengan kontras yang lebih baik, imej yang lebih cerah dan warna-warna mengagumkan berbanding sebelum ini. TV 8K 85U9H Hisense juga telah diiktiraf sebagai Penerima Anugerah Inovasi CES® 2022. Anugerah ini merupakan bukti kukuh atas usaha bersungguh-sungguh Hisense dalam inovasi teknologi.

Next-Level Experience with ULED
Next-Level Experience with ULED

Terobosan Teknologi - Mengukuhkan Kedudukan Utama 8K dalam Penyelesaian Teknologi Paparan Laser 

Melalui inovasi teknologi, Hisense menerajui industri TV laser global menuju era TriChroma dan mencapai kejayaan teknikal yang hebat menerusi TV laser daripada 1080P hinggalah 2K kepada 4K dan seterusnya 8K. Dr. Liu Xianrong, Ketua Saintis dan Pengurus Besar Hisense Laser Display Co.,Ltd. memperkenalkan bahawa TV Laser merupakan pilihan yang terbaik bagi paparan 8K di rumah. TV 8K membawakan kedalaman dan perincian yang belum pernah dilihat sebelum ini dan memberi pengalaman terbaik kepada anda untuk melihat imej sebenar pada skrin terbesar daripada TV Laser resolusi 8K yang pertama di dunia.

Hisense 8k Innovation Technology
Hisense 8k Innovation Technology

Menumpukan kepada Visi Strategik Hisense untuk tahun 2022, David VanderWaal, Naib Presiden Pemasaran untuk Hisense Amerika menyatakan bahawa Hisense komited untuk menjadikan kehidupan ratusan juta orang lebih mudah, lebih baik dan lebih menghiburkan melalui produk dan perkhidmatan yang direka dengan teliti dan dibangunkan dengan baik. Pada tahun 2022, Hisense akan terus menonjolkan daya penggerak inovasi untuk pembangunan, menumpukan kepada keperluan pengguna, berpegang kepada produk sebagai teras, rantaian industri sebagai tulang belakang dan mendorong perubahan industri melalui inovasi dan hubungan.

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services Trade show news