BEIJING, 6 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Harbin Ice and Snow World, sebuah taman tema yang terletak di Wilayah Heilongjiang, utara China dan dicirikan oleh gaya pemandangan Sukan Olimpik Musim Sejuk pada musim sejuk ini, berperanan sebagai miniatur Harbin, ibu kota wilayah ini, yang mendorong dengan pesat ekonomi ais demi pembangunan mesra alam.
Bandar ini, yang membangunkan beberapa aktiviti bertema ais dan salji seperti pelancongan, seni, fesyen, ekonomi dan perdagangan serta sukan telah mengintegrasikan budaya ais dan salji ke dalam ekonomi bandarnya.
Foto menunjukkan "Top of the fire", Menara ais setinggi 42-meter berbentuk obor Olimpik di Harbin Ice and Snow World.
Selain daripada tersenarai di kedudukan pertama antara 10 bandar pelancongan ais dan salji terunggul China bagi tahun 2021, Harbin telah mengubah pelancongan ais dan salji menjadi pemacu ekonomi tempatan yang nyata, lalu menggiatkan sektor ekonomi, perdagangan, budaya dan sukan bandar ini.
Sebagai contoh, Harbin Ice and Snow World, ditubuhkan pada tahun 1999 pada mulanya sebagai tempat hiburan kasual untuk penduduk tempatan pada musim sejuk yang dingin, berkembang menjadi tempat tarikan pelancong popular yang mengintegrasikan antara adat resam rakyat, pelancongan, kebudayaan dan industri-industri berkaitan pada masa kini.
Pada musim sejuk ini, taman bertema Sukan Olimpik Musim Sejuk ini mencipta beberapa ribu pekerjaan bermusim untuk penduduk tempatan. Selepas bercucuk tanam pada musim panas, pembuatan arca ais pada musim sejuk dapat menjana pendapatan bermusim yang lumayan untuk petani tempatan.
Meliputi kawasan seluas 820,000 meter persegi, Harbin Ice and Snow World memiliki kawasan seluas 400,000 meter persegi untuk landskap ais dan salji yang menggunakan 230,000 meter padu ais dan salji secara keseluruhan dan mengandungi 65 kluster pemandangan ais dan salji serta lebih 100 pemandangan yang berdiri sendiri.
"Terdapat terlalu banyak pilihan untuk mengalami keseronokan seperti aktiviti berbasikal di atas ais, gelongsor ais, istana ais dan gelanggang ski," kata seorang pelancong mengenai taman tema tersebut, menekankan bahawa kira-kira 60-70 saat diambil untuk meluncur turun dari bahagian atas gelongsor ais sepanjang 423 meter dan pelancong dapat menunggu di bilik menunggu untuk kekal hangat.
Sebagai ciri utama bandar Harbin, taman ini mencipta semula unsur-unsur seni bina klasik negara-negara tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk termasuk Rusia, Perancis, Switzerland, Norway dan Itali menerusi arca ais tahun ini untuk menceritakan semula kisah Sukan Olimpik Musim Sejuk.
Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/325749.html