omniture

TCL Menang Anugerah Inovasi Terunggul semasa CES 2022

TCL Electronics
2022-01-10 08:49 73

HONG KONG, 10 Januari 2022 /PRNewswire/ -- TCL Electronics (1070.HK), jenama barangan elektronik pengguna yang terkemuka, telahpun diiktiraf oleh TWICE, Asia Digital Group dan Europe Digital Group atas pencapaian teknologinya yang dipamerkan di Dewan Tengah #17017, Pusat Konvensyen Las Vegas, mulai 5-7 Januari 2022.

TCL memenangi "Anugerah Inovasi bagi Teknologi Paparan Mini LED" untuk TV 8K Mini LED OD Zero TCL X925 PRO; "Anugerah Paling Inovatif Tahunan" untuk TCL NXTWEAR AIR dan "Anugerah Inovasi Perlindungan Mata Tahunan" untuk TCL NXTPAPER 10s.

Anugerah ini diberikan sebagai sebahagian daripada Upacara Anugerah Jenama-jenama Terunggul Global yang ditaja oleh TWICE, Asia Digital Group dan Europe Digital Group yang diadakan pada 6 Januari dan dipilih oleh juri yang terdiri daripada pakar-pakar global dan media berpengaruh.


X925 PRO TCL merupakan TV pertama dengan cahaya belakang Mini LED generasi ketiga dan teknologi paparan OD ZeroTM. TV berkuasa Mini LED 8K 85" ini menyampaikan optik revolusioner dan audio imersif dengan reka bentuk yang sangat nipis dan didatangkan dengan Google TVTM untuk semua keperluan pemperibadian anda. Ia juga menyampaikan pengalaman mendengar penentu bilik hasil daripada pemacu tertala Onkyo berkuasa yang menghasilkan tahap bunyi premium dengan pemprosesan audio 3D Dolby Atmos® untuk bunyi yang mengelilingi.

TCL NXTWEAR AIR ialah cermin mata paparan boleh pakai generasi seterusnya. Ia menawarkan pengalaman sinematik mudah alih dengan skrin setara berukuran 140-inci dari jarak 4 meter. Ia meningkatkan pengalaman menonton pengguna bermula daripada tontonan filem, permainan mudah alih, pejabat jarak jauh dan sangat sesuai untuk pengulang-alik. Hanya seberat 75g dengan kanta standard, NXTWEAR AIR didatangkan dengan dua kanta depan boleh tukar, yang mengutamakan keselesaan mahupun gaya peribadi.

TCL NXTPAPER 10s direka khas dengan memberi tumpuan kepada perlindungan mata. Pengurangan cahaya biru terdapat di bahagian depan dan tengah, yang mana ciri ini dibina terus dalam perisian dan perkakasan tablet. Reka bentuk paparan seakan kertas menggunakan 10 lapisan perlindungan bagi mengekalkan warna semula jadi, lalu menetapkan standard industri. Paparan ini diperakui oleh TÜV dan mengurangkan cahaya biru melalui skrin sebanyak lebih 50%. Pengguna juga akan dapat menikmati tontonan yang jelas dari sebarang sudut hasil daripada kemasan anti-silau paparan ini.

*Ketersediaan produk mungkin berbeza antara negara dan wilayah.

Ikuti #TCLInspireGreatness #TCL_MiniLED #CES2022 untuk perkembangan terkini di CES 2022.

Twitter: @TCL_TV_Global & @TCL_USA
Facebook: @TCLElectronicsGlobal & @TCLUSA
Instagram: @tclelectronics & @TCL_USA
YouTube: @TCL Electronics & @TCL USA

Latar Belakang TCL Electronics 

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada TV, audio dan perkakas rumah pintar.

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Awards Trade show news