omniture

Forum Antarabangsa RCEP Penting Diadakan di Nanning selepas RCEP Mula Berkuat Kuasa

Guangxi CA Panorama Group
2022-01-10 09:19 127

NANNING, China, 10 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Pada 6 Januari, Forum Pemimpin-pemimpin Perniagaan RCEP telahpun diadakan dan melabuhkan tirainya di Nanning, Guangxi. Forum ini, bertema "Kerjasama dalam Era Baharu untuk Pembangunan Masa Depan" dianjurkan secara bersama oleh China Council for the Promotion of International Trade (CCPIT), Kerajaan Rakyat Guangxi, East Asia Business Council (EABC) dan Cambodia Chamber of Commerce (CCC) serta dikelolakan oleh Guangxi CA Panorama Group, sebagai forum pertama yang diadakan selepas RCEP mula berkuat kuasa.

Cik Gao Yan, Pengerusi CCPIT, mengemukakan 3 cadangan dalam ucapan beliau, termasuk menyokong perusahaan di wilayah ini bagi memanfaatkan komitmen pembukaan pasaran dan dalam masa yang sama mengikuti peraturan bagi menggalakkan pembangunan perdagangan dan pelaburan yang berkualiti tinggi, meningkatkan daya saing industri pembuatan tempatan dan terus membangunkan perkhidmatan sokongan untuk perusahaan.

Guangxi merupakan peserta dan pihak berkepentingan yang bersemangat bagi kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dan negara-negara RCEP yang lain. En. Lan Tianli, Gabenor Guangxi, memaklumkan dalam pengenalannya bahawa jumlah perdagangan Guangxi dengan negara-negara RCEP meningkat sebanyak 3.4 kali ganda daripada US$ 8.8 bilion pada tahun 2010 kepada US$ 39 bilion pada tahun 2020. Wilayah RCEP telah menjadi destinasi pelaburan luar negara yang terbesar di Guangxi dan juga sumber FDI (Pelaburan Langsung Asing) ketiga terbesar.

ASEAN Secretary-General Lim Jock Hoi made remarks
ASEAN Secretary-General Lim Jock Hoi made remarks

En. Lim Jock Hoi, Setiausaha Agung ASEAN berkata bahawa RCEP merupakan pemangkin untuk wilayah ini bangkit semula daripada kejatuhan ekonomi. Justeru itu, menjadi kewajipan kami untuk memastikan agar RCEP melaksanakan tujuannya dan membawa kemakmuran buat semua.

En. Sinit Lertkrai, Timbalan Menteri Perdagangan Thailand berkata dalam ucapan video bahawa Thailand dan China boleh berkongsi hasil kerjasama pelbagai hala melalui RCEP, sistem kerjasama pelbagai hala bersama ahli-ahli yang paling pelbagai strukturnya. Memandang ke hadapan, pelaksanaan RCEP akan menjadi pendorong untuk hubungan ekonomi Thailand-China.

RCEP Business Advisory Council dan Guangxi Chamber of International Commerce RCEP Enterprise Service Centers dilancarkan semasa berlangsungnya forum ini. Ini merupakan kali pertama institusi promosi perniagaan dan perdagangan Cina menubuhkan pusat-pusat perkhidmatan perusahaan yang komprehensif di negara-negara RCEP. Pusat-pusat ini bertujuan untuk mewujudkan platform sehenti untuk perdagangan dan pelaburan antara Guangxi dan negara-negara RCEP, serta menyediakan perkhidmatan pemadanan yang tepat.

Beberapa pencapaian telah diumumkan di forum ini bagi memudahkan pelaksanaan RCEP yang berkualiti tinggi iaitu Business Community Initiative on Jointly Promoting the Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) Cooperation (Inisiatif Komuniti Perniagaan untuk Menggalakkan Kerjasama Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) Secara Bersama) dan e-Book on RCEP (e-Buku RCEP).

 

Source: Guangxi CA Panorama Group
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news