omniture

Previu Pameran Pencahayaan Guzhen ke-28: Pra-pendaftaran untuk Masuk Percuma pada Mac

Guzhen Lighting Expo Co., Ltd
2022-01-10 10:00 165

ZHONGSHAN, China, 10 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Pameran Pencahayaan Antarabangsa (Guzhen) China ke-28 (Pameran Pencahayaan Guzhen) akan berlangsung mulai 18 hingga 21 Mac 2022. Berikut merupakan sorotan utama pameran ini.

Sorotan 1:
Memanfaatkan kluster dengan nilai keluaran tahunan sebanyak lebih 100 bilion yuan pada sumbernya
Sebagai pusat industri pencahayaan negara, pusat perdagangan dan pusat reka bentuk, Guzhen, Zhongshan telah mewujudkan kluster industri pencahayaan dengan nilai keluaran tahunan mencecah lebih 100 bilion yuan yang meliputi 11 pekan dan mukim di tiga bandar berjiran Zhongshan.

Sejak edisi pertamanya pada tahun 1999, Pameran Pencahayaan Guzhen telah diadakan dengan jayanya sebanyak 27 edisi.

Sorotan 2:
Integrasi tempat-pusat membeli belah 1+7+N

Tempat utama--Pusat Konvensyen dan Pameran Guzhen berserta tujuh sub-tempat akan menghimpunkan 3,300 perusahaan cemerlang dengan jumlah kawasan pameran seluas 1.5 juta meter persegi.

Sorotan 3: 
Lebih 3,000 jenama cemerlang dalam seluruh rantaian industri

Tempat utama akan mempamerkan produk dalam spektrum penuh sektor-sektor industri seperti lampu pintar, lampu rumah, lampu komersial, tiang lampu pintar, lampu luar, alat ganti & aksesori serta jentera & pameran.

Sorotan 4: 
Daya tarikan pencahayaan dikuasakan oleh kecerdasan

Tempat utama akan menonjolkan pencahayaan pintar berkuasa 5G untuk merangsang transformasi pintar dan canggih daripada industri ini.

Sorotan 5:
Produk asli dan bergaya
Tempat utama akan menampilkan zon reka bentuk asli yang membolehkan perusahaan mendemonstrasikan produk asli baharu mereka dan juga sijil paten.

Sorotan 6: 
Pencahayaan khusus dengan ciri-ciri "lautan biru"
Pameran ini akan menghimpunkan produk khusus seperti lampu germisid, lampu kalis letupan, lampu pembedahan kosmetik, lampu pendidikan, lampu kesihatan, lampu kebudayaan & pelancongan serta tiang lampu tenaga baharu.

Sorotan 7:
Lampu budaya & pelancongan dikuasakan oleh tenaga baharu
Di bawah strategi-strategi puncak karbon dan keneutralan karbon negara, pameran ini akan mendemonstrasikan kombinasi modular lampu seperti tiang lampu pintar, lampu halaman, lampu landskap, lampu pokok, lampu haiwan dan lampu percutian dengan tenaga baharu seperti tenaga solar dan bateri litium.

Sorotan 8:
Integrasi dengan kelengkapan rumah 'pan'
 
Penyesuaian rumah penuh dan integrasi silang telah menjadi trend umum. Pameran ini akan membawakan sektor-sektor seperti kunci pintar, perkakas dapur & bilik air serta tingkap & pintu bagi menyuntik unsur-unsur rumah 'pan' yang inovatif ke dalam industri pencahayaan.

Sorotan 9:
Pameran luar talian domestik + pameran dalam talian luar negara
"Hosted Buyer Program Go Online" dan pameran luar talian akan dibuka pada hari yang sama. Dengan mengintegrasikan pameran luar talian dengan platform pameran dalam talian -"Denggle.com", pameran ini akan meningkatkan lagi ciri padanannya dan juga pengalaman pengguna.

Sorotan 10:
Perhimpunan besar-besaran hartawan di forum
Beberapa forum yang memfokuskan kepada kawasan khas industri dan pencarian peluang industri yang baharu akan diadakan di tempat utama semasa berlangsungnya pameran ini. Selain itu, tujuh sub-tempat akan mengadakan pelbagai festival pembelian dan acara bertema.

Pengkhususan, marketization (pertukaran kepada ekonomi pasaran) dan pengantarabangsaan telah menjadi ciri-ciri Pameran Pencahayaan Guzhen.

Pameran Pencahayaan Antarabangsa (Guzhen) China ke-28 bakal dipentaskan mulai 18 hingga 21 Mac 2022.

 

Source: Guzhen Lighting Expo Co., Ltd
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news