PITTSBURGH, 24 September 2013 /PRNewswire/ -- Selepas penilaian menyeluruh untuk para penyedia MDM utama, Bank Central Asia (BCA), salah satu bank komersil terbesar di rantau itu, memilih Platform MDM Synchronos Innovative Systems, Inc. (ISI) untuk membolehkan pandangan lengkap pelanggan mereka, akaun mereka, dan hubungan mereka dengan pelanggan lain. Kini BCA sedang melaksanakan Synchronos ISI di ibu pejabat mereka di Jakarta.
Sebagai pemenang Anugerah Pengalaman Khidmat Cemerlang 2013*, BCA telah menetapkan objektif untuk terus melabur dan membangunkan rangkaian produk dan perkhidmatannya, menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan sedia ada, menjual silang kepada pelanggan bernilai tinggi dan segmen pelanggan lain, dan juga menarik klien baharu. BCA memilih Platform MDM Synchronos oleh ISI berbanding tawaran syarikat lain kerana mereka mendapati ia boleh menyokong semua matlamat ini dengan paling cekap dan berkesan.
"ISI telah membekalkan perisian dan perkhidmatan kepada BCA sejak tahun 1993, dan mereka selalu menepati janji mereka dengan tahap profesionalisme yang tinggi," kata Iman Sentosa, Ketua Pengurus BCA. "Kemampuan ISI untuk mencipta pangkalan data bertumpu pelanggan yang terbaik di dunia ialah apa yang menarik minat kami terhadap Platform Synchronos. Faktor penting lain bagi pemilihan kami ialah kepakaran tinggi ISI dalam kualiti data dan pentadbiran data, fleksibiliti dalam pengaturan penggunaan, dan pelaksanaan pantas melalui alatan dan platform mereka, serta kemampuan penyelesaian mereka untuk wujud bersama dan menambah kepada teknologi kami yang sedia ada dan juga khidmat klien bagus yang kami sering dapati."
ISI ialah peneraju global dalam penyelesaian bertumpu pelanggan dan MDM. Platform MDM Synchronos ialah penyelesaian kelas perusahaan hujung ke hujung yang menyediakan platform tunggal bagi pelaksanaan pantas sistem MDM pelanggan. Penyelesaian itu menyediakan pandangan 360 darjah yang tepat yang membolehkan pelanjutan pengurusan perhubungan pelanggan. Antara muka penggunanya yang mesra perniagaan memudahkan pengurusan dan pemantauan maklumat.
"Kami berbangga memanjangkan lagi perhubungan lama kami dengan BCA melalui pelaksanaan Synchronos ini," kata Joel Borsh, Naib Presiden ISI. "Memandangkan tapak klien mereka yang besar, amat penting bagi BCA mempunyai pemahaman lengkap tentang semua perhubungan yang dipunyai pelanggan mereka dengan bank. Platform Synchronos akan menyediakan cara yang lebih berkesan bagi berkhidmat untuk pelanggan mereka."
* Akhbar Bisnis Indonesia dan Carre CCSL (Carre Center for Customer Satisfaction and Loyalty), perunding untuk Kualiti Perkhidmatan dan Pengurusan Pelanggan
Tentang Bank Central Asia
BCA ialah salah satu bank komersil yang meneraju di Indonesia dengan tumpuan teras terhadap perniagaan perbankan urus niaga dan menyediakan kemudahan pinjaman serta penyelesaian kepada segmen pengguna, PKS, komersil dan korporat. Menjelang hujung tahun 2012, BCA telah berpeluang menyediakan perkhidmatan kepada lebih 11 juta akaun pelanggan melalui rangkaian meluasnya yang terdiri daripada 1,011 cawangan, 12,026 ATM dan ratusan ribu EDC yang saling berhubungan dengan perkhidmatan perbankan internet dan mudah alihnya.
Tentang Innovative Systems, Inc.
Innovative Systems, Inc. (ISI) ialah peneraju global dalam pembangunan dan penyampaian aplikasi pengurusan data, risiko dan pematuhan perusahaan berprestasi tinggi untuk organisasi seluruh dunia. Penyelesaian bertumpu pelanggan ISI mengenal pasti pelanggan sebenar dan mengesan perhubungan bukan intuitif antara semua jenis data pelanggan, membolehkan organisasi mencipta pandangan bersepadu untuk apa-apa pelanggan atau unsur data merentasi perusahaan itu. Mereka juga membantu melindungi organisasi dan kakitangan mereka daripada kes denda sivil yang mungkin berlaku akibat menjalankan urus niaga dengan suspek yang dikenal pasti oleh agensi kerajaan domestik dan antarabangsa. Produk ISI telah membuktikan nilai mereka dalam ribuan penggunaan seluruh dunia. Beribu pejabat di Pittsburgh, Pennsylvania, syarikat itu mempunyai pejabat EMEA di London, dan wakil di Colombia, Mexico, Kepulauan Netherlands, Norway dan Afrika Selatan.