SEOUL, Korea Selatan, 12 Januari 2022 /PRNewswire/ -- CapKorea akan membuka pra-pesanan untuk "2021 The Fact BTS Photobook Special Edition" melalui Qoo10 di Singapura (https://qoo.tn/BBiSwX) dan Malaysia (https://qoo.tn/COHukQ) mulai 7 Januari 2022.
Seorang pegawai daripada CapKorea berkata, "Pada masa lalu, kami cuba untuk meneruskan bersama Indonesia secara serentak, namun harga jualan akhir dinaikkan kerana tarif import dan kos penghantaran lantaran keadaan logistik yang semakin buruk di Indonesia." Mereka menambah, "Hasilnya, kami menangguhkan jualan buat sementara waktu di Indonesia untuk membekalkan buku foto kepada peminat BTS dengan harga yang lebih rendah."
"2021 The Fact BTS Photo Book Special Edition", koleksi kedua yang akan dilancarkan susulan buku foto yang mengandungi detik-detik istimewa bersama "2020 The Fact Music Awards", padat dengan Muzik, Kehidupan, Belia dan Kejayaan BTS dengan tema "&", perkaitan antara saya dan anda, dunia dan kita serta hari ini dan hari esok.
Foto-foto istimewa tersebut dirakam oleh artis Kim Je-won, seorang jurugambar profesional daripada agensi artis VOTT yang menjadikan buku foto tersebut sebagai item yang harus dimiliki dengan cirinya yang indah dan sukar didapati.
Buku foto 160-halaman yang baharu ini terdiri daripada potret bercetak, kad foto dan poster; ia merupakan peluang terakhir untuk mendapatkan poster tambahan sebagai keistimewaan pra-pesanan yang mungkin akan kehabisan stok lebih awal. Harga pra-pesanan ialah $55, dengan diskaun daripada harga biasa lantaran keistimewaan pra-pesanan (yang mungkin berbeza ekoran kadar pertukaran dan tarif di setiap negara); ia akan dijual dengan harga biasa selepas pra-pesanan ditutup.
Jadual penghantaran adalah seperti berikut: pra-pesanan dalam talian akan dibuka pada 7 Januari (Jumaat); buku foto akan dilancarkan sekitar 20 Januari; pra-pesanan akan berakhir sekitar 10 Februari; penghantaran akan bermula sekitar 15 Februari; dan penghantaran setempat akan dimulakan sekitar pertengahan Februari. Produk akan dihantar selewat-lewatnya pada penghujung bulan Februari.
CapKorea Co., Ltd.(http://www.cap-kor.com) ialah sebuah syarikat yang terletak di Gangseo-gu, Busan, Korea dan terlibat dalam perniagaan eksport dan perdagangan yang memegang hak eksklusif untuk menjual "2021 The Fact BTS Photobook Special Edition" di tiga buah negara Asia Tenggara (Indonesia, Malaysia dan Singapura) dengan kerjasama Qoo10, pusat membeli belah dalam talian yang terkenal di Asia Tenggara.