omniture

REALTY ONE GROUP AKAN DIBUKA DI ECUADOR

Realty ONE Group
2022-01-12 11:49 2257

LAS VEGAS, 12 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Realty ONE Group, sebuah jenama gaya hidup moden yang dipacu tujuan dan salah SATU francaisor yang paling pesat berkembang di dunia telah menjual hak francaisnya kepada Ecuador, yang akan menjadi gerbang untuk organisasi yang dipacu COOLTURE bagi membuka lebih banyak peluang dan merekrut para profesional hartanah di seluruh Amerika Selatan.

Pemilik baharunya, Wendy Franco merupakan usahawan yang berpengalaman dengan lebih 26 tahun dalam bidang perbankan dan industri penerbangan serta seorang ahli profesional hartanah yang berjaya. Dan yang lebih penting lagi, beliau amat sesuai untuk Realty ONE Group kerana beliau amat mengambil berat tentang menyumbang kembali kepada rakyat dan negara yang beliau dan keluarga beliau cintai.

"Kami terus mewarnai kehadiran kami di dunia dengan cara yang betul bersama-sama rakan kongsi yang bercita-cita tinggi seperti Wendy yang akan menegakkan nilai-nilai teras dan COOLTURE kami yang merupakan teras dan jiwa organisasi dinamik kami," kata Kuba Jewgieniew, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Realty ONE Group. "Walaupun kami mempunyai banyak peluang untuk berkembang dengan pantas, kami kekal fokus kepada strategi pengembangan berdisiplin yang memastikan kejayaan jangka panjang rakan kongsi dan syarikat kami."

Franco pertama kali bertemu dengan Realty ONE Group di konvensyen National Association of REALTORS(R) tetapi beliau dengan serta-merta mengetahui bahawa jenama dan visi luar biasa syarikat tersebut sangat sesuai untuk Ecuador.

"Saya percaya bahawa kita tidak seharusnya hidup hanya untuk terus bertahan, tetapi hidup untuk mengubah kehidupan dengan mengetahui bahawa apa-apa sahaja boleh dicapai," kata Franco. "Matlamat kami adalah untuk menggunakan kelebihan yang diberikan oleh kehidupan kepada kami dan mengubahnya menjadi peluang yang luar biasa untuk membuatkan impian orang lain menjadi kenyataan."

UNBrokerage, seperti mana yang dikenali dalam industri ini, kini mempunyai lebih 17,000 ahli profesional hartanah di lebih 400 buah pejabat di 45 buah negeri, Washington D.C. dan Kanada serta akan dibuka di Singapura, Sepanyol dan Costa Rica, selain wilayah A.S. Puerto Rico.

Ketahui lebih lanjut di www.OwnAOne.com.

Tentang Realty ONE Group 

Ditubuhkan pada tahun 2005, Realty ONE ialah sebuah syarikat terkemuka dalam industri yang membawa perubahan kepada perniagaan francais hartanah secara radikal dengan model perniagaan yang unik, 'coolture' yang menyeronokkan, infrastruktur teknologi dan sokongan unggul terhadap para profesional hartanahnya. Syarikat ini telah berkembang pesat dengan merangkumi lebih 17,000 orang profesional hartanah di lebih 400 buah pejabat di seluruh 45 buah negeri di Amerika Syarikat, Washington D.C, Puerto Rico, Kanada, Sepanyol, Singapura dan Costa Rica. Realty ONE Group diberi penarafan pada kedudukan satu peratus teratas dalam negara oleh REAL Trends, diiktiraf oleh Entrepreneur Magazine sebagai 5 Francais Hartanah Terbaik dan telah berada dalam senarai Inc. 500 sebagai Syarikat yang Paling Pesat Berkembang selama tujuh tahun berturut-turut. Realty ONE Group mara ke hadapan dengan membuka peluang, bukan sahaja kepada para pelanggannya tetapi juga kepada profesional dan pemilik francais hartanah. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.RealtyONEGroup.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/260011/realty_one_group___logo.jpg?p=medium600

 

Source: Realty ONE Group
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Corporate Expansion