DOCKLANDS, Australia, 13 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Semua 'mata' tertumpu pada landskap perdagangan yang berpotensi bagi tahun 2022. Pasaran-pasaran mengharungi kesan yang berterusan daripada Covid-19 dan bank-bank pusat pula merangka tindak balas mereka terhadap kadar inflasi yang melonjak. Ingin mendengar apa yang diramalkan oleh pakar-pakar global? Pepperstone menjemput para pedagang untuk mendengarnya terlebih dahulu.
Pepperstone dengan bangganya memperkenalkan siri dalam talian serba baharu, Pepperstone Talks. Acara pertama dalam siri ini, How to Trade 2022 akan berlangsung pada hari Rabu, 26 Januari, 6:00-10:00 malam GMT, yang mana 12 pakar pasaran akan membentangkan mengenai ramalan perdagangan mereka bagi tahun 2022.
Sertai 10 sesi dalam talian yang eksklusfi mengenai idea perdagangan, analisis teknikal, tema makroekonomi dan panduan mengenai cara untuk memperbaiki disiplin perdagangan anda. Setiap ceramah akan bersifat interaktif, mengundang hadirin untuk mengemukakan soalan mereka kepada pakar-pakar dan mengambil bahagian dalam pertandingan ramalan GBPUSD.
Acara ini akan menyampaikan pandangan sebenar yang boleh diambil tindakan untuk pedagang dengan tahap pengalaman dan gaya yang berbeza-beza.
https://register.gotowebinar.com/register/323445954296378891
Penceramah yang telah disahkan*:
Alpesh Patel OBE - Praefinium- Market trends for 2022 and trades ideas for the year ahead (Trend pasaran untuk tahun 2022 dan idea perdagangan untuk tahun mendatang)
Mark Randall dan Steve Goldstein- AlphaMind- Weaponising the Mind for more effective FX Trading (Menggunakan Minda sebagai Senjata untuk Perdagangan FX yang lebih berkesan)
James Maddison - TradingView- TradingView 2022: What's next (Apa seterusnya)
Corellian Trading Academy- H1 and the possibilities therein (H1 dan segala kemungkinan di dalamnya)
Mark Holstead - Traders Mastermind- Becoming the trader you want to be in 2022 (Menjadi pedagang yang anda inginkan pada tahun 2022)
Garth MacKenzie - Traders Corner- Playing by the book - Technical trading setups to look for and how to trade them (Mengikuti peraturan dengan tepat - Persediaan perdagangan teknikal untuk dipertimbangkan dan cara untuk memperdagangkannya)
Stuart Fieldhouse - The Armchair Trader
Ryan Littlestone - Forex Analytix- How will FX markets react to inflation changes? (Bagaimana pasaran FX akan bertindak balas terhadap perubahan inflasi?)
Miad Kasravi- ZFX Trading- Inevitable market drivers in 2022 - Using the trading cycle to your advantage. (Pemacu pasaran yang tidak dapat dielakkan bagi tahun 2022 - Menggunakan kitaran perdagangan demi manfaat anda).
Ketahui lebih lanjut mengenai penceramah kami https://pepperstone.com/en-gb/go/pepperstone-talks/?utm_source=email&utm_medium=email&utm_campaign=pepperstonetalks-2201
*Penceramah tidak diperakui oleh Pepperstone dan sebarang pendapat yang dinyatakan oleh mereka merupakan pandangan mereka sendiri.
Latar Belakang Pepperstone https://pepperstone.com/
Pepperstone telah berkembang untuk menjadi broker tukaran mata wang asing (forex) dan CFD global dalam talian yang memenangi anugerah, terkenal dalam menyampaikan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa serta pembiayaan dan pengeluaran memenangi anugerah kepada puluhan ribu pelanggan di seluruh dunia. Pepperstone memiliki subsidiari di seluruh dunia dan dikawal selia oleh (ASIC), (FCA), (CySec), (SCB), (DFSA), (BaFin) dan (CMA).