omniture

Apex Medical Dijenamakan Semula kepada Wellell, takrifkan semula nilai-nilai teras

Wellell Inc.
2022-01-13 16:00 104

BANDAR BAHARU TAIPEI, Taiwan, 13 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Apex Medical meletakkan kepentingan yang sangat tinggi ke atas nilai kehidupan insan dan dalam masa yang sama menyediakan perkhidmatan yang tangkas dan peralatan perubatan yang berkualiti tinggi sejak tahun 1990. Penjenamaan semula pada tahun 2022 mengesahkan keazamannya untuk mewujudkan kedudukan kukuh bertaraf global dan mengembangkan lagi organisasi korporat ini serta menetapkan matlamat yang lebih bercita-cita tinggi untuk masa depan.

Nama jenama baharu "Wellell", ialah neologisme yang dicipta dengan menggabungkan antara "Wellbeing" ("Kesejahteraan") dan "Wellspring" ("Sumber Berterusan"). "Bagi kami, Wellell bermaksud sumber kesihatan—menyokong keadaan yang sihat dan selesa untuk pesakit melalui produk dan perkhidmatan yang mengambil kira sepenuhnya pengalaman pengguna," kata Daniel Lee, Pengasas dan Pengerusi syarikat ini. Agar kekal berdaya saing dalam pasaran yang berubah dengan pantas ini, projek penjenamaan semula ini akan mengukuhkan strategi berorientasikan jenama syarikat ini, menetapkan semula kedudukan produk dan perkhidmatan serta mencerminkan proposisi nilainya dengan memfokuskan kepada pengalaman pengguna bagi mewujudkan kelebihan daya saing yang membezakan Wellell daripada pesaing-pesaing yang lain.

Daniel Lee turut menegaskan bahawa visi syarikat ini akan diperbaharui dengan penuh semangat dan empati terhadap masyarakat, berpaksikan sikap yang jujur dan berfikiran terbuka. Semasa pandemik COVID-19, syarikat ini telah membantu masyarakat dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang menyelamatkan nyawa.

Melalui dedikasi kami yang berterusan terhadap transformasi digital dan pembangunan perkhidmatan rawatan kesihatan digital seperti IoT dan platform awan, Wellell akan bekerjasama dengan rakan kongsi global bagi mencipta semula masa depan kesejahteraan. "Kita bersama-sama menambah baik hasil klinikal dan meningkatkan kesejahteraan digital buat semua." Pastikan sihat, Hidup dengan baik.

Wellell ialah peneraju global bagi penyelesaian perubatan untuk rawatan akut dan rawatan pasca-akut, beroperasi di lebih daripada 60 negara melalui jaringan pengedaran dan perkhidmatan khusus. Ditubuhkan pada tahun 1990, syarikat ini mengintegrasikan penyelesaian pengurusan luka, terapi respiratori dan perkhidmatan rawatan kesihatan digital untuk menyampaikan hasil klinikal yang lebih baik dan kesejahteraan digital kepada pesakit, penjaga dan penyedia rawatan kesihatan. Didorong oleh rasa hormat yang tinggi terhadap kehidupan setiap individu, Wellell beraspirasi untuk membantu semua pesakit di hospital dan pesakit luar serta mereka yang menyokong pesakit ini untuk menjalani kehidupan yang sihat dan gembira.

 

Source: Wellell Inc.
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals New products/services