ZÜRICH, 13 Januari 2022 /PRNewswire/ -- HeiQ mengumumkan pelancaran teknologi penyejukan tekstil dwitindakan baharu, HeiQ Cool, teknologi tekstil pertama di dunia yang menghasilkan penyejukan sentuhan segera dan penyejukan sejatan berterusan.
Dihasilkan untuk menangani kepentingan kawalan suhu badan di mana pemanasan berlebihan dan penyejukan sering menjadi masalah, fabrik yang dikuasakan oleh HeiQ Cool ini mengawal suhu kulit dengan keupayaan dwipenyejukan secara konsisten. Langkah pertama proses ini melibatkan penyerapan tenaga peleburan yang menghasilkan penyejukan sentuhan segera sebelum munculnya isyarat perpeluhan pertama dan melambatkan pengumpulan haba, langkah ini kemudiannya diikuti dengan tindakan tenaga pengewapan yang meniru sistem kawalan haba kulit dengan menghasilkan penyejukan sejatan secara berterusan selagi badan terasa panas dan berpeluh. Sesuai untuk semua fabrik, pelancaran awal ini memberi tumpuan kepada tekstil rumah, terutamanya produk bilik tidur seperti kain belacu tilam, bantal dan cadar kerana manfaatnya yang secara jelas ingin membantu pengguna tidur nyenyak pada waktu malam. Ia menyejuk sebelum munculnya isyarat perpeluhan pertama, melambatkan pembentukan haba dan mengawal suhu secara berterusan. Dengan ciri penyejukan melalui sentuhan, komponen ini mengecas semula lapisan permukaan secara sinergi dengan memastikan suasana tubuh yang dingin, kering dan selesa secara konsisten.
Teknologi penyejukan tekstil dwitindakan berasaskan bio yang diperakui USDA
Polimer fungsian termo yang dihasilkan daripada minyak sayuran berasaskan bio akan menyerap tenaga haba dan memberikan sensasi penyejukan segera. Jika badan terasa panas secara berterusan, peluh akan terhasil dan polimer fungsian hidro yang dipatenkan ini akan membawa kelembapan bersama-sama dengan haba lalu mewujudkan kesan penyejukan berterusan yang berhenti apabila proses penyejukan ini selesai. Gabungan polimer fungsian hidro dengan formulasi polimer fungsian termo yang dihasilkan daripada minyak sayuran berasaskan bio HeiQ Cool mengandungi lebih daripada 50% kandungan berasaskan bio yang diperakui USDA®. Ia juga disesuaikan dengan kelas 1 OEKO-TEX dan memenuhi keperluan RSL (senarai bahan terlarang) kebanyakan jenama.
Ketua Pegawai Pemasaran HeiQ, Hoi Kwan Lam berkata "Sejak pandemik ini bermula, para pengguna lebih banyak melabur untuk meningkatkan keselesaan kediaman mereka. Kita menghabiskan satu pertiga daripada masa kita dengan tidur, maka penting bagi kita untuk melabur dalam produk yang membolehkan kita tidur dengan nyenyak pada waktu malam. Malah, satu penyelidikan yang dijalankan oleh Cotton Inc pada tahun 2017 malah menunjukkan bahawa 55% pengguna inginkan fungsi termokawalaturan dalam produk bilik tidur mereka. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pengguna menunjukkan keinginan yang kuat terhadap produk yang lebih berfungsi dan lestari. Bukan sahaja rawatan HeiQ Cool ini menggunakan komponen yang lebih lestari daripada mana-mana produk yang boleh anda dapati di pasaran, malah ia turut membantu mengimbangi suhu badan anda dengan cekap yang mungkin boleh mengurangkan penggunaan tenaga bagi penyaman udara!"
Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif HeiQ, Carlo Centonze berkata: "Saya berasa amat gembira kerana misi kami untuk meningkatkan kehidupan berbilion-bilion manusia telah dilaksanakan dengan jayanya ke arah hala tuju yang betul dengan pelancaran HeiQ Cool ini. Ia meneguhkan lagi bukti falsafah kami bahawa inovasi merupakan satu-satunya cara untuk maju dan teknologi yang lestari boleh dicapai sekiranya kita menetapkan fikiran dan hati kita untuk mencapainya. Saya percaya bahawa para pengguna kini mempunyai cara untuk mendapatkan tidur yang nyenyak, bersukan serta menjalani kehidupan mereka dengan lebih selesa."
Dapatkan lebih banyak maklumat SECARA LANGSUNG – Webinar HeiQ Cool
Sertai webinar ini dan dapatkan manfaat daripada pertukaran ilmu dan peluang untuk bertanya soalan secara langsung kepada Lee Howarth, Naib Presiden Pemasaran Strategik Tekstil HeiQ dan Raquel Vaz Vieira, Ketua Pegawai Eksekutif HeiQ Iberia semasa sesi Soal Jawab. Daftar untuk menyertai webinar melalui pautan di bawah:
19 Januari (RABU), 9:00-9:45 Waktu Eropah Tengah: Daftar di sini
19 Januari (RABU), 17:00-17:45 Waktu Eropah Tengah: Daftar di sini
Tentang HeiQ
Ditubuhkan pada tahun 2005 sebagai sebuah anak syarikat Swiss Federal Institute of Technology Zurich (ETH) dan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Saham London (LSE:HEIQ), HeiQ merupakan peneraju dalam inovasi tekstil dan bahan yang mencipta beberapa jenis teknologi tekstil paling berkesan, tahan lama dan berprestasi tinggi di pasaran pada hari ini. HeiQ berusaha untuk meningkatkan kehidupan berbilion-bilion manusia melalui inovasi rintis dalam tekstil dan bahan. Dengan menggabungkan tiga bidang kepakaran – penyelidikan saintifik, pembuatan bahan khusus dan penjenamaan bahan pengguna – HeiQ merupakan rakan inovasi yang ideal untuk mencipta produk yang berbeza dan lestari serta memperoleh nilai tambah pada peringkat jualan. Dengan 14 buah pejabat, 7 buah tapak pembuatan dan 7 buah hab R&D, HeiQ hari ini mempunyai 240 orang tenaga kerja profesional. Ia memiliki kapasiti bahan kimia khusus keseluruhan sebanyak 45,000 tan setahun dan memenuhi permintaan lebih 1,000 pelanggan industri di lebih 60 buah negara. Hari ini, barangan pengguna dan peranti perubatan HeiQ boleh didapati di 56 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.heiq.com
HUBUNGAN
HeiQ Materials AG Ruetistrasse 12 8952 Schlieren (Zurich) Switzerland +41 56 250 68 50 |
Hubungan media untuk temu bual atau imej beresolusi tinggi: Loraine Stantzos Naib Presiden Komunikasi Pemasaran
|
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1720706/HeiQ_Cool.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1134330/HeiQ_Materials_Logo.jpg?p=medium600