omniture

Arches kumpul USD1.6 juta perluas perkhidmatan "Perkongsian Pengetahuan Pakar" di seluruh 5 lokasi di Asia

Mempercepatkan perkhidmatan perkongsian pengetahuan pakar kami yang dikuasakan oleh teknologi perekrutan sasaran-khusus mencakupi 5 tempat bertapak Asia
Arches Corporation
2022-01-14 20:02 250

TOKYO, 14 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Arches Corporation ("Arches"), penyedia "Perkongsian Pengetahuan Pakar" global yang berpangkalan di Tokyo (perkhidmatan yang mencari pakar untuk sebarang topik dan memberi maklumat tepat pada masanya) dengan ini mengumumkan pengumpulan dana sebanyak $1.6 juta (JPY 180 juta) dalam pendanaan dengan menerbitkan saham baharu melalui perumpukan pihak ketiga kepada Uzabase, Hakuhodo DY Ventures dan 8 pelabur persendirian yang lain. Melalui pendanaan ini, Arches akan mengukuhkan keupayaan perekrutannya dalam topik terkini yang menarik minat global dan pakar dalam bidang yang berkembang pesat di serata dunia, menyampaikan pengetahuan pakar yang paling dingini mengikut keperluan pelanggan kami yang semakin pelbagai.

 

 "Perkhidmatan Perkongsian Pengetahuan Pakar" Arches 

Berpegang kepada misi kami untuk "Berkongsi pengetahuan, Memperkasa Asia", Arches menyediakan perkhidmatan perburuan ilmu pengetahuan yang terbesar di Asia daripada lima tempat bertapak termasuk Bandar Raya Ho Chi Minh, Tokyo, Singapura dan Shanghai. Pengguna "perkhidmatan perkongsian pengetahuan pakar" kami merupakan pelanggan yang mencari kepakaran khusus tahap tinggi untuk membantu percubaan mereka terhadap usaha niaga baharu atau mencari penyelesaian untuk isu-isu sedia ada. Dengan bantuan pasukan jurutera yang amat sofistikated yang berpangkalan di Vietnam, Arches menawarkan teknologi "perburuan pakar" tepat yang hanya merekrut pakar terbaik dalam bidangnya. Teknologi ini merupakan sebab kami dapat merekrut pakar yang amat dicari-cari dan dapat menyediakan pelanggan kami dengan maklumat yang eksklusif dan relevan melalui temu bual pakar atau laporan berasaskan temu bual.

Perkhidmatan Perkongsian Pengetahuan Pakar
Perkhidmatan Perkongsian Pengetahuan Pakar

Mengapa kami mengumpul dana 

Atas sebab globalisasi, transformasi digital, ESG dan banyak faktor lain yang mengubah perniagaan, cara kami bekerja semakin pelbagai dan semakin ramai orang yang ingin memanfaatkan kepakaran peribadi mereka di luar syarikat mereka. Dalam masyarakat yang berubah oleh COVID-19, kami percaya bahawa "perkhidmatan perkongsian pengetahuan pakar" yang sepadan dengan keperluan syarikat dengan pengetahuan individu berada di landasan yang betul untuk menjadi amalan biasa. Walau bagaimanapun, hanya segelintir syarikat yang menawarkan perkhidmatan sedemikian di Jepun atau di mana-mana sahaja dalam negara-negara Asia yang berkembang pesat. Kebolehcapaian kepakaran baik dari segi wilayah dan industri memberi banyak ruang untuk mencapai pertumbuhan.

Arches telahpun menyusun pangkalan data lebih daripada 50,000 pakar di Asia. Namun begitu, tumpuan kami adalah agar tidak bergantung kepada pangkalan data kami tetapi menggunakan teknologi "perburuan pakar" kami untuk mencari dengan segera pasaran untuk pakar-pakar yang sangat khusus dan tiada galang gantinya yang relevan dengan keperluan pelanggan kami.

Prospek masa depan

Sebagai satu-satunya perkhidmatan di Jepun yang dapat mencari pakar yang diperlukan oleh pelanggan kami daripada pasaran domestik dan antarabangsa dengan cepat, berpatutan dan tepat, kami komited untuk meningkatkan sistem perekrutan kami yang unik dan memperkasakan lagi pasukan jurutera kami yang berpangkalan di Vietnam dan ahli-ahli profesional multinasional. Arches merancang untuk menggunakan dana pusingan ini ke arah tujuan yang disenaraikan di bawah.

  • Memperkukuh teknologi dan pembangunan sistem kami demi mengenal pasti pakar tahap tinggi di Jepun dan seluruh Asia
  • Mengukuhkan struktur jualan dan pemasaran kami untuk menyediakan secara serentak perkhidmatan kami kepada berbilang pelanggan berpotensi di serata dunia
  • Membangunkan produk untuk mengumpul pengetahuan pakar dengan cara yang boleh diguna semula untuk berkongsi bersama lebih ramai pelanggan

Selain daripada pelanggan jangka panjang kami daripada firma perunding strategik dan firma pelaburan, kami telah mendapat permintaan daripada bahagian pengurusan perniagaan, penggabungan dan pemerolehan (M&A) dan pembangunan perniagaan daripada banyak syarikat perindustrian yang besar. Bagi memenuhi keperluan pelanggan kami yang pelbagai, kami akan terus memperluaskan platform pengetahuan unik kami di seluruh Asia dan mengoptimumkan "perkongsian pengetahuan pakar" kami yang sangat tepat. Kami juga bersedia untuk menyampaikan ilmu pengetahuan yang khusus dan bernuansa kepada rangkaian pelanggan yang lebih luas dengan mengumpul dan mengkomersialkan pengetahuan versatil pakar kami.

Pelabur-pelabur kami

Uzabase, Inc.
Hakuhodo DY Ventures Ltd.
Globe Advisors Ventures LLP
Rocking Horse Co., Ltd. dan 
8 pelabur persendirian yang lain

Ulasan daripada Hiroki Kato, Ketua Pegawai Eksekutif

Dalam tempoh 2.5 tahun sejak kami menubuhkan Arches, kami mendapat keistimewaan untuk mengendalikan lebih daripada 2,500 perekrutan dan 100 kompilasi laporan dalam 19 negara Asia dan 10 negara Eropah dan Amerika. Kami melibatkan banyak firma perunding strategik, firma pelaburan dan syarikat besar yang terkenal dalam senarai kami dengan lebih daripada 150 pelanggan.

Dalam sebuah masyarakat yang telah ditransformasikan oleh COVID-19, kami percaya bahawa perkongsian pengetahuan pakar benar-benar apa yang dituntut oleh zaman ini. Pasukan pengurusan kami yang berpengalaman secara profesional, jurutera berkemahiran tinggi dan pelbagai perekrut bekerjasama untuk memenuhi kehendak tersebut. Kami berterima kasih kepada pelabur yang berkongsi visi kami dan menyediakan kami dengan dana baharu.

Kami membayangkan "pendemokrasian pengetahuan" yang membolehkan sesiapa sahaja mengakses sebarang jenis kepakaran dengan cepat, berpatutan dan tepat melalui teknologi "perburuan pakar" kami. Dengan membawa perubahan kepada ketidakcekapan perangkaian dan penyelidikan yang lalu, Arches akan terus menyokong cabaran yang dihadapi oleh syarikat-syarikat di mana-mana sahaja.

Ulasan daripada pelabur-pelabur kami 

Uzabase, Inc. Ketua Pegawai Eksekutif Bersama, En. Taira Sakuma

Aset-aset teras Uzabase ialah data, kandungan dan pengetahuan manusia. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tumpuan utama kami adalah untuk mengukuhkan aspek pengetahuan manusia. Dalam dunia di mana perubahan berlaku dengan pantas dan masa depan tidak diketahui, pengetahuan orang ramai dengan kepakaran yang tinggi dan pengalaman yang unik merupakan maklumat ekonomi yang paling berharga yang dapat membantu kami meramalkan masa depan. Kekuatan Arches terletak pada pengetahuan manusia di seluruh Asia. Melalui modal dan pakatan perniagaan bersama Arches, kami akan terus mewujudkan kitaran pengetahuan manusia bagi mencipta penyelesaian untuk isu-isu masyarakat.

Mimir, Inc. Ketua Pegawai Eksekutif/Pengasas Bersama, En. Soshi Kawaguchi

Kami berupaya untuk membina perkongsian yang baik dan boleh dipercayai bersama Arches. Melalui modal dan pakatan perniagaan ini, kami percaya bahawa kami akan dapat membawa komitmen kami ke tahap seterusnya.

Industri rangkaian pakar merupakan pasaran hangat yang baharu. Apa yang dituntut oleh industri ini bukan sekadar pangkalan data pakar setiap syarikat, tetapi juga penambahbaikan "perekrutan tersuai" yang dapat memenuhi setiap keperluan pelanggan dengan cara yang tertentu dan tepat. Melalui pakatan bersama Arches, yang telah mengumpul teknologi yang unik berhubung trend industri ini, kami menyasarkan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pakar Asia dan untuk menyampaikan kepakaran yang pelbagai dan berkualiti melalui temu bual pakar kami dan perkhidmatan FLASH Opinion.

Hakuhodo DY Future Design Fund
Hakuhodo DY Ventures Co., Ltd. Rakan Kongsi, En. Daisuke Urushiyama

Arches melaksanakan perkhidmatan yang memadankan pakar di seluruh Asia dan dunia dengan syarikat-syarikat yang memerlukan pengetahuan mereka yang dihargai secara meluas dalam penilaian risiko setempat menerusi pembangunan dan penyelidikan perniagaan untuk peluang perniagaan yang baharu. Mencari pakar tempatan boleh menjadi sukar untuk syarikat-syarikat individu, namun Arches membantu menyelesaikan masalah perniagaan dengan membina rangkaian pakar yang luas dan menyesuaikan perekrutannya mengikut keperluan setiap syarikat dan projek. Kami di Hakuhodo DY Group berharap dapat menawarkan minda dan kreativiti berpandukan orang ramai kami untuk bekerjasama dengan Arches dan menyokong perniagaan di seluruh dunia.

Lokasi Arches
Lokasi Arches

Latar Belakang Arches Pte. Ltd.

Nama Syarikat: Arches Private Limited
Ketua Pegawai Eksekutif: Hiroki Kato
Alamat: Shibuya, Shibuya-ku, Tokyo Ditubuhkan: Mei 2019
Jumlah Pekerja: 104 Modal: JPY 231 juta
HP: https://arches-global.com/

Ahli Arches
Ahli Arches

     

 
Source: Arches Corporation
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mutual Funds Workforce Management/Human Resources Venture Capital