omniture

Memperkenalkan Bahan Pendakap Gigi Lutsinar Berbilang Lapisan: TRISTAR daripada Whitesmile Clear.

Visivest Corporation (M) Sdn Bhd
2022-01-15 12:00 268

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Whitesmile Clear, syarikat pembuatan pendakap gigi lutsinar yang terbesar di Asia Tenggara Visivest Corporation (M) Sdn Bhd, hari ini mengumumkan permulaan jualan komersial Tristar, bahan komposit unik yang direkayasa khusus untuk pemasangan siap alat pendakap gigi lutsinar. Ia tahan retak, selesa dan menunjukkan pengekalan tegasan yang hebat.

Syarikat ini merupakan pengeluar yang disahkan bagi plastik polimer boleh termobentuk komposit terbukti secara klinikal ini tersedia untuk diedarkan kepada doktor gigi, pakar ortodontik, pengeluar pendakap gigi dan ortodontik di seluruh dunia.

Generasi terkini bahan pendakap gigi lutsinar (alignermaterial.com) ini memberi keselesaan dan aplikasi daya yang konsisten kepada pesakit, lalu menjadikan seluruh rawatan ortodontik berkesan secara klinikal dan mesra pesakit. Penyelidikan dan pembangunan selama lebih sedekad serta ujian percubaan klinikal ke atas pesakit terlibat bagi menghasilkan bahan komposit yang unik ini.

Tristar mengekalkan dua kali ganda daya ortodontik selepas tempoh pemakaian biasa berbanding bahan pendakap gigi satu lapisan yang biasa. Rahsianya ialah kombinasi bahan-bahan komposit – asas polimer yang kuat dicampurkan dengan lapisan komponen elastik yang konsisten dari segi dimensi (bahan pendakap gigi yang lain daripada kelas yang sama mempunyai lebar yang tidak konsisten, berbeza ketebalannya sehingga 0.2mm). Ini membolehkan para doktor dan syarikat pendakap gigi lutsinar mempreskripsikan pergerakan gigi kompleks yang boleh diramalkan sehingga ke tahap yang tidak dapat dicapai sebelum ini.

"Tristar dibangunkan khusus untuk menyediakan pergerakan gigi ortodontik di wilayah yang mana permintaan dan kerumitan kes meningkat sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini," kata Dr. Reuben How, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Whitesmile Clear. "Ini merupakan bahan yang bukan sahaja mendahului persaingannya tetapi turut memberi keyakinan kepada saya untuk memberi hasil yang hebat dalam kes-kes yang secara tradisinya merupakan bidang yang tidak diterokai untuk Terapi Pendakap Gigi Lutsinar," kata Dr. Kathiravan Purmal, Pakar Ortodontik dan Pakar Bedah Maksilofasial Oral. "Pesakit saya menyukainya kerana ia sangat fleksibel yang dapat meningkatkan keselesaan, namun kekal hampir tidak kelihatan."

Latar Belakang Whitesmile Clear:

Whitesmile Clear (whitesmileclear.com) ialah sebuah syarikat yang berpangkalan di River Valley, Singapura dan Kuala Lumpur, Malaysia. Ia membangunkan dan mengeluarkan bahan ortodontik canggih dan penyelesaian kepintaran buatan (Artificial Intelligence, AI) untuk industri ortodontik. Whitesmile Clear dianggap secara meluas sebagai peneraju bagi penyediaan perkhidmatan perundingan dan bahan untuk industri pendakap gigi lutsinar, perancangan rawatan dan peralatan tambahan di wilayah ini. Mereka juga bekerjasama dengan aktif bersama Universiti-universiti Kebangsaan di Asia Tenggara untuk memajukan penyelidikan pendakap gigi lutsinar.

Sila hubungi untuk mendapatkan sampel percuma:
+60-3-2771-1607
tristar@whitesmileclear.com
alignermaterial.com

Source: Visivest Corporation (M) Sdn Bhd
Keywords: Banking/Financial Service Dentistry Health Care/Hospital Mining/Metals New products/services