omniture

Mouser Electronics Tambah Lebih 110 Pengeluar Baharu pada 2021, Perluaskan Lagi Kad Lini Terkemuka dalam Industri

Mouser Electronics
2022-01-17 13:21 268

SHANGHAI, 17 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Mouser Electronics, Inc., pengedar bagi Pengenalan Produk Baharu (NPI) yang utama dalam industri yang memiliki seleksi semikonduktor dan komponen elektronik paling luas, menambah 113 pengeluar baharu yang mencatat rekod kepada kad lininya semasa tahun 2021, memperluaskan dengan ketara pilihan produk untuk jurutera reka bentuk dan golongan profesional pembelian di serata dunia. Dengan menawarkan seleksi luas teknologi yang paling canggih kepada pelanggan, Mouser dapat membantu pereka mengelakkan reka bentuk semula yang mahal, kelewatan pembuatan mahupun penamatan projek.

Mouser Electronics Adds Over 110 New Manufacturers in 2021
Mouser Electronics Adds Over 110 New Manufacturers in 2021

Mouser bekerjasama erat dengan lebih 1,200 rakan pengeluarnya untuk menyediakan akses yang paling pantas dan paling mudah kepada komponen yang terbaharu dalam industri. Sepanjang tahun 2020 dan 2021, memandangkan banyak syarikat yang menghadapi cabaran rantaian bekalan yang dicetuskan oleh pandemik, pengeluar semikonduktor dan komponen elektronik bergantung pada Mouser untuk membantu mereka memperkenalkan produk mereka dengan jayanya ke dalam pasaran global.

Hampir satu pertiga daripada pengeluar baharu pada tahun 2021 terlibat dalam bidang terbenam, satu bukti terhadap tumpuan berterusan Mouser ke atas penyelesaian Internet Pelbagai Benda (IoT) dan 5G. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Mouser mengukuhkan barisan produk terbenam mahupun sensornya bagi meningkatkan penawaran produk IoTnya. Di samping itu, Pusat Pengedaran Global Mouser mengendalikan inventori yang sangat besar dengan lebih daripada 1.1 juta SKU yang unik untuk komponen dalam semua kategori produk termasuk produk terbenam, penyambung, optoelektronik, elemen pasif dan banyak lagi.

Antara pengeluar-pengeluar baharu yang ditambah oleh Mouser ialah:

Fujitsu Semiconductor Memory Solution, subsidiari Fujitsu Semiconductor dan pembekal bagi memori akses rawak feroelektrik (FRAM) yang berkualiti tinggi dan sangat andal serta memori akses rawak berintangan (ReRAM).

Hartland Controls, sebuah syarikat Littelfuse dan pembekal bagi komponen yang digunakan dalam HVAC serta aplikasi industri yang lain.

MultiTech, pembekal global yang terkemuka bagi peranti dan perkhidmatan IoT termasuk penyelesaian sensor, pengesahan dan komunikasi.

Weidmüller, pengeluar yang terkemuka bagi penyelesaian sambungan industri dan IoT.

Untuk melihat rakan-rakan pengeluar terbaharu Mouser, kunjungi https://www.mouser.com/new-manufacturer/.

Sebagai pengedar berdaftar global, Mouser menawarkan pilihan paling luas di dunia yang merangkumi semikonduktor dan komponen elektronik terbaharu - dalam stok dan sedia untuk dihantar. Pelanggan Mouser boleh mengharapkan 100% produk asli yang diperakui yang boleh disusur-galurkan sepenuhnya daripada setiap rakan pengeluarnya. Bagi membantu mempercepatkan reka bentuk pelanggan, laman sesawang Mouser mengehoskan pustaka sumber teknikal yang luas termasuk Pusat Sumber Teknikal (Technical Resource Center) berserta lembaran data produk, reka bentuk rujukan khusus-pembekal, nota aplikasi, maklumat reka bentuk teknikal, alat kejuruteraan dan maklumat berguna yang lain.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.mouser.com/.

 

Source: Mouser Electronics
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services