omniture

CGTN America lancar tindakan media 'Bersama-sama Demi Masa Depan Dikongsi Bersama'

CGTN
2022-01-18 17:13 31

BEIJING, 18 Januari 2022 /PRNewswire/ -- CGTN America melancarkan tindakan media "Together For A Shared Future" ("Bersama-sama Demi Masa Depan Dikongsi Bersama"). Program ini melibatkan pesanan video daripada para tetamu berprofil tinggi, harapan daripada anggota kanan IOC serta para atlet Sukan Olimpik terhadap Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 yang akan datang, selain sambutan Tahun Baharu Cina Tahun Harimau di Washington, D.C.

Presiden dan Ketua Sidang Pengarang China Media Group Shen Haixiong menyampaikan pesanan video dalam talian bagi memperkenalkan studio siaran langsung 5G yang canggih kepada dunia.

Dalam pesanan video beliau, Shen mengundang rakan media dari serata dunia untuk menggunakan studio tersebut, dibina di atas kereta api berkelajuan tinggi yang digunakan semasa berlangsungnya Sukan ini.

Beliau berkata bahawa China bersedia untuk Sukan tersebut dan "marilah kita bersama-sama demi masa depan yang dikongsi bersama."

Duta China ke A.S., Qin Gang turut berkongsi pesanan video khas kepada peminat hoki ais, dengan berkata bahawa orang ramai menyukai sukan berkenaan kerana sukan tersebut mencerminkan "semangat kesukanan yang saling hormat-menghormati" dan "permainan yang adil."

Duta Qin Gang turut berkata bahawa Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing menggunakan teknologi pembuatan ais yang terbaik di dunia dan akan menghasilkan "emisi-karbon-sifar".

Dick Pound, anggota kanan Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa, bersama-sama tokoh-tokoh Sukan Olimpik yang lain, turut berkongsi keterujaan mereka terhadap pertandingan yang akan datang di China ini.

Beberapa pemain Sukan Olimpik Amerika termasuk pemenang pingat emas Sukan Olimpik A.S. sebanyak tiga kali Shawn White berkata bahawa mereka amat berharap dengan Sukan yang akan datang ini, menunjukkan semangat yang berkobar-kobar untuk bersaing di Beijing di persada dunia.

Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 bertepatan dengan sambutan Tahun Baharu Cina. CGTN America melancarkan perayaan Sukan, Perpaduan dan Kegembiraan untuk Tahun Harimau yang akan datang ini di Capital One Arena di Washington, D.C. 

Para peminat telah dilayan dengan pemberian hadiah termasuk patung harimau mainan lembut dan patung panda mainan lembut.

https://newsus.cgtn.com/news/2022-01-12/CGTN-America-launches-Together-for-a-shared-future-media-action-16KtUceF9Kw/index.html

CGTN America lancar tindakan media 'Together For A Shared Future'
CGTN America lancar tindakan media 'Together For A Shared Future'

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Television