omniture

ICP DAS Jalin Kerjasama dengan Penyedia Perisian IoT Exosite Perkenal Penyelesaian "ExoWISE"

ICP DAS Co., Ltd.
2022-01-18 17:43 183

TAIPEI, 18 Januari 2022 /PRNewswire/ -- ICP DAS, pengeluar peralatan automasi industri yang terkemuka, dengan sukacitanya mengumumkan penyelesaian ExoWISE baharu. Penciptaan ExoWISE ialah hasil daripada perkongsian baharu bersama Exosite, sebuah syarikat perisian perusahaan dan penyedia utama dalam pasaran platform Internet Pelbagai Benda Industri (IIoT). Penyelesaian baharu ini memanfaatkan aplikasi pemantauan keadaan jarak jauh ExoSense® Exosite dan platform IIoT Murano® yang beroperasi melalui infrastruktur AWS dengan sambungan peranti natif daripada gerbang ICP DAS WISE-5231. Platform Murano Exosite memberi pengurusan yang sangat baik terhadap keselamatan awan untuk penyulitan dan pengesahan.

Selagi mana pelanggan menggunakan protokol Modbus standard, gerbang pinggir IIoT ICP DAS WISE-5231 dapat berhubung dengan penyelesaian ExoWISE. Sebaik sahaja terhubung, WISE-5231 dapat mula menghantar data secara serta merta ke platform awan untuk kawalan dan pemantauan secara jarak jauh dalam pelbagai aplikasi industri, membolehkan pengguna melihat papan pemuka dengan status data dan peralatan waktu sebenar serta menerima pemberitahuan, mengurus akses pengguna dan menghasilkan laporan. Fungsi utama WISE-5231 adalah untuk menghubungkan peranti pinggir dengan Internet dan bertindak sebagai penghubung antara peranti dan infrastruktur awan. Ciri-ciri ini merupakan pembeza yang besar apabila dibandingkan dengan sistem SCADA standard.

Pemantauan jarak jauh merupakan sistem yang berkesan untuk mengoptimumkan pengeluaran dalam pelbagai industri. Ia juga membantu mengurangkan masa henti peralatan dan meningkatkan kualiti. Walau bagaimanapun, untuk membangunkan sistem sedemikian boleh menjadi sesuatu yang mencabar. Disebabkan oleh hal ini, ICP DAS memanfaatkan teknologi Exosite untuk menyediakan pelanggan dengan penyelesaian IoT hujung-ke-hujung: ExoWISE. ICP DAS memilih untuk bekerjasama dengan Exosite disebabkan oleh jenamanya yang telah kukuh dan dipercayai dalam pasaran IIoT, menyediakan penyelesaian hujung-ke-hujung, platform perisian perusahaan dan rangkaian alat yang luas untuk menjadikannya lebih mudah mengkonfigurasi dan menggunakan aplikasi IoT.

Sambungan ke penyelesaian ExoWISE adalah mudah dan tidak memerlukan pengekodan, lalu menghapuskan keperluan untuk pasukan pembangunan perisian, pelaburan yang besar atau masa pembangunan yang panjang. Sebagai respons kepada pembangunan pesat teknologi IIoT, ICP DAS dengan sukacitanya menyediakan pelanggan kami dengan penyelesaian yang mudah digunakan untuk memperluas infrastruktur IT mereka dan mengupayakan sambungan data OT dalam aplikasi industri mereka. ExoWISE sudahpun tersedia untuk pelanggan mereka di serata dunia. ExoWISE berharap dapat menyediakan pelanggan dengan penyelesaian terkini yang menggabungkan teknologi IIoT, awan dan pinggir.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ExoWISE, sila kunjungi:
https://www.icpdas.com/web/marketing_kits/landingpage/ExoWISE/index.html

Latar Belakang ICP DAS 

ICP DAS ditubuhkan pada tahun 1993 dan memfokuskan kepada inovasi dan penambahbaikan teknologi automasi industri. Pengalaman selama hampir 30 tahun dalam pasaran industri global membolehkan syarikat ini menduduki kedudukan utama dalam kalangan penyedia penyelesaian untuk Industri 4.0 dan Internet Pelbagai Benda Industri (IIoT).

Untuk butiran lanjut, sila kunjungi laman sesawang kami: https://www.icpdas.com/
Untuk produk, penyelesaian dan pertanyaan, hubungi kami terus di: sales@icpdas.com

Source: ICP DAS Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Mining/Metals Licensing/marketing agreements New products/services