omniture

DAZN GROUP MENGUMUMKAN STRUKTUR BAHARU UNTUK MEMACU PERTUMBUHAN DAN STRATEGI PRODUK BERSASARAN TINGGI BAGI PLATFORM PENSTRIMAN SUKAN DAN PENGLIBATAN PEMINAT

DAZN
2022-01-18 18:01 15

SHAY SEGEV DILANTIK SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF DAZN GROUP

DARREN WATERMAN MENYERTAI SYARIKAT SEBAGAI KETUA PEGAWAI KEWANGAN

LONDON, 18 Januari 2022 /PRNewswire/ -- DAZN Group hari ini mengumumkan pelaksanaan struktur Kumpulan baharu dan beberapa perubahan kepimpinan yang akan membolehkan DAZN merealisasikan pertumbuhan dan strategi produknya yang bercita-cita tinggi.

Shay Segev
Shay Segev

Setakat hari ini, Shay Segev akan menjadi satu-satunya Ketua Pegawai Eksekutif DAZN Group. Shay menyertai DAZN pada bulan Jun 2021, sebelum itu beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Entain, sebuah syarikat FTSE 100. Shay mempunyai rekod prestasi yang luar biasa dalam meningkatkan perniagaan pengguna digital, yang amat diperlukan apabila DAZN mengembangkan tawaran pelanggannya yang merangkumi kandungan interaktif dan menarik untuk dinikmati peminat bersama-sama dengan perkhidmatan penstriman sukannya.  Shay menyertai Entain pada tahun 2016 semasa syarikat tersebut masih lagi berbentuk perniagaan keusahawanan kecil dan dalam tempoh lima tahun, beliau menyelia tempoh pertumbuhan yang luar biasa, termasuk - yang paling penting - pengambilalihan bwin.party dan Ladbrokes Coral, serta penubuhan BetMGM. Pada masa Shay meninggalkan syarikat untuk menyertai DAZN, Entain telah menjadi peneraju pasaran dengan modal berjumlah £10 bilion. 

James Rushton, Pengasas Bersama DAZN, akan meneruskan tanggungjawabnya yang sedia ada untuk menyelia pertumbuhan pasaran, hak dan kandungan tempatan.  Merupakan seorang veteran industri sukan selama 25 tahun, James menghabiskan sebahagian besar kerjayanya di Perform Group di mana beliau memimpin pelbagai inovasi, pengembangan pasaran dan pertumbuhan hasil yang penting, termasuk pelancaran DAZN pada tahun 2016. 

Selain itu, Darren Waterman menyertai syarikat sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, yang berpangkalan di London.  Darren menyertai dengan pengalaman yang luar biasa dari Amazon di mana beliau mengetuai pasukan Kewangan yang bertanggungjawab untuk Prime Video di peringkat antarabangsa.  Sebagai peneraju bertaraf dunia dan eksekutif industri TMT yang berpengalaman, Darren membawa kepada DAZN rekod prestasi kejayaan pengembangan geografi, penstriman video, inovasi produk dan pelaburan dalam kandungan sukan, TV dan filem.  Setelah hampir empat tahun berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan, Stuart Epstein akan terus memainkan peranan sebagai Penasihat Kanan dan Ahli Lembaga Pengarah DAZN yang membolehkan peralihan peranan dan tanggungjawabnya yang lancar dan berkesan pada separuh pertama tahun 2022.

Kevin Mayer, Pengerusi DAZN Group berkata, "DAZN telah menjadi peneraju global dalam bidang penstriman sukan dalam masa lima tahun sahaja dan sudah tiba masanya untuk membawa perniagaan ini ke tahap yang lebih tinggi. Latar belakang teknologi Shay dan sejarah cemerlang dalam menyampaikan budaya prestasi yang kukuh akan membawakan banyak manfaat kerana DAZN memperkenalkan perkhidmatan penglibatan peminat interaktif tambahan seperti pertaruhan dan e-dagang untuk dinikmati oleh pengguna di samping penawaran teras penstriman sukan langsung kami. Kepakaran James dalam hak sukan dan pemahaman mendalam tentang pasaran akan memastikan DAZN terus memupuk dan mengembangkan perniagaan utamanya. Kami mengucapkan terima kasih kepada Stuart atas sumbangan beliau yang begitu berharga dan kami amat teruja untuk menantikan penglibatan beliau dalam jawatannya yang baharu ini dan kami juga amat gembira untuk mengalu-alukan bakat yang hebat seperti Darren Waterman.  Keupayaan untuk menarik individu yang sangat berkaliber ini merupakan bukti keutuhan perniagaan dan masa depan kami."

Perubahan ini berlaku selepas momentum global yang signifikan di DAZN termasuk kemenangan terkini terhadap hak penyiaran LaLiga domestik di Sepanyol yang dinobatkan sebagai Aplikasi Apple TV Terbaik bagi tahun 2021 dan mencapai jumlah peminat yang memecah rekod di seluruh dunia. Meninjau ke tahun 2022, para peminat boleh menjangkakan pengalaman yang lebih mendalam dan lebih interaktif dengan DAZN ketika syarikat melangkah ke hadapan dengan pertaruhan rekreasi, permainan, e-dagang, NFT dan kemajuan teknologi dalam pengalaman tontonan.

Tentang DAZN Group    

DAZN Group ialah salah sebuah syarikat media sukan yang paling pesat berkembang di dunia. Beribu pejabat di UK dan mempunyai para pekerja di lebih 25 buah negara, perniagaan kami menyentuh setiap aspek cara peminat terlibat dengan sukan; daripada pengeluaran hingga pengedaran dan pengkomersialan kandungan. DAZN Group menempatkan DAZN, destinasi sukan global terkemuka serta portal sukan popular, DAZN News. DAZN menerajui usaha ini untuk memberikan para peminat sukan di seluruh dunia dengan akses kepada sukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. DAZN menjamin akses dengan harga berpatutan pada kebanyakan peranti terhubung yang merangkumi TV pintar, kotak atas set, kayu penstriman, telefon pintar, tablet, komputer peribadi dan konsol permainan. DAZN kini boleh didapati di lebih 200 buah negara dan wilayah selepas pelancaran pertama di Jerman, Austria, Switzerland dan Jepun pada tahun 2016. Sila layari https://media.dazn.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1727672/Shay_Segev.jpg?p=medium600  
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1727673/Darren_Waterman.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1097249/DAZN_Group_Logo.jpg?p=medium600

Darren Waterman
Darren Waterman

 

 

Source: DAZN
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Social Media Sports Telecommunications Television Corporate Expansion Personnel announcements