omniture

CATL Lancar Penyelesaian Pertukaran Bateri EVOGO Tampilkan Pertukaran Bateri Modular

Contemporary Amperex Technology Co., Ltd.
2022-01-20 08:25 148
  • Subsidiari CATL CAES melancarkan EVOGO, penyelesaian pertukaran bateri modular inovatif yang merangkumi blok bateri, stesen pertukaran bateri pantas dan aplikasi
  • Ciri-ciri EVOGO merangkumi keserasian tinggi dengan model kenderaan, sewaan bateri mengikut keperluan dan kesalinglengkapan dengan pengecasan pantas dan pengecasan isi rumah
  • Pada mulanya, 10 bandar akan dipilih untuk menawarkan perkhidmatan EVOGO

NINGDE, China, 20 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Pada 18 Januari, Contemporary Amperex Energy Service Technology Ltd. (CAES), subsidiari milik penuh Contemporary Amperex Technology Co. Ltd. (CATL), melancarkan penyelesaian pertukaran baterinya EVOGO yang menampilkan pertukaran bateri modular di majlis pelancaran dalam talian pertamanya. Terdiri daripada blok bateri, stesen pertukaran bateri pantas dan aplikasi, EVOGO akan mula dilancarkan di sepuluh buah bandar, kata Chen Weifeng, pengurus besar CAES.

Dr. Robin Zeng, Founder and Chairman of CATL
Dr. Robin Zeng, Founder and Chairman of CATL

Penyelesaian Pertukaran Bateri Modular Inovatif Menyuntik Kehidupan Baharu ke dalam Pasaran 

Bagi menyelesaikan masalah kebimbangan jarak jauh, kesulitan mengisi bahan bakar dan jumlah kos pemilikan yang tinggi, CAES melancarkan penyelesaian pertukaran bateri modular inovatifnya di majlis pelancaran dalam talian pada hari Selasa. Berdasarkan kepada pengasingan kenderaan dan bateri, CAES menganggap bateri sebagai produk terkongsi, lalu mencipta pengalaman yang serba baharu untuk pasaran ini.

Direka bentuk agar kelihatan seperti sekeping coklat, "Choco-SEB (blok elektrik tukar)" ialah bateri yang dikeluarkan secara besar-besaran dan dibangunkan khas untuk perkongsian bateri EV. Ia memiliki kelebihan ketumpatan tenaga yang tinggi dengan saiz yang kecil, kombinasi yang fleksibel serta reka bentuk minimalis.

Dengan sokongan daripada teknologi CTP (sel ke pek) yang terkini, ia dapat mencapai ketumpatan tenaga berat melebihi 160 Wh/kg dan ketumpatan tenaga isipadu 325 Wh/L yang membolehkan blok tunggal memberi jarak pemanduan sejauh 200 km.

Sementara itu, Choco-SEB serasi dengan 80 peratus model kenderaan berasaskan platform BEV global yang tersedia dalam pasaran dan semua model berasaskan platform BEV akan dilancarkan dalam tempoh tiga tahun akan datang secara global. Pelanggan bebas mengambil satu hingga tiga blok bagi memenuhi keperluan jarak yang berbeza di stesen pertukaran.

Di samping itu, dilengkapi dengan teknologi BMS tanpa wayar, Choco-SEB yang mempelopori ini tidak mempunyai apa-apa komponen pada bahagian luarnya kecuali terminal positif dan negatif voltan tinggi yang meningkatkan keandalan palam dengan ketara.

Stesen pertukaran bateri menonjolkan ciri keserasian tinggi, sewaan bateri mengikut keperluan dan kesalinglengkapan dengan perkhidmatan pengecasan. Dengan jejak yang bersamaan dengan tiga tempat letak kenderaan, stesen pertukaran bateri EVOGO standard dapat menempatkan sehingga 48 Choco-SEB dan membenarkan pertukaran selama satu minit dibuat untuk blok bateri tunggal, lalu memastikan bateri yang dicas sepenuhnya untuk pelanggan pada bila-bila masa tanpa menunggu lama. Tambahan pula, EVOGO menawarkan pelbagai stesen pertukaran agar sesuai dengan iklim kawasan-kawasan yang berbeza.

Aplikasinya menghubungkan pelanggan dengan modul EVOGO yang berbeza, membolehkan perhubungan antara pelanggan, kenderaan, stesen dan bateri serta turut menyediakan perkhidmatan lain.

Keserasian Tinggi, Sewaan Bateri Mengikut Keperluan dan Kesalinglengkapan dengan Perkhidmatan Pengecasan 

Tidak seperti penyelesaian pertukaran bateri konvensional, EVOGO telah mencapai dua mod keserasian yang inovatif. Choco-SEB direka bentuk agar sesuai dengan kenderaan bermula daripada kereta penumpang Kelas-A00, Kelas-B dan Kelas-C hinggalah kenderaan logistik. Dalam masa yang sama, stesen pertukaran dapat memadankan semua model kenderaan mengikut OEM berbeza yang menggunakan Choco-SEB, lalu membolehkan pilihan model kenderaan yang bebas untuk pertukaran bateri.

Bahkan, kebanyakan pemilik kereta cenderung membeli EV dengan kapasiti kuasa yang lebih tinggi bagi mengurangkan kebimbangan jarak jauh, walaupun hanya 10 hingga 20 peratus daripada kapasiti keseluruhan biasanya diperlukan untuk kegunaan harian. Mereka membayar kos hangus yang tinggi untuk kapasiti kuasa yang jarang diperlukan.

Bagi menangani masalah khusus ini, EVOGO membolehkan pelanggan memilih beberapa blok bateri untuk disewa mengikut senario dan tabiat pemanduan mereka. Hanya satu blok diperlukan perjalanan ulang alik dalam bandar, manakala untuk perjalanan yang lebih jauh, pelanggan boleh menyewa dua hingga tiga blok dan menukarkannya dengan satu blok selepas kembali semula ke bandar.

Kenderaan yang membawa Choco-SEB menyokong pengecasan dan pertukaran bateri untuk pengisian bahan api kuasa. Berserta pengecasan isi rumah dan pengecasan pantas sedia ada, EVOGO membantu menyediakan penyelesaian pengisian bahan api kuasa semua senario.

Pada Mulanya Dilancarkan di 10 Bandar untuk Menyambut Era Kebebasan Tenaga 

Visi korporat CATL termsuk berusaha menjadi syarikat teknologi inovatif global yang utama dan memberi sumbangan cemerlang kepada resolusi tenaga mesra alam untuk umat manusia. Penubuhan CAES membantu CATL melengkapkan gelung tertutup rantaian nilai kitaran hayat bateri yang bermula daripada pembangunan, pembuatan, penggunaan kepada pengitaran semula, menawarkan pengalaman pemanduan yang baharu kepada pelanggan NEV serta mempromosikan mobiliti elektrik dan penggunaan sumber yang cekap.

CAES turut memperkenalkan anggota pertama dalam keluarga EVOGO, versi pertukaran bateri modular Bestune NAT di majlis berkenaan dan lebih banyak model kenderaan dapat menikmati perkhidmatan EVOGO yang akan dilancarkan pada masa akan datang. Sebagai permulaan, 10 buah bandar akan dipilih untuk menawarkan perkhidmatan EVOGO.

Latar Belakang CATL

Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL) ialah peneraju global bagi inovasi teknologi tenaga baharu, komited untuk menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan yang utama untuk aplikasi tenaga baharu di seluruh dunia. Pada Jun 2018, syarikat ini didagangkan secara terbuka di Shenzhen Stock Exchange dengan kod saham 300750. Menurut SNE Research, dalam tahun 2020, jumlah penggunaan bateri EV CATL disenaraikan di kedudukan No.1 di dunia selama empat tahun berturut-turut. CATL turut menikmati pengiktirafan yang luas oleh rakan kongsi OEM global. Bagi mencapai matlamat untuk merealisasikan penggantian bahan bakar fosil dalam sistem tenaga pegun dan mudah alih dengan sistem kuasa elektrik amat cekap yang dihasilkan melalui bateri canggih dan tenaga boleh diperbaharui dan menggalakkan inovasi bersepadu aplikasi pasaran dengan pengelektrikan dan 'intelligentization', CATL mengekalkan inovasi yang berterusan dalam empat dimensi termasuk sistem kimia bateri, sistem struktur, sistem pembuatan dan model perniagaan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi  http://www.catl.com

Latar Belakang CAES

Contemporary Amperex Energy Service Technology Ltd. (CAES) ialah sebuah syarikat teknologi inovatif yang mengkhusus untuk menyediakan penyelesaian serta perkhidmatan kuasa mudah alih yang mudah dan andal. Berdasarkan kepada pengasingan kenderaan dan bateri, CAES menganggap bateri sebagai produk terkongsi dan memperkenalkan penyelesaian dan perkhidmatan pertukaran bateri modular untuk mencipta pengalaman yang lebih hebat kepada pelanggan kenderaan tenaga baharu.

Chen Weifeng, general manager of CAES
Chen Weifeng, general manager of CAES

 

Battery Swap Solution
Battery Swap Solution

 

EVOGO Fast Battery Swap Station
EVOGO Fast Battery Swap Station

 

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Ltd.
Related Stocks:
Shenzhen:300750
Keywords: Alternative Energies Auto Environmental Products & Services Oil/Energy Transportation Utilities New products/services