omniture

Emerson Perkenal Pemancar Aras Radar Tanpa Sentuh Pertama Dunia Direka Khas untuk Aplikasi Makanan dan Minuman

Pemancar Aras Rosemount™ 1408H yang kompak dan mudah digunakan dengan Sambungan IO-Link memberi pengukuran tanpa sentuh yang tepat bagi membantu mengoptimumkan operasi dan menjamin keselamatan makanan
Emerson
2022-01-20 10:00 108

SINGAPURA, 20 Januari 2022 /PRNewswire/ – Bagi memenuhi keperluan pengukuran aras yang amat tepat dan andal dalam aplikasi yang mementingkan kebersihan, Emerson membangunkan Pemancar Aras 1408H Rosemount™, peranti radar tanpa sentuh yang pertama di dunia yang direka khas untuk industri makanan dan minuman. Ciri-ciri khusus termasuk reka bentuk kompak yang bersih, teknologi sapuan pantas, pemfokusan alur radar luar biasa dan komunikasi IO-Link yang dapat membantu pengeluar mengoptimumkan kecekapan operasi mereka, mengurangkan kehilangan produk dan menjamin keselamatan makanan.


Radar tanpa sentuh merupakan teknologi pengukuran aras yang ideal untuk aplikasi yang memerlukan kemudahan dan peralatan bersih yang ketat. Ia hampir tidak memerlukan penyelenggaraan yang membantu untuk memastikan keandalannya dalam tempoh jangka Panjang dan sangat berbeza dengan teknologi legasi. Ia memiliki pemasangan atas-bawah yang mengurangkan risiko kehilangan produk melalui kebocoran dan ia tidak terjejas oleh keadaan proses seperti ketumpatan, kelikatan, suhu dan pH. Bentuk Rosemount 1408H yang kompak dan mantap menjadikannya penyelesaian yang sesuai untuk tangki kecil dan kelincir dengan ruang yang terhad yang biasa digunakan dalam pengeluaran makanan dan minuman. Antena yang bersih dengan sambungan proses yang licin dan rata memastikan penyingkiran sisa proses semasa proses pembersihan-setempat dan pensterilan-setempat serta tidak sensitif kepada pemeluwapan dan pengumpulan. Peranti terkadar-IP69 yang diluluskan dari segi kebersihan ini mempunyai perumah keluli tahan karat dengan celahan minimum agar mampu bertahan daripada pencucian luaran dan menjamin kebolehbersihan.

Rosemount 1408H ialah pemancar aras pertama yang menggunakan teknologi gelombang berterusan bermodulasi frekuensi 80 GHz pada cip elektronik tunggal dengan algoritma pintar terbenam. Ini membolehkan pemfokusan alur radar yang luar biasa agar halangan tangki dalaman seperti pengaduk dapat dielakkan dan ketepatan pengukuran yang lebih besar tercapai. Teknologi sapuan pantas menjadikan Rosemount 1408H sebagai teknologi pengukuran aras yang terpantas dalam pasaran, mengumpul sehingga 40 kali ganda lebih banyak maklumat daripada pemancar legasi. Ini dapat meningkatkan ketepatan pengukuran, membolehkan pengeluar untuk mengurangkan jumlah produk yang hilang melalui pembaziran, meningkatkan keupayaan pengeluaran ke tahap yg maksima dan mengurangkan variasi pengeluaran seterusnya membawa kepada peningkatan kualiti produk dan ketekalan kelompok. Teknologi ini juga membolehkan pengukuran dibuat sehingga ke bahagian atas tangka dengan penghapusan zon-mati radar ini yang membolehkan pengguna untuk memaksimumkan penggunaan tangki.

Rosemount 1408H ialah pemancar radar tanpa sentuh yang pertama dengan sambungan kepada protokol komunikasi IO-Link, lalu menjadikannya mudah untuk bersepadu dengan sebarang sistem automasi. Pemancar ini menyediakan output suis 4-20 mA konvensional dan komunikasi berkelajuan tinggi digital. Ia mempunyai teknologi inovatif dan algoritma pintar bagi memastikan pemasangan dan penggunaan yang mudah, menjimatkan masa dan membantu memastikan operasi tanpa masalah. Berserta perisian Rosemount IO-link Assistant baharu yang menetapkan parameter melalui IO-link, pengalaman menggunakan peranti Rosemount IO-Link ditingkatkan ke tahap seterusnya.

"Rosemount 1408H ialah penambahan yang terkini kepada rangkaian peranti pengukuran Emerson yang direka bentuk dengan mengutamakan keperluan aplikasi yang bersih," kata Melissa Stiegler, Pengarah Perniagaan Bersih untuk perniagaan Penyelesaian Pengukuran Emerson. "Dengan memenuhi keperluan keselamatan industri makanan dan minuman yang ketat, pemancar aras ini mengurangkan risiko pencemaran ke paras minimum, manakala ketepatan dan keandalannya memastikan pengeluaran produk yang tekal dan berkualiti tinggi yang diharapkan oleh pengguna, seraya menyediakan alternatif yang kompak dan menjimatkan kos untuk teknologi legasi."

Sebagai bukti terhadap reka bentuknya yang inovatif, Rosemount 1408H telah menerima Red Dot Award 2021 untuk reka bentuk produk. Anugerah antarabangsa tahunan ini telah diadili oleh juri daripada kalangan ahli-ahli profesional kejuruteraan dan reka bentuk yang menilai ribuan produk baharu setiap tahun dan mengiktiraf produk-produk yang memaparkan reka bentuk dan inovasi yang cemerlang.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman Emerson.com/Rosemount1408H.

Latar Belakang Emerson
Emerson (NYSE: EMR), beribu pejabat di St. Louis, Missouri (AS), ialah sebuah syarikat teknologi dan kejuruteraan global yang menyediakan penyelesaian inovatif kepada pelanggan dalam pasaran industri, komersial dan kediaman. Perniagaan Penyelesaian Automasi kami membantu pengeluar proses, hibrid dan diskret memaksimumkan pengeluaran, melindungi kakitangan dan persekitaran di samping mengoptimumkan tenaga dan kos pengendalian mereka. Perniagaan Penyelesaian Komersial & Kediaman kami membantu memastikan keselesaan dan kesihatan insan, melindungi kualiti dan keselamatan makanan, memajukan kecekapan tenaga dan mencipta infrastruktur yang mampan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi Emerson.com

Source: Emerson
Related Stocks:
NYSE:EMR
Keywords: Computer/Electronics Food/Beverages Mining/Metals Semiconductors New products/services