omniture

Shanghai Electric Lancar Program Latihan Bahasa Cina untuk Kakitangan Pakistan dalam Projek Lombong dan Kuasa Arang Batu Bersepadu Thar Block-1

Shanghai Electric
2022-01-20 16:55 128

SHANGHAI, 20 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric bekerjasama dengan Confucius Institute di University of Karachi (CIUK) untuk melancarkan sumber pendidikan baharu kepada kakitangan Pakistan bagi Projek Lombong dan Kuasa Arang Batu Bersepadu Thar Block-1 dan komuniti sekitar, sebagai sebahagian daripada inisiatif bersama untuk meningkatkan set kemahiran pekerja projek dan membuka prospek kerjaya yang lebih baik kepada pelajar dari wilayah Sindh selatan Pakistan.

Shanghai Electric telah melancarkan program latihan Bahasa Cina bagi kakitangan Pakistan di Projek Kuasa dan Lombong Arang Bersepadu Thar Block-1
Shanghai Electric telah melancarkan program latihan Bahasa Cina bagi kakitangan Pakistan di Projek Kuasa dan Lombong Arang Bersepadu Thar Block-1

Inisiatif ini menawarkan akses percuma kepada pelajaran bahasa Cina untuk pekerja Pakistan bagi projek tersebut dan pelajar dari Islamkot selain pekan dan kampung yang berhampiran yang akan menerima buku teks percuma dan sumber pembelajaran bahasa lain yang disediakan oleh tenaga pengajar CIUK. Setakat ini, seramai 40 pekerja dan 60 pelajar telah mendaftar dalam kelas pertama.

"Sebagai penyedia penyelesaian tenaga yang terkemuka, Shanghai Electric menyedari peranannya untuk mendidik dan melatih jurutera elektrik dan juruteknik generasi seterusnya serta membantu lebih ramai pelajar memulakan kerjaya mereka dalam industri tenaga. Inisiatif-inisiatif kami yang terdahulu menyaksikan projek Thar Block-1 mengatur sesi latihan suai tugas untuk membantu pekerja tempatan meningkatkan kemahiran mereka dan menjemput juruteknik kanan bagi menyampaikan pengalaman mereka kepada pekerja yang baru diambil bekerja," kata Meng Donghai, timbalan pengurus Shanghai Electric Power Generation Engineering Company.

"Hubungan ekonomi yang semakin erat antara China dan Pakistan telah mencipta lebih banyak peluang perniagaan untuk rakyat dari kedua-dua negara ini dan kami berharap agar program latihan bahasa Cina ini dapat melengkapi pekerja dan pelajar tempatan dengan kemahiran bermakna apabila mereka meningkat maju ke arah mencapai matlamat kerjaya mereka yang seterusnya selain berperanan sebagai jendela untuk menghubungkan kedua-dua budaya ini, meningkatkan persefahaman bersama dan juga persahabatan China-Pakistan," tambah Meng.

"Program latihan bahasa Cina yang dilancarkan oleh Shanghai Electric ini akan memberi manfaat kepada pelajar di kawasan terpencil seperti Islamkot. Ia merupakan peluang pendidikan yang unik dan berharga yang akan membolehkan mereka belajar lebih lanjut mengenai budaya Cina dan mencari pekerjaan yang lebih baik pada masa depan," kata Muhammad Nasiruddin Khan, pengarah Pakistan CIUK.

"Saya secara beransur-ansur menjadi amat berminat untuk belajar bahasa Cina sambil bekerja dengan pekerja-pekerja berbangsa Cina dalam Projek Lombong dan Kuasa Arang Batu Bersepadu Thar Block-1. Saya sangat gembira kerana Shanghai Electric dapat memberikan saya peluang sedemikian untuk belajar bahasa Cina yang akan memberi prospek pekerjaan yang lebih baik kepada saya pada masa akan datang, memandangkan terdapat sejumlah besar projek kerjasama China-Pakistan di Pakistan. Keupayaan untuk bertutur dalam bahasa Cina merupakan kemahiran yang menonjol," kata seorang pelajar yang menyertai program ini.

Pada tahun 2017, Pakistan menyertai Shanghai Cooperation Organization (SCO) secara rasmi dan kerjasama China-Pakistan yang diperkukuh telah menjadikan bahasa Cina sebagai kursus yang mendapat permintaan bagi mereka yang ingin bekerja dengan syarikat-syarikat Cina tempatan. Peningkatan program-program latihan bahasa Cina di negara ini telah membantu merapatkan jurang komunikasi antara China dan Pakistan selain turut membolehkan lebih ramai rakyat tempatan mendapatkan pekerjaan impian mereka.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Shanghai Electric telah membantu Pakistan membina pelbagai infrastruktur tenaga dengan teknologi tenaga yang utama dalam industri melalui Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) serta Koridor Ekonomi China-Pakistan. (CPEC). Kontrak EPC untuk Projek Lombong dan Kuasa Arang Batu Bersepadu Thar Block-1 yang mempunyai dua loji janakuasa arang batu 660-megawatt dan sebuah lombong arang batu dengan output tahunan mencecah 7.8 juta tan, telahpun ditandatangani pada bulan April 2019. Sebagai projek CPEC yang diutamakan, loji-loji ini akan mengoptimumkan campuran tenaga Pakistan dan meningkatkan keselamatan tenaga negara ini dengan signifikan.

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 Shanghai:601727
Keywords: Construction/Building Education Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Workforce Management/Human Resources Corporate Social Responsibility Licensing/marketing agreements