KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Top Employers Institute menganugerahi Boehringer Ingelheim untuk tahun kedua berturut-turut sebagai "Majikan Terbaik Global", salah satu daripada sebelas majikan terbaik di dunia. Anugerah ini menunjukkan bahawa syarikat farmaseutikal berpandukan penyelidikan ini amat berorientasikan keperluan dan kesejahteraan pekerjanya. Boehringer Ingelheim telah disenaraikan antara majikan-majikan terbaik di banyak negara dan wilayah sejak lapan tahun yang lalu dan tahun ini, Boehringer Ingelheim akan menerima anugerah di 29 negara. Top Employers Institute yang bebas ini memperakui majikan di seluruh dunia yang ingin menawarkan keadaan kerja yang sangat baik kepada pekerja mereka dan menyokong perkembangan mereka. Pensijilan ini adalah berdasarkan kepada program berbilang peringkat untuk menilai pengurusan sumber manusia dengan maklum balas akhir yang terperinci.
Selain diperakui di peringkat global, Boehringer Ingelheim turut dinamakan sebagai Majikan Terbaik di Malaysia untuk tahun keempat berturut-turut selain di seluruh rantau di ASEAN, Korea, Australia & New Zealand - dengan lebih 2,700 pekerja daripada 24 bangsa yang berbeza.
Boehringer Ingelheim terus berkembang maju dalam bidang penglibatan pekerja yang mana ia menonjol terutamanya berhubung dengan ganjaran dan pengiktirafan, berbanding pesaingnya. Top Employers Institute turut mengetengahkan persekitaran kerja yang tangkas serta nilai, etika dan integriti syarikat yang menghasilkan budaya korporat inklusif yang mantap.
"Sebagai sebuah organisasi milik keluarga yang menjaga manusia dan haiwan, kami berbesar hati kerana diiktiraf oleh Top Employers Institute di seluruh rantau ini dan secara global, sekali lagi. Kami memiliki tumpuan kukuh terhadap Pembangunan Mampan untuk Generasi-generasi, yang mana kami memberi akses kepada kesihatan dan penyelesaian dalam mendepani cabaran masyarakat. Apa yang penting, kami menjaga pekerja kami yang merupakan aset terbesar kami. Kakitangan kami diperkasa, dihormati dan dihargai - tanpa mengira siapa mereka atau apa peranan yang dimainkan oleh mereka," kata Dr Armin Wiesler, Pengarah Urusan Serantau, Boehringer Ingelheim (ASEAN, Korea, Australia & New Zealand).
Kepelbagaian dan Keterangkuman didorong dan diperlihatkan dalam seluruh organisasi ini. Tingkah laku yang nyata seperti menggalakkan semua orang untuk bersuara, menyedari sifat berat sebelah bawah sedar, melayani semua orang dengan adil bukan sahaja dipamerkan oleh pemimpin tetapi juga pekerja.
"Kami percaya bahawa setiap pekerja dapat menyumbang menerusi keunikan mereka untuk membawa kelainan kepada pelanggan, pesakit dan rakan kongsi kami. Budaya inklusif kami turut membolehkan lebih banyak idea dan inovasi terhasil. Apabila kami mengutamakan orang ramai dalam segala yang kami lakukan dan memastikan kesejahteraan yang sihat, ini juga dapat membawa kepada prestasi yang lebih tinggi untuk perniagaan ini," kata David Serés, Pengarah Sumber Manusia, Boehringer Ingelheim (ASEAN, Korea, Australia & New Zealand).
Semasa berlakunya pandemik, susunan kerja fleksibel yang kukuh oleh organisasi ini telah memperkasa pekerja untuk beradaptasi dengan kerja mereka secara aktif mengikut keperluan perlindungan kesihatan dan bagi memastikan kelangsungan perniagaan. Ini turut terpakai untuk proses suai tugas maya yang mana syarikat ini memulakan konsep untuk pekerja baharu yang bekerja dari rumah. Satu lagi perkara yang diketengahkan oleh juri merujuk kepada pendekatan inklusif dan beretika terhadap keputusan korporat dan fokus yang jelas terhadap pemindahan dan penerapan nilai-nilai syarikat. Perniagaan keluarga ini juga menjaga peluang pembangunan individu melalui program pendidikan dan latihan dibuat khusus sepanjang hayat kerja pekerja.
Di samping itu, sebagai sebahagian daripada nilai-nilai Boehringer Ingelheim Malaysia untuk menjaga komuniti, syarikat ini menderma kepada pertubuhan bukan untung MERCY Malaysia bagi membantu pembendungan COVID-19 dan menyokong komuniti yang mudah terdedah pada bahaya.
"Di Boehringer Ingelheim Malaysia, kami ingin memberi pengalaman kerja yang positif kepada pekerja kami. Dengan diperakui sebagai Majikan Terbaik meyakinkan kami bahawa kami melakukan perkara yang betul. Ia mendorong kami untuk terus meninggikan standard, bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang semakin berkembang," kata Ung Liew Ean, Pengurus Besar Boehringer Ingelheim Malaysia.
Sebagai sebuah syarikat farmaseutikal berpandukan penyelidikan, Boehringer Ingelheim komited untuk mencipta nilai dalam bidang dengan keperluan perubatan yang tidak dipenuhi dan berinteraksi dengan komuniti dan masyarakat untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Baru-baru ini ia telah dicontohkan melalui lanjutan inisiatif Boehringer Ingelheim Making More Health (MMH) yang digelar "Penglibatan Sosial Boehringer Ingelheim" dengan dana mencecah EUR 50 juta.
Latar Belakang Boehringer Ingelheim
Boehringer Ingelheim mengusahakan terapi perintis yang dapat memperbaiki kehidupan manusia dan haiwan. Sebagai sebuah syarikat biofarmaseutikal berpandukan penyelidikan yang terkemuka, syarikat ini mencipta nilai melalui inovasi dalam bidang keperluan perubatan tidak dipenuhinya yang tinggi. Ditubuhkan pada tahun 1885 dan dimiliki oleh keluarga sejak itu, Boehringer Ingelheim mengambil perspektif jangka panjang. Sekitar 52,000 pekerja menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 130 pasaran dalam tiga bidang perniagaan iaitu Farmaseutikal Manusia, Kesihatan Haiwan dan Pembuatan Kontrak Biofarmaseutikal. Ketahui lebih lanjut di www.boehringer-ingelheim.com.