omniture

Accor menyambut kedatangan tahun 2022 dengan pelbagai hartanah baharu yang hebat

Accor
2022-01-21 21:45 221

LEBIH 300 DESTINASI BAHARU UNTUK DITEROKAI DI SELURUH DUNIA 

PARIS, 21 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Accor berbesar hati memperkenalkan beberapa hartanah terbarunya dan destinasi akan datang yang membolehkan para tetamu dan pelancong dunia untuk melawatnya pada tahun 2022 dan seterusnya. Kebanyakan destinasi yang paling menarik di dunia – seperti London, Doha, dan Moscow – akan menerima kedatangan beberapa hotel Accor baharu pada tahun ini, manakala beberapa jenama Accor telah mencari horizon eksotik, tidak dijangka atau baharu untuk diteroka seperti Pangkalan Bun di Indonesia; Copenhagen, Denmark; dan Casco Viejo di Bandar Panama.

"Accor amat mempercayai kuasa kepelbagaian - dalam tenaga kerja, pangkalan pelanggan dan jenama kami," kata Sébastien Bazin, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Accor. "Kami terus memperkenalkan konsep yang segar dan tempat baharu yang menarik untuk diteroka. Dengan lebih 300 buah hotel dan tempat peranginan baharu yang dibuka pada tahun 2022, kami yakin bahawa setiap ahli komuniti tetamu setia kami yang besar di seluruh dunia akan menemui tempat unik untuk memberi inspirasi kepada perjalanan mereka yang seterusnya." 

Salah satu pembukaan yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini ialah Raffles London di The OWO. Seni bina terhebat ini terletak di Pejabat Perang Lama yang bersejarah – bangunan Whitehall ikonik yang didiami oleh negarawan dan pengintip yang paling terkenal di Britain, daripada Winston Churchill hingga Ian Fleming – sedang dalam sentuhan terakhir dalam pengubahsuaian besar-besarannya untuk menghasilkan 120 buah bilik dan suite, 85 kediaman berjenama yang unik serta 11 buah restoran dan bar destinasi ini. Sementara itu, di barat laut England, Novotel Liverpool Paddington Village akan dibuka sebagai simbol hospitaliti di Liverpool. Dengan lebih 220 buah bilik di dalam bangunan 16 tingkat, hotel utama baharu ini akan menonjol sebagai penginapan tertinggi dan menjadi salah sebuah tempat pertemuan paling menarik untuk para pelancong dan penduduk tempatan di bandar yang meriah dengan muzik, budaya dan pub terkemuka ini.

Kekuatan rangkaian Accor di seluruh Eropah terus ditingkatkan dengan pembukaan terkini dan akan datang seperti Sofitel Barcelona Skipper, Mercure Amsterdam North, ibis Styles St. Margrethen Switzerland, Mercure Hotel President di Lecce, Itali dan MGallery Cagliari Palazzo Tirso, Itali serta banyak lagi. Paris kekal menjadi pasaran yang amat digemari Accor, bukan sahaja sebagai ibu pejabat syarikat ini dan penajaannya kepada Kelab Bola Sepak Paris Saint-Germain tetapi juga melalui sokongannya kepada Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024. Pada tahun 2022, Accor akan menerima kedatangan penambahan baharu ke bandar ini termasuk MGallery Issy-les-Moulineaux Domaine de la Reine Margot dan greet Paris Vincennes.

Manakala Amerika Utara pula tidak sabar-sabar lagi menantikan ketibaan Raffles yang pertama di benua tersebut pada akhir tahun ini. Raffles Boston Back Bay Hotel & Residences yang terletak di kejiranan Back Bay yang berprestij di bandar ini, merupakan sebuah bangunan 35 tingkat yang menampilkan 146 buah kediaman, 147 buah bilik tetamu serta enam buah lokasi makanan dan minuman termasuk sebuah bar atas bumbung dan bar koktel. Lobi tiga tingkat atas bumbung yang menarik ini bakal menjadi yang pertama seumpamanya di Boston.

Timur Tengah merupakan sebuah lagi pasaran yang menarik bagi Accor terutamanya dengan acara Piala Dunia 2022 di Qatar. Accor yang telah dipilih sebagai penyedia penginapan rasmi untuk para pengunjung acara ini, menyediakan ahli pasukan untuk mengurus dan mengendalikan lebih 60,000 bilik di pangsapuri dan vila di seluruh negara Teluk Arab.  Kumpulan ini juga akan memperluas portfolio Rixosnya di Qatar dan rantau ini secara keseluruhan dengan Rixos DohaQetaifan, Rixos Obhur Jeddah di Arab Saudi dan Rixos Jewel of the Creek di Dubai, UAE yang bakal dibuka. Accor juga akan memperkenalkan banyak hartanah baharu yang menakjubkan di seluruh rantau ini termasuk Raffles Doha dan hotel seinduk Fairmont Doha, Banyan Tree AlUla yang baharu di Lembah Asher, Arab Saudi serta Fairmont La Marina Rabat-Salé.

Sebuah lagi pasaran penting untuk Accor pada tahun 2022 ialah Rusia. Pelancongan domestik terus berkembang, terutamanya di kalangan pelancong Rusia yang terbiasa dengan perkhidmatan antarabangsa dan pengalaman percutian bertaraf tinggi. Accor menambah pelbagai destinasi kepada portfolionya di seluruh negara tersebut termasuk Novotel Moscow ComCity, ibis Styles Kogalym Russia dan Mövenpick Resort and Spa Anapa Miracleon.

Seterusnya, Accor teruja untuk membuka hartanah pertamanya di Denmarkibis Styles Orestad Denmark di pinggir Copenhagen; hotel ini menandakan langkah pertama Accor memasuki negara Scandinavia yang indah ini.

Akhir sekali, dengan gaya hidup yang mewakili salah satu segmen yang paling pesat berkembang dalam industri hospitaliti global, Accor, melalui usaha samanya dengan Ennismore akan terus mengembangkan jenama gaya hidup terkemuka yang merangkumi Mondrian, SLS, The Hoxton, Morgans Originals dan Mama Shelter. Pembukaan terpenting di seluruh kategori ini termasuk Mondrian yang pertama di China iaitu di Kowloon, Hong Kong, sebuah hartanah 324 bilik dengan pemandangan pelabuhan yang tiada gangguan; penampilan sulung Maison Delano Paris di Arrondissement ke-8 yang amat elegan yang terletak hanya beberapa langkah daripada Rue du Faubourg Saint Honoré yang legenda; TRIBE Phnom Penh Post Office Square yang akan membawa reka bentuk luar biasa ke dalam suasana hotel di Kemboja dan Mama Shelter Dubai iaitu sebuah Mama yang amat besar yang menerapkan idea tempat peranginan di pusat bandar dengan pangsapuri, kolam renang dan pawagam terbuka.

"Perancangan pembangunan Accor adalah sangat mapan dan kami berbesar hati dapat merealisasikan banyak projek pada tahun 2022," kata Agnès Roquefort, Ketua Pegawai Pembangunan Global Accor. "Para pengusaha hotel kami di seluruh dunia teruja untuk menyambut kedatangan para tetamu ke destinasi kegemaran mereka serta memperkenalkan tempat-tempat baharu kepada mereka, dengan cara yang lebih hebat daripada yang telah kami lakukan sepanjang beberapa tahun yang lalu." 

Senarai panjang pembukaan Accor yang paling penting pada tahun 2022 dilampirkan.  

Pembukaan Penting
Accor - Tahun 2022
 

Eropah Utara

  • Raffles London di The OWO (bermula pada akhir tahun 2022) Sebuah hotel baharu yang besar di bekas Pejabat Perang Lama di Whitehall yang disenaraikan dalam mercu tanda Gred II. Bangunan ini akan dibuka kepada orang ramai buat kali pertama, setelah melakukan pengubahsuaian besar-besaran untuk menghasilkan 120 buah bilik dan suite, 85 buah kediaman berjenama yang unik dan 11 buah restoran dan bar destinasi ini.
  • The Emporium Plovdiv – MGallery, Bulgaria (awal tahun 2022) Merupakan sebuah kedai serbaneka yang terkenal dahulu dan kini direka dalam gaya forum purba, kisah hotel ini diteruskan apabila para tetamu berehat di Bar Champagne & Lounge Koktel yang menakjubkan, menikmati zon kesejahteraan dan kecergasan eksklusif atau bermesyuarat secara bergaya di tiga buah bilik persidangan hotel ini.
  • Mövenpick Resort & Spa Anapa Miracleon, Rusia (awal tahun 2022) Terletak di bandar peranginan Laut Hitam, Anapa yang memiliki musim panas selama enam bulan, para tetamu Mövenpick berpeluang melalui hari-hari cerah yang lebih panjang untuk menikmati lima buah kolam renang, sukan dan taman permainan kanak-kanak, taman pengembaraan, pementasan konsert, restoran keluarga serta kemudahan spa dan kesejahteraan yang menarik di tempat peranginan ini.
  • Pullman Tbilisi Axis Towers, Georgia (pertengahan tahun 2022) Terletak dalam kompleks Axis Towers yang menarik, hotel baharu yang memiliki 226 buah bilik tetamu ini akan menetapkan piawaian baharu di Tbilisi dengan Bar dan kolam renang atas bumbung, restoran dan bar yang meriah serta dewan persidangan terbesar di pusat bandar ini.
  • Mercure Amsterdam North, Belanda (pertengahan tahun 2022) Terletak di kawasan Noord yang baharu dan sedang meningkat naik berhampiran dengan stesen metro, Charlotte Emmerig iaitu pereka hotel ini telah menggunakan tanah lembab tempatan untuk menghasilkan sebuah hotel yang berilhamkan ketenangan yang selesa.
  • Mercure Szklarska Poreba, Poland (pertengahan tahun 2022) Sebuah permata tempatan yang dijamin dengan kediaman yang bersambung, reka bentuk ini diilhamkan daripada percutian pergunungan desa namun menyediakan segala kemudahan moden yang diidamkan oleh para pelancong.
  • Mercure Brasov Cubix, Romania (awal tahun 2022) Mercure akan membawakan gaya menariknya kepada 57 buah bilik tetamu yang selesa, moden dan bertema dengan bilik-bilik mesyuarat yang moden untuk acara sosial dan korporat serta sebuah restoran dan bar yang menyajikan hidangan tempatan.
  • Novotel Liverpool Paddington Village (pertengahan tahun 2022) Dengan setinggi 16 tingkat, hotel utama ini akan menjadi yang tertinggi di Liverpool, yang menyediakan tempat yang meriah untuk pelawat dan penduduk tempatan di bandar bertenaga ini dengan warisan muzik, tarikan budaya dan ciri-ciri mesra yang tiada tandingan.
  • Novotel Living Tallinn (akhir tahun 2022) Projek penginapan jangka panjang yang pertama seumpamanya di rantau Baltika yang menawarkan 124 buah kediaman utama ini akan mengalu-alukan kedatangan pelancong ke kawasan kejiranan yang menarik antara Bandar Lama dan Pelabuhan Tallinn. Dengan kawasan sosial yang meriah, kemudahan ini akan merangkumi sebuah ruang kerja bersama, gimnasium dan restoran.
  • ibis Styles Kogalym Rusia (pertengahan tahun 2022) Hotel ibis Styles yang pertama di Yugra ini akan menawarkan 122 buah bilik dengan keselesaan mewah Eropah, motif taiga dan warna-warna alam semula jadi Rusia Utara.
  • ibis Styles St. Margrethen Switzerland (pertengahan tahun 2022) Terletak di wilayah Tasik Constance, Switzerland, hotel ini direka untuk menyegarkan semangat dengan tema tiga pokok pain dan reka bentuk ergonomik yang menyeronokkan.
  • ibis Styles Orestad Denmark (pertengahan tahun 2022) Hotel di pinggir Copenhagen yang memiliki 186 buah bilik dan terletak di dalam projek Nest45 ini berkongsi ruang dengan pejabat dan perniagaan kecil serta berada hanya dalam jarak pemanduan yang singkat dari pusat bandar dan lapangan terbang.
  • ibis budget Lapangan Terbang Manchester (pertengahan tahun 2022) Hotel ini akan menawarkan 262 buah bilik yang selesa dilengkapi dengan duvet dan bantal yang gebu serta bufet sarapan pagi yang lazat.

Eropah Selatan

  • Sofitel Barcelona Skipper (penjenamaan semula pada pertengahan tahun 2022) Hotel yang digemari di Gothic Quarter ini terkenal dengan lokasinya yang menarik di sebelah Pantai Barceloneta dengan pemandangan lautnya yang menakjubkan dan restoran tapas yang popular, Tendiez. Hotel yang bakal membawakan jenama Sofitel ini akan menyemarakkan semangat dengan taman menegak yang menarik, keanggunan moden dan sentuhan mewah Perancis yang tidak terhingga.
  • MGallery Tel Aviv Elkonin, Israel (pertengahan tahun 2022) Membawa gaya butik yang unik dan menarik ke bandar yang sentiasa meriah ini. Hotel ini menawarkan reka bentuk moden dan elegan sambil mengekalkan semangat asal hotel yang pertama kali dibina di Tel Aviv pada tahun 1910. Terletak di tengah-tengah Daerah Neve Tzedek yang bergaya di selatan Tel Aviv, hotel ini akan dibuka dengan menawarkan 44 buah bilik penginapan dan menampilkan sebuah restoran istimewa oleh Joël Robuchon, kolam renang terbuka, SPA Clarins dan bar atas bumbung.
  • MGallery Issy-les-Moulineaux Domaine de la Reine Margot, Perancis (akhir tahun 2022) Para tetamu akan menemui keanggunan di sini iaitu di tengah-tengah Jardin des Quiétudes, di pintu gerbang Paris, sebuah monumen milik Ratu Marguerite de Valois. Dibina dan direka oleh Jean-Michel Wilmotte, spa hotel ini menggabungkan kemegahan zaman dahulu dengan gaya kontemporari, manakala taman sayur-sayuran dan dusun memberikan pelbagai keindahan luaran.
  • MGallery Cagliari Palazzo Tirso, Itali (pertengahan tahun 2022) Sejarah istana Itali yang romantik di Cagliari ini telah dipelihara, sambil menggabungkan kehidupan baharu dan kemewahan moden ke dalam pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh pelancong dan penduduk tempatan. Hotel ini akan menampilkan 85 buah bilik yang menarik, sebuah lounge dan bar atas bumbung, sebuah taman botani dan kolam renang, dua buah restoran yang bergaya, sebuah SPA yang luas dan ruang mesyuarat bersaiz besar.
  • MGallery Troyes la Licorne, Perancis (akhir tahun 2022) Terletak di dermaga Dampierre dan menghadap terusan Trévois, bangunan yang indah ini menawarkan bilik dan suite yang luas dengan pemandangan yang menakjubkan. Apabila memasuki halaman berturap yang menarik ini, para tetamu akan diselubungi dengan suasana kesejahteraan yang membolehkan mereka berehat dengan minuman dan makanan ringan atau bersantai di ruang makan restoran yang diketuai oleh seorang juru masak yang memperoleh bintang Michelin.
  • MGallery Cap d'Antibes Juan-les-Pins, Perancis (pertengahan tahun 2022) Terletak di pinggir Cap d'Antibes yang menghadap sedikit ke arah hutan pain dan hanya beberapa langkah daripada pantai, tempat penginapan ini menjanjikan ketenangan dan ketenteraman di setiap sudut. Hotel bergaya 'Art Deco' ini akan menampilkan 64 buah bilik termasuk lapan buah suite dengan empat daripadanya memiliki kolam renang peribadi dan empat lagi memiliki teres, sebuah spa dengan tiga buah kabin, sebuah restoran, bar dan kolam renang atas bumbung. Para tetamu juga boleh berhibur di kasino dan pelbagai pilihan hiburan dalam jarak berjalan kaki yang singkat.
  • MGallery Theatron Hotel & Residence Baitulmaqdis, Israel (pertengahan tahun 2022) Berbeza daripada pusat bandar yang menempatkan kebanyakan hotel di Baitulmaqdis, Theatron berada di kawasan kejiranan kediaman yang sunyi dan diselubungi suasana kehijauan yang subur yang menghadap kelompok pokok-pokok pain dengan pemandangan yang luas selatan Baitulmaqdis. Hotel ini bakal mempunyai 76 buah bilik dan 40 buah pangsapuri berjenama, sebuah restoran, bar kafe lobi, bilik mesyuarat, rumah ibadat, spa dengan kolam renang dan ruang kecergasan.
  • Niko Seaside Resort Crete MGallery, Greece (pertengahan tahun 2022) Kontemporari dan bergaya, dengan pemandangan panoramik Mirabello Bay yang menakjubkan, tempat peranginan khusus orang dewasa ini akan menampilkan 143 buah bilik dan suite yang direka bentuk secara unik yang kebanyakannya memiliki kolam terjun sendiri.
  • Swissotel Bat Yam, Israel (pertengahan tahun 2022) Hotel ini akan menjadi sebahagian daripada projek kehidupan gaya hidup guna campur yang menjurus ke arah kehidupan sihat dan berinspirasi. Kompleks tempat peranginan yang menjulang tinggi ini akan menempatkan pelancong di keseluruhan 236 buah bilik tamu yang dilengkapi dengan balkoni yang memanfaatkan sepenuhnya pemandangan menakjubkan menghadap Mediterranean.
  • Mercure Benidorm, Sepanyol (pertengahan tahun 2022) Terletak di sepanjang Costa Blanca, Mercure Benidorm merupakan tempat yang ideal untuk meneroka pantai-pantai Poniente dan Levante serta bandar lama dengan gereja dan jalan-jalannya yang indah.
  • ibis Styles Dreux, Perancis (awal tahun 2022) Hotel dengan 60 buah bilik di tengah-tengah Dreux ini memberi penghormatan kepada Le Corbusier, pakar seni bina moden dan gaya abad pertengahan. Bilik tetamu berwarna kuning, biru dan merah jambu lembut menaikkan semangat, dengan perabot dan karya seni yang melambangkan era tahun 1950-an. Sebuah ruang permainan dengan bola sepak meja, ruang kerja bersama dan ruang sarapan yang bertukar menjadi sebuah bar pada waktu malam, kesemuanya mewujudkan persekitaran sosial yang menyeronokkan.
  • greet La Rochelle & greet Paris Vincennes (pertengahan tahun 2022) Memberi kehidupan kedua kepada objek vintaj merupakan sebahagian daripada misi greet dalam lakukan kebaikan dan rasai kebaikan bagi hospitaliti yang positif. Pendekatan ini dilaksanakan di greet La Rochelle, sebuah hotel 149 bilik yang dihidupkan semula sebagai sebahagian daripada pembaharuan daerah Rompsay di bandar ini serta di greet Paris Vincennes yang baharu.

India, Timur Tengah, Afrika & Turki 

  • Banyan Tree AlUla, Arab Saudi (pertengahan tahun 2022) Terletak di sebuah oasis padang pasir di Lembah Ashar, kem berkhemah yang indah ini menyediakan pengalaman alam sekitar-mewah dan tempat perlindungan pemulihan, sambil wujud secara bersama dalam kalangan masyarakat Badwi yang aman.
  • Raffles Doha (akhir tahun 2022) Terletak di antara menara ikonik Lusail, Raffles Doha bertaraf enam bintang yang mewah ini akan menyediakan Perkhidmatan Butler Raffles legenda kepada para tetamu 132 buah suitenya termasuk Suite Diraja yang mewah yang berada di tingkat 33 & 34 serta mempunyai gimnasium, spa, Majlis, bilik permainan dan salon rambut sendiri.
  • Fairmont Doha (akhir tahun 2022) Bersambung dengan Raffles Doha melalui sebuah dewan dan ruang acara yang hebat, hotel bertaraf lima bintang yang mewah ini akan merangkumi Fairmont Gold, sebuah pengalaman hotel dalam hotel yang istimewa sambil mencerminkan budaya rakyat Qatar yang kaya dan perubahan kontemporari bandar ini.
  • Fairmont La Marina Rabat-Salé (pertengahan tahun 2022) Sebuah hotel mewah dan kediaman tepi sungai yang menghadap ke kawasan bersejarah Rabat dan Salé yang menawarkan pemandangan sungai, lautan dan pelabuhan yang luas serta banyak kawasan beli-belah dan luaran yang menakjubkan. Para tetamu dan pemilik rumah kediaman kembali ke Fairmont Spa untuk memulihkan keseimbangan dan ketenangan.
  • Fairmont Tangier Tazi Palace (akhir tahun 2022) Tazi Palace yang misteri dan menarik yang terletak di pinggir Tangier ini menambahkan lagi daya tarikan tempat peranginan mewah bertaraf lima bintang yang baharu ini. Dibina pada asalnya oleh seorang penasihat Raja pada tahun 1940-an, tempat peranginan yang luas ini akan mempunyai 134 buah bilik tetamu, dua buah vila VIP dan sebuah vila DiRaja.
  • Sofitel Agadir Royal Bay Resort (pertengahan tahun 2022) Suatu gabungan mempesonakan antara kemewahan Perancis, seni bina Kasbah dengan gaya tepi pantai yang bakal dihasilkan, terletak hanya 10 minit dari Agadir. Menampilkan sajian Perancis, Asia dan Maghribi yang terbaik, para tetamu berpeluang menikmati muzik secara langsung di bar koktel tempat peranginan ini serta DJ antarabangsa di kelab malam So Fun.
  • Rixos Jewel of The Creek Dubai (pertengahan tahun 2022) Direka bentuk untuk menjadi "Permata" bagi pembangunan Jewel of the Creek, tempat peranginan mewah Rixos yang baharu ini menampilkan pelbagai keseronokan aktiviti luar, dengan kolam renang, landskap dan air pancut yang mewah serta sesiaran tepi laut yang dipenuhi dengan deretan butik, restoran, bar dan marina tempat berlabuh untuk 80 buah kapal.
  • Rixos Doha Qetaifan Island (akhir tahun 2022) Rixos pertama yang akan dibuka di Qatar dan tepat pada masanya untuk Piala Dunia 2022, hotel mewah ini bakal menjadi mercu tanda budaya dan hiburan tempatan. Para tetamu akan menggemari Souq, Kelab Pantai, Taman Tema dan Taman Air yang luas dengan pemandangan panoramik Teluk Arab.

Asia Tenggara 

  • Admiral Hotel Manila – MGallery (pertengahan tahun 2022) MGallery pertama di Filipina ini akan menampilkan penginapan enam tingkat bertema yang unik yang mempamerkan budaya, perayaan, wira, tarian rakyat, destinasi, objek asli dan permainan tradisional tempatan. Bilik tamu dan suite yang direka bentuk dengan penuh kesenian ini dilengkapi dengan kemewahan yang teliti seperti bar bunyi Bose dan peralatan mandian APPELLES.
  • Orchard Hills Residences – MGallery (pertengahan tahun 2022) Hartanah MGallery yang pertama di Singapura ini akan terletak di daerah beli-belah Orchard Road yang terkenal di dunia. 168 buah kediaman perkhidmatan ini direka oleh studio Jepun yang memenangi anugerah iaitu Nikken Sekkei, akan membawa tetamu dalam perjalanan peribadi bagi penemuan diri melalui ruang yang mengasyikkan, penyusunan yang amat cermat serta penyepaduan hospitaliti, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan yang mewah dan teliti.
  • Naru Hotel Seoul – MGallery (pertengahan tahun 2022) Terletak di Daerah Mapo, hotel MGallery baharu ini akan menghadap ke Sungai Han dengan pemandangan Pulau Yeouido. Hotel 196 buah bilik ini akan menawarkan gabungan istimewa 'mixology' iaitu kemahiran campuran koktel istimewa jenama ini dan kisah-kisah menarik yang dipadankan dengan budaya kejiranan di tempat ini.
  • Pullman Singapore Orchard (pertengahan tahun 2022) Setelah melakukan pengubahsuaian yang bergaya, hotel yang terletak di tengah-tengah daerah beli-belah Orchard Road ini akan menjadi sebahagian daripada pembangunan guna campur, menampilkan kedai komersial dan peruncitan termasuk kedai Apple utama serta hanya berada dalam lingkungan perjalanan kaki yang singkat dari beberapa pusat beli-belah terbaik di bandar ini, Taman Botani Singapura dan kawasan hiburan Clarke Quay.
  • Pullman Lombok Mandalika Beach Resort (awal tahun 2022) Tempat peranginan bertaraf 5 bintang ini terletak di pantai Kuta Mandalika yang terpencil, menawarkan 257 buah bilik, suite dan vila serta memiliki beberapa kolam akuamarin yang menghadap ke Lautan Hindi yang biru. Para tetamu boleh menunjukkan kreativiti mereka di pusat perniagaan, menikmati Ruang Santai & pusat kesejahteraan atau bersosial di bilik mesyuarat dan dewan yang boleh memuatkan sehingga 800 orang tetamu.
  • Mövenpick Phan Thiet (akhir tahun 2022) Hotel ini akan menampilkan dua buah restoran, sebuah ruang istirehat eksekutif dan kemudahan kesejahteraan yang luas.
  • Grand Mercure Bali Legian Resort (pertengahan tahun 2022) Tempat peranginan Grand Mercure yang pertama di Bali ini membawakan pengalaman mewah tropika dan tepian pantai kepada keluarga, pasangan dan tetamu perniagaan, yang terletak di pasir putih Pantai Legian. Memiliki 269 buah bilik, hotel ini hanya terletak sejauh 45 minit jarak perjalanan dari lapangan terbang antarabangsa dengan pilihan restoran dan bar, ruang acara dan ruang kesejahteraan.
  • Novotel Phnom Penh Beung Keng Kong (pertengahan tahun 2022) Terletak di pusat bandar Phnom Penh, berhampiran Istana DiRaja dan Monumen Kemerdekaan, hotel dengan 253 bilik ini direka bentuk untuk dinikmati oleh pelawat dan penduduk tempatan, dengan tiga buah restoran, beberapa buah bilik mesyuarat, sebuah kolam renang, pusat kecergasan dan spa.
  • Mercure Pangkalan Bun (pertengahan tahun 2022) Sebuah destinasi baharu Accor, hotel bertaraf empat bintang ini akan menawarkan 150 buah bilik pada sembilan tingkat dan bersambung dengan bangunan pejabat lapan tingkat. Terletak secara strategik di kawasan pusat perniagaan wilayah Kalimantan Tengah di Indonesia, hotel ini akan menawarkan pengalaman tempatan yang asli dengan komitmen terhadap kualiti.
  • Mercure Pusat Bandar Miri (pertengahan tahun 2022) Terletak di bandar pesisir pantai Miri yang menakjubkan di pulau Borneo, hotel Mercure yang baharu ini dibina berhampiran pusat bandar dan lapangan terbang yang memudahkan tetamu. Dengan 160 buah bilik, dewan, bilik mesyuarat, restoran, sebuah kolam renang dan gimnasium, para tetamu akan menikmati semua kemudahan yang penting dalam suasana penuh kemesraan dan pesona budaya Malaysia yang asli.
  • Mercure Living Putrajaya (pertengahan tahun 2022) Sebuah pengalaman moden yang menyegarkan menanti mereka yang mencari penginapan dengan tempoh yang lebih panjang sambil melancong bagi tujuan perniagaan atau percutian. Dengan menawarkan tempat makan sepanjang hari, sebuah ruang istirehat eksekutif, kolam renang air masin infiniti sepanjang 52 meter, pusat kecergasan, gelanggang tenis dan spa, para tetamu akan berasa selesa seperti berada di rumah dengan suite moden dan luas yang merangkumi ruang makan dan ruang tamu serta ruang kerja.
  • Mercure Rayong Lomtalay (awal tahun 2022) Tempat peranginan pantai destinasi terbaharu dan paling bergaya di Thailand ini terletak di Cape Laem Mae Phim yang menakjubkan di Rayong, memiliki pelbagai penginapan daripada bilik tepi pantai hingga vila mewah yang mempunyai pemandangan laut.
  • Mercure Da Lat Resort, Vietnam (pertengahan tahun 2022) Sebuah bangunan warisan yang terletak dalam taman yang subur di kawasan Stesen Kereta Api Lama di pusat bandar, Mercure Da Lat Resort merupakan titik permulaan yang ideal untuk meneroka bandar kebudayaan dan bersejarah serta tanah tinggi yang hebat di wilayah Vietnam Tengah.
  • ibis Styles Bangkok Silom (pertengahan tahun 2022) Terletak di Silom Road di tengah-tengah Bangkok, dengan akses yang mudah ke BTS Sala Daeng dan MRT Silom, hotel ini akan mempunyai bilik bersambung untuk keluarga, pusat kecergasan dan bilik mesyuarat.

Pasifik 

  • Porter House Hotel, Sydney – MGallery (awal tahun 2022) Porter House yang disenaraikan sebagai warisan tahun 1870-an di Sydney akan bersambung ke sebuah menara 36 tingkat baharu yang menawarkan gabungan hotel dan kediaman, kolam renang dan pusat kecergasan, dua buah restoran, sebuah bar di tingkat empat dengan galeri seni berputar, kemudahan mesyuarat dan ruang makan peribadi serta sebuah pusat perniagaan.
  • Hotel Morris, Sydney (awal tahun 2022) Hotel West End bersejarah yang dibina pada tahun 1929 ini akan dibuka semula sebagai Hotel Morris setelah melakukan pengubahsuaian besar-besaran. Hotel 82 bilik ini akan mempunyai sebuah restoran dan bar tingkat bawah di Pitt Street serta sebuah bar atas bumbung yang menakjubkan.
  • The Sebel Wellington Lower Hutt, New Zealand (pertengahan tahun 2022) Berhadapan Sungai Hutt, hotel ala pangsapuri yang bergaya ini menawarkan 60 buah studio dan pangsapuri satu bilik tidur dengan perkhidmatan penuh serta sebuah restoran dan bar yang meriah bernama Biscotti.

Greater China 

  • Raffles at Galaxy Macau (awal tahun 2022) Tambahan yang menakjubkan kepada Galaxy Macau™, sebuah tempat peranginan bersepadu bertaraf dunia yang mewah, Raffles at Galaxy Macau menampilkan bilik tetamu sebagai kanvas peribadi – dengan Bingkai Hospitaliti Samsung di setiap bilik dan Butlers Raffles yang terkenal daripada jenama ini menyediakan perkhidmatan istimewa secara teliti.
  • Sofitel Shanghai North Bund (akhir tahun 2022) Seni kehidupan Perancis akan menyinari hotel mercu tanda 25 tingkat yang menakjubkan ini yang menampilkan 300 buah bilik dan suite mewah dengan pemandangan latar langit Shanghai yang menakjubkan dan terkenal. Para tetamu akan menggemari gaya Perancis yang moden di Club Millesime, Spa Sofitel yang mewah dan gimnasium Kecergasan Sofitel yang ultramoden.
  • Hotel Pusat Seni Guiyang, Emblems Collection (akhir tahun 2022) Jenama mewah terbaharu Accor iaitu Emblems Collection akan menampilkan hotel pertamanya di Pusat Seni Guiyang yang terkenal di ibu kota wilayah Guizhou. Pada asalnya dibina sebagai kediaman peribadi yang besar agam, Emblems membawakan ekspresi kemewahan yang segar dan moden yang akan menetapkan piawaian untuk rangkaian hotel dan resort unik yang menarik dan sedang berkembang ini.
  • The Silveri Hong Kong - MGallery (awal tahun 2022) Dengan nama yang mengingatkan kepada lombong perak Lantau dan warna air berkilauan yang mengelilingi pulau ini, MGallery yang pertama di Hong Kong ini merupakan sebuah oasis bandar yang mempunyai kehijauan yang subur dengan banyak teres terbuka yang membolehkan tetamu mengalami percutian yang menenangkan yang tidak dijangka di sebuah hotel bandar.
  • AKI Hong Kong – MGallery (pertengahan tahun 2022) fakad bersejarah di daerah Wanchai yang tersendiri ini memberikan suasana yang menenangkan dan mewah yang membolehkan para tetamu bercuti selepas seharian sibuk menerokai bandar. Sebuah bar wiski mewah terletak di tingkat atas yang menyaksikan kemahiran campuran koktel digabungkan dengan minda kreatif dan perbualan budaya.
  • Swissôtel Beijing (pertengahan tahun 2022) Setelah melakukan pengubahsuaian besar-besaran, Swissôtel Beijing di Pusat Bandar Macau, Hong Kong kini kembali dengan lebih cantik daripada sebelumnya. Dengan penumpuan kepada kesihatan, kecergasan dan kesejahteraan dalam setiap perincian, para tetamu di hotel ekologi dan terletak di tengah-tengah bandar ini digalakkan untuk 'Hidup dengan Baik'.

Amerika Utara & Tengah 

  • Raffles Boston Back Bay Hotel & Residences (akhir tahun 2022) Hartanah Raffles yang pertama di Amerika Utara ini menjanjikan ekspresi bandar dengan keanggunan halus yang terdiri daripada sebuah hotel guna campur yang tersendiri dan koleksi unik suite 'pied-a-terre', rumah dengan satu hingga tiga buah bilik tidur dan emper yang mengagumkan.
  • Sofitel Legend Casco Viejo, Panama (pertengahan tahun 2022) Terletak di tapak perlindungan UNESCO dan Tapak Warisan Dunia yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, hotel ini terletak di tepi pantai yang bersih serta sesuai untuk riadah dan para tetamu perniagaan yang inginkan pengalaman mewah di kawasan bersejarah.
  • Novotel Mexico City Insurgentes WTC (pertengahan tahun 2022) Terletak dengan strategik di hadapan Pusat Dagangan Dunia Bandar Raya Mexico (WTC) yang merupakan salah sebuah kawasan perniagaan yang paling meriah di Bandar Raya Mexico, hotel ini akan menampilkan Gourmet Bar dan Meet N Workspace istimewa daripada jenama ini.

Ennismore 

Kedudukan Accor yang tiada tandingan dalam hospitaliti gaya hidup – salah satu kategori yang paling pesat berkembang dalam industri – diterajui oleh Ennismore, sebuah syarikat hospitaliti yang kreatif dengan portfolio global yang terdiri daripada jenama yang dibina oleh para usahawan dan pengasasnya dengan tujuan sebagai asasnya. Jenama dan hartanah berikut merupakan sebahagian daripada Ennismore. 

Eropah Utara

  • 25hours Hotel Indre By (awal tahun 2022) Bakal menjadi hotel 25hours yang pertama di Scandinavia. Kompleks ini yang terletak di tengah-tengah pusat bandar dengan akses terus ke laluan pejalan kaki Købmagergade, bersebelahan Round Tower dan berhampiran dengan Kongens Have dan Kongens Nytorv serta terdiri daripada empat buah bangunan dan 243 buah bilik. 25hours Hotel Indre akan turut menempatkan restoran NENI Scandinavia yang pertama, The Boilerman Bar dan Café Duse.

Eropah Selatan

  • Maison Delano Paris (akhir tahun 2022) Terletak di tengah-tengah Arrondissement ke-8 yang amat elegan dalam bangunan berhalaman abad ke-18 di 4 Rue d'Anjou, hanya beberapa langkah dari Rue du Faubourg Saint Honoré legenda, hotel ini akan menawarkan 56 buah bilik dan suite yang menakjubkan serta konsep sajian baharu oleh juru masak terkenal di dunia iaitu Dani Garcia. Maison Delano Paris bakal menjadi pelancaran jenama Maison Delano.
  • The Hoxton, Poblenou (awal tahun 2022) Dengan ikrar untuk memberikan citarasa kehidupan tempatan yang sebenar kepada para tetamu, The Hoxton, Poblenou merupakan tempat yang sempurna untuk meneroka Barcelona dengan 240 buah bilik, kolam renang atas bumbung dan 'taqueria' iaitu restoran yang menjual makanan Mexico, lobi yang terang dan lapang, kedai piza terbuka dan berteres serta ruang acara pelbagai fungsi.
  • SO/ Paris (pertengahan tahun 2022) Terletak di tebing Sungai Seine di arrondissement ke-4, SO/ Paris merupakan lokasi baharu yang menarik untuk bandar ini dengan teres restorannya yang panoramik, pemandangan yang menakjubkan, bilik yang elegan dan suite yang cantik serta kemudahan spa dan kecergasan yang bertaraf dunia.
  • Mama Shelter, Lisbon (Januari 2022) Lokasi Mama yang pertama di Semenanjung Iberia ini terletak di antara daerah Príncipe Real yang meriah dengan monumen Praça Marquês de Pombal dengan pemandangan seluruh bandar yang menakjubkan yang boleh dilihat dari atas bumbungnya. 130 buah bilik dan restoran – gaya baharu bagi sebuah restoran Perancis tradisional – akan mengasyikkan para tetamu dengan suasana bandar yang dinamik serta pengalaman sebenar warga Lisbon.

India, Timur Tengah, Afrika & Turki 

  • Mama Shelter, Dubai (akhir tahun 2022) Bakal menjadi mutiara sebenar di padang pasir, dengan 197 buah bilik dan 192 buah pangsapuri, pelbagai kedai makan, sebuah teres dengan empat buah kolam renang, sebuah pawagam terbuka CineMama dan banyak lagi. Ia merupakan sebuah Mama yang amat besar yang menerapkan idea tempat peranginan di tengah-tengah bandar, mengimbas kembali asal usul keluarga Trigano yang mengasaskan kumpulan Mama Shelter dan mengasaskan bersama Club Med.

Asia Tenggara 

  • TRIBE Phnom Penh Post Office Square (awal tahun 2022) Membawa suntingan reka bentuk yang berani ke dalam persekitaran hotel di Kemboja, dengan teknologi terkini, reka bentuk pintar, katil & kemudahan istimewa, linen berkualiti tinggi, pengewap pakaian, pancuran mandi, jubah hangat istimewa dan mesin kopi Nespresso.
  • Mondrian Hong Kong Kowloon (akhir tahun 2022) Terletak di daerah Mong Kok yang sibuk di Kowloon yang meriah di Hong Kong, hotel ini akan menjadi Mondrian yang pertama di China dan merupakan hartanah Mondrian yang ketujuh di seluruh dunia. Hartanah 324 buah bilik yang terletak di lebih 40 tingkat ini akan memberi tarikan tentang asal-usul Hong Kongnya yang menawarkan pemandangan pelabuhan tanpa gangguan dan pengalaman menjamu selera di aras tinggi di tingkat 39 di Carna by Dario Cecchini.

Amerika Utara & Tengah 

  • 21c Museum Hotel St. Louis (akhir tahun 2022) Sebuah hotel butik, muzium seni kontemporari dan restoran didorong juru masak akan menempati bekas bangunan YMCA 10 tingkat yang dibina pada tahun 1926 dalam gaya Kebangkitan Semula Renaissance dengan beberapa elemen Gothic dan disenaraikan sebagai Tempat Bersejarah dalam Daftar Negara.

Amerika Selatan

  • SLS Puerto Madero, Argentina (awal tahun 2022) SLS membawa suasana segar dan moden kepada tenaga dinamik bandar ini, dengan 58 buah bilik dan suite yang direka bentuk oleh pereka dan arkitek Itali yang termasyhur, Piero Lissoni. Para tetamu dan penduduk tempatan berduyun-duyun menuju ke Leynia, sebuah restoran Panggang Argentina dinamik yang diilhamkan oleh perisa dari Jepun, manakala sebuah bilik acara yang besar menyediakan ruang untuk mesyuarat korporat atau acara sambutan peribadi.
  • JO&JOE Medellín, Colombia (awal tahun 2022) Budaya perkongsian, kespontanan dan pengalaman individu JO&JOE menyatukan para pelancong dan menggabungkan keseronokan asrama dengan keselesaan hotel yang menarik minat komuniti penjelajah global antarabangsa yang luas. JO&JOE Medellín menampilkan ruang umum yang meriah yang menonjolkan beberapa orang seniman jalanan terkenal di bandar ini.

TENTANG ACCOR 

Accor  merupakan sebuah kumpulan hospitaliti terkemuka di dunia yang terdiri daripada lebih 5,200 hartanah dan 10,000 lokasi makanan dan minuman di 110 buah negara. Kumpulan ini mempunyai salah satu ekosistem hospitaliti yang paling beraneka dan bersepadu sepenuhnya dalam industri yang merangkumi lebih 40 jenama hotel mewah, premium, sederhana dan ekonomi, hiburan dan lokasi hiburan malam, restoran dan bar, kediaman persendirian berjenama, hartanah penginapan berkongsi, perkhidmatan rencam, ruang kerja bersama dan banyak lagi. Kedudukan Accor yang tiada tandingan dalam hospitaliti gaya hidup – salah satu kategori yang paling pesat berkembang dalam industri ini – diterajui oleh Ennismore, sebuah syarikat hospitaliti yang kreatif dengan portfolio global yang terdiri daripada jenama yang dibina oleh para usahawan dan pengasasnya dengan tujuan sebagai asasnya. Accor menampilkan portfolilo jenama unik yang tiada tandingan dengan kira-kira 260,000 ahli pasukan di seluruh dunia. 68 juta ahli mendapat manfaat daripada program kesetiaan syarikat ini yang komprehensif – ALL - Accor Live Limitless – iaitu rakan gaya hidup harian yang menyediakan akses kepada pelbagai ganjaran, perkhidmatan dan pengalaman. Melalui Planet 21 - inisiatif Acting Here, Accor Solidarity, RiiSE dan ALL Heartist Fund, Kumpulan ini memberi tumpuan dalam mendorong tindakan positif melalui etika perniagaan, pelancongan yang bertanggungjawab, kelestarian alam sekitar, penglibatan komuniti, kepelbagaian dan keterangkuman. Ditubuhkan pada tahun 1967, Accor SA beribu pejabat di Perancis dan sebuah syarikat tersenarai awam di Bursa Saham Euronext Paris (kod ISIN: FR0000120404) dan di Pasaran OTC (Penanda: ACCYY) di Amerika Syarikat. Untuk maklumat lanjut, sila layari group.accor.com atau ikuti Accor di Twitter, Facebook, LinkedIn dan Instagram.

Hubungan Akhbar: 

Charlotte Thouvard
charlotte.thouvard@accor.com 

Mike Taylor
mike.taylor@accor.com 

Line Crieloue
line.crieloue@accor.com 

 

Source: Accor
Related Stocks:
OTC:ACCYY
Keywords: Hotels and Resorts OTC/SmallCap IRW Travel New products/services Public Interest