GUANGZHOU, China, 24 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Walaupun menghadapi banyak cabaran pada tahun 2021, GAC MOTOR menyaksikan angka jualan yang semakin meningkat dan juga pelbagai aspek pengembangan. Sebahagian besar daripada pencapaian ini adalah lantaran jaringan kukuh pengedar global GAC MOTOR: pengedaran saling bekerjasama yang berusaha untuk membawa kenderaan GAC MOTOR ke pasaran baharu dan pengguna di seluruh dunia.
Persidangan Pengedar Antarabangsa GAC MOTOR 2022 telahpun diadakan pada 18 Januari dan memberi penghormatan kepada beberapa rakan pengedar syarikat yang paling cemerlang.
Paras Paling Tinggi untuk Perniagaan Antarabangsa GAC
Pengurus Besar GAC MOTOR En. Zeng Hebin menyebut dalam ucapan alu-aluan bahawa "Pembangunan perniagaan luar negara kami telah mencapai paras paling tinggi dengan jumlah jualan tahunan melebihi 20,000 unit buat julung kalinya, mencatatkan peningkatan 72.5% berbanding tahun sebelumnya."
Pada tahun 2021, usaha pembinaan jenama GAC MOTOR telah mendapat ganjarannya. Bilangan bilik pameran luar negara bertambah, saluran jualan berkembang secara inovatif dan pencapaian penting telah dilakar dalam beberapa pasaran termasuk Mexico, Chile dan Nigeria.
Antara pasaran-pasaran individu yang diberi penghormatan ialah Arab Saudi yang menyaksikan jualan meningkat secara besar-besaran sebanyak 88% pada tahun 2021, selain Kuwait, Nigeria, Ecuador dan Chile, yang mana kesemuanya memperoleh keuntungan besar dari segi kehadiran pasaran dan kuasa jenama selepas usaha yang berterusan, memberikan sumbangan signifikan kepada strategi pengembangan global GAC.
Di persidangan berkenaan, Pengurus Besar Zeng Hebin membentangkan objektif-objektif kerja pada tahun ini: "Pada tahun 2022, di bawah bimbingan strategi Kumpulan iaitu 'Pengelektrikan, intelligentization (penggunaan teknologi pintar), pendigitan, pengantarabangsaan', GAC MOTOR akan merebut peluang pembangunan, memperkenalkan pasaran tenaga baharu di luar negara dengan aktif dan menjadikan kenderaan tenaga baharu, pintar GAC terhubung dengan lebih erat dengan pasaran global. Kami akan membuat pembangunan lanjutan sistem jenama kami dan memperjuangkan inovasi dan tindakan, terus memperhebatkan jualan barisan hadapan dan juga titik terminal kami."
Melangkah ke Hadapan sebagai Jenama Antarabangsa
GAC mempunyai misi untuk bersaing di persada dunia, membawa teknologi pintar Cina yang terkini ke pasaran-pasaran di serata dunia.
GAC Group sudahpun menjadi jenama yang berjaya di China, telah menjual lebih 2 juta buah kereta dan lebih 100,000 buah kenderaan tenaga baharu.
Pada tahun 2022, dua model baharu, GS8 dan EMPOW, akan turut dilancarkan, dilengkapi dengan lebih banyak teknologi dan konfigurasi pintar berbanding sebelum ini.
Pengedar-pengedar yang berbakat merupakan penghubung penting yang membolehkan kenderaan-kenderaan terbaharu dan paling menarik dieksport dan dipasarkan dengan jayanya. Tahun 2022 merupakan tahun untuk memerhatikan kejayaan GAC MOTOR, memandangkan EMPOW dan GS8 bersiap sedia untuk membawa ketukangan Cina ke persada dunia.