omniture

Sensormatic Solutions oleh Johnson Controls utamakan peruncit bertanggungjawab dengan tumpuan dan pelaburan berterusan dalam amalan kelestarian

Johnson Controls
2022-01-24 13:16 185
  • Jenama Johnson Controls, Sensormatic Solutions mengeluarkan kertas putih baharu memperincikan pendekatan berbilang aspek untuk memperkasa peruncit, pembeli belah dan organisasinya sendiri bagi mencapai matlamat kelestarian
  • Sensormatic memanfaatkan data raya dan AI untuk mengoptimumkan kelestarian peruncit melalui pelbagai penyelesaian dan perkhidmatan didayakan secara digital

NEUHAUSEN, Switzerland, 24 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Sensormatic Solutions, portfolio penyelesaian runcit global terkemuka Johnson Controls, hari ini mengeluarkan kertas putih Sustainability Story 2021, memperincikan usaha kelestariannya. Sensormatic Solutions dibina berdasarkan inovasi dan berdedikasi terhadap produk, penyelesaian dan perkhidmatan lestari. Syarikat ini turut memperluaskan tumpuan kelestariannya untuk merangkumkan kakitangan dan prosesnya.

"Kami komited untuk membangunkan inovasi yang memberi kesan positif kepada hasil kelestarian demi masa depan yang lebih cerah dalam segenap aspek perniagaan kami, bermula daripada produk, proses dan kakitangan kami," kata Bjoern Petersen, Pengarah Urusan Global dan Ketua Pegawai Strategi & Pertumbuhan, Sensormatic Solutions. "Sebagai peneraju bagi teknologi runcit dan sebahagian daripada Johnson Controls — suara yang mantap dalam dasar kelestarian di serata dunia — kami berpegang pada standard alam sekitar dan sosial yang tinggi dan dalam masa yang sama membantu pembekal, rakan kongsi dan pelanggan peruncit melakukan hal yang sama. Peruncitan yang Bertanggungjawab (Responsible Retail) merupakan sumber inspirasi dalam segala-gala yang kami lakukan."

Untuk Peruncit: Meletakkan Teknologi sebagai Teras Inisiatif Kelestarian

Sensormatic Solutions membangunkan portfolionya berasaskan kelestarian. Tumpuan organisasi ini untuk mengutamakan amalan runcit yang bertanggungjawab sekali gus memanfaatkan teknologi inovatif dan memenuhi keperluan peruncit yang semakin meningkat jelas terlihat dalam semua aspek perniagaannya.

Berikut menunjukkan hanya beberapa contoh bagaimana Sensormatic Solutions menerajui perubahan ke arah masa depan runcit yang lebih lestari melalui penyelesaiannya demi kecerdasan inventori, pengalaman pembeli belah, pencegahan kerugian dan keberkesanan operasi:

  • Generasi terkini sistem Pengawasan Artikel Elektronik (EAS) Sensormatic Solutions menggunakan 50% kurang kuasa berbanding model terdahulu dan memperkenalkan mod "penjimatan kuasa" yang dapat menghasilkan 30% kurang penggunaan tenaga bagi setiap 12 jam hari kedai.
  • Penyelesaian Kecerdasan Inventori (Inventory Intelligence) Sensormatic Solutions memanfaatkan pengenalan frekuensi radio (RFID) bagi menyampaikan pandangan waktu sebenar yang tepat yang dapat membantu mengurangkan bahan buangan, emisi karbon dan penggunaan tenaga dalam seluruh rantaian bekalan.
  • Pandangan pembeli belah menyediakan peruncit dengan pemahaman yang menyeluruh mengenai tingkah laku pembeli belah mereka untuk membantu membuat keputusan yang lebih pintar mengenai kedai dan hartanah, termasuk masa untuk melaraskan waktu demi penghunian maksimum bagi menjimatkan tenaga dan air serta mengurangkan CO2 daripada perjalanan yang sia-sia ke kedai yang tidak mempunyai kakitangan yang betul atau di tempat inventori tidak tersedia.
  • Sepanjang tahun lalu, inisiatif Edaran Semula Tag Sumber Visual (Visual Source Tags Recirculation, VSTR) Sensormatic Solutions menghasilkan 1.5B tag yang diedarkan semula dengan 11.4 bilion tag diedarkan semula sejak permulaan program tersebut pada tahun 2010.

Untuk Pembeli-belah: Memperkasa Pengalaman Membeli Belah Lestari, Lancar 

Sensormatic Solutions memahami kepentingan kelestarian dan kemudahan untuk pengguna —dan Sensormatic IQ membantu peruncit memanfaatkan pandangan yang boleh diambil tindakan bagi memenuhi kedua-dua permintaan berkenaan. Lagipun, pengalaman pembeli belah bergantung pada detik kebenaran atau 'peruncitan jitu' yang ditetapkan tepat pada masanya — penglibatan mengikut ketetapan pelanggan, menyediakan barangan yang tepat di tempat yang betul pada waktu yang tepat. Detik antara pelanggan, kedai, rakan sekutu dan peluang barangan untuk peruncit dapat memberi impak positif kepada pengalaman jenama dan melaksanakan perdagangan seragam yang lancar, kesemuanya dengan menjadikan kelestarian sebagai keutamaan. Sebagai contoh:

  • Inventori peringkat barangan memastikan perjalanan pembeli belah adalah bertujuan, mengetahui bahawa barangan mereka ada di dalam stok atau sedia diambil, bagi membantu mengelakkan perjalanan yang sia-sia.
  • Penyepaduan data daripada pandangan pembeli belah dapat membantu menggambarkan tahap perkhidmatan kakitangan mahupun masa pembeli belah yang dikhususkan kepada transaksi, menentukan perjalanan pembeli belah yang cekap dan mengurangkan perjalanan yang sia-sia ke kedai apabila tahap pengambilan kakitangan tidak selari dengan tuntutan perkhidmatan.

Untuk Sensormatic: Komited terhadap Kelestarian dari Dalam-Luar

Sensormatic Solutions mengkaji semula secara berterusan operasi, kemudahan dan kumpulannya sendiri bagi meningkatkan prestasi alam sekitar dan pengurusan tenaga dengan mengenal pasti dan mengurangkan setiap lebihan. Kemudahannya turut mengutamakan pengurangan penggunaan air dan kuasa, emisi gas rumah hijau dan bahan buangan yang dihantar ke tapak pelupusan sampah melalui pelbagai inisiatif.

Sensormatic Solutions memanfaatkan keupayaan teknologi dan inovasi OpenBlue Johnson Controls yang menggunakan data dan AI untuk mengoptimumkan bangunan lestari. Johnson Controls mengambil langkah yang signifikan untuk meningkatkan kesan alam sekitarnya dan komited untuk mencapai emisi karbon Skop 1 dan 2 sifar bersih menjelang tahun 2040 – sepuluh tahun lebih awal daripada matlamat yang ditetapkan dalam Perjanjian Iklim Paris Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Syarikat ini bermatlamat untuk mengurangkan emisi operasinya sebanyak 55 peratus dan mengurangkan emisi pelanggan sebanyak 16 peratus sebelum tahun 2030. Sasaran pengurangan emisi 2030 yang bercita-cita tinggi ini diluluskan oleh inisiatif Science Based Targets. Baru-baru ini, Johnson Controls mengeluarkan Bon Berhubung-Kelestarian bagi menyokong komitmennya untuk mencapai pengurangan emisi mutlak yang bercita-cita tinggi menjelang tahun 2025.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai usaha inovatif Sensormatic Solutions bagi memupuk landskap runcit yang lebih lestari, sila kunjungi halaman Kelestarian kami atau muat turun kertas putih "Our Retail Sustainability Story of Sensormatic Solutions by Johnson Controls". Anda juga boleh mengikuti kami di LinkedIn dan Twitter, menggunakan #SensormaticSustainability. 

Latar Belakang Johnson Controls 

Di Johnson Controls (NYSE:JCI) kami mengubah persekitaran di tempat orang ramai menetap, bekerja, belajar dan bermain. Sebagai peneraju global bagi bangunan pintar, sihat dan lestari, misi kami adalah untuk memperbaharui prestasi bangunan bagi menyediakan kemudahan kepada orang ramai, tempat dan planet ini.

Dengan sejarah inovasi selama lebih daripada 135 tahun, Johnson Controls menyediakan pelan tindakan masa depan untuk industri-industri seperti rawatan kesihatan, sekolah, pusat data, lapangan terbang, stadium, pembuatan dan selanjutnya melalui penawaran digital komprehensifnya OpenBlue. Dengan pasukan global seramai 100,000 pakar di lebih daripada 150 negara, Johnson Controls menawarkan portfolio terbesar di dunia bagi teknologi, perisian pembinaan serta penyelesaian perkhidmatan bersama beberapa nama yang paling dipercayai dalam industri ini. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.johnsoncontrols.com atau ikuti kami @johnsoncontrols di Twitter.

Latar Belakang Sensormatic Solutions 

Sensormatic Solutions ialah portfolio penyelesaian runcit global yang terkemuka Johnson Controls yang memperkasakan kecemerlangan operasi secara meluas dan mengupayakan penglibatan pembeli belah yang pintar dan terhubung. Platform operasi digital pintar kami – Sensormatic IQ – menggabungkan portfolio penuh Sensormatic Solutions, termasuk data pihak ketiga untuk menyampaikan pandangan yang tiada tandingan terhadap pengalaman pembeli belah, kecerdasan inventori, pencegahan kerugian dan keberkesanan operasi dengan teknologi canggih seperti AI dan Pembelajaran Mesin. Ini membolehkan peruncit bertindak berdasarkan hasil berpandukan data preskriptif dan prediktif untuk melangkah dengan yakin menuju masa depan. Sila kunjungi Sensormatic Solutions atau ikuti kami di LinkedInTwitter dan saluran YouTube kami.

Hubungan Media

Jeremey Sea
Sensormatic Solutions oleh Johnson Controls
jeremey.sea@jci.com 

Jen Leong
FINN Partners Singapore bagi pihak Sensormatic Solutions
Pejabat: +65 9800 2982
Jen.Leong@finnpartners.com 

 

Source: Johnson Controls
Related Stocks:
NYSE:JCI
Keywords: Environmental Products & Services Internet Technology Retail Telecommunications