omniture

Jenama Perkakas Isi Rumah CHiQ Diiktiraf sebagai Jenama Elektronik Pengguna 10 Terbaik di Majlis Anugerah GTB

CHiQ
2022-01-24 13:50 117

LAS VEGAS, 24 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Di Majlis Anugerah Global Top Brands (GTB) 2021-2022 yang diadakan di CES 2022, Las Vegas mulai 5 hingga 7 Januari, CHiQ, jenama perkakas isi rumah mewah, telah dinamakan sebagai salah satu daripada Jenama Elektronik Pengguna 10 Terbaik bagi tahun 2021-2022, manakala produknya, Q8R MaX - CHiQ Metaverse Series membawa pulang Anugerah Inovasi Emas bagi AIoT & Teknologi Paparan.

2021-2022 Global Top Brands CHiQ Dianugerahi Jenama Elektrik Pengguna 10 Terbaik
2021-2022 Global Top Brands CHiQ Dianugerahi Jenama Elektrik Pengguna 10 Terbaik

Senarai GTB tahunan diiktiraf sebagai pengiktirafan tertinggi dalam sektor elektronik pengguna antarabangsa. Majlis Anugerah GTB tahun ini yang bertema "Teknologi menyumbang kepada pembangunan terpelbagai jenama-jenama" dirancang untuk menggalakkan transformasi digital dalam sektor elektronik pengguna dengan membantu jenama-jenama sektor ini di seluruh dunia meningkatkan daya saing terasnya melalui inovasi yang berterusan dalam teknologi. Pemenang-pemenang dipilih susulan penilaian yang komprehensif selama enam bulan oleh institusi-institusi pihak ketiga global yang berwibawa, juri daripada kalangan golongan profesional kanan dan outlet media arus perdana yang terkenal.

Penerimaan penghormatan oleh CHiQ sekali lagi menunjukkan kecekapan mantap jenama-jenama tempatan Cina dalam teknologi, produk dan aplikasi digital baharu yang membantu mereka memperoleh peranan kepimpinan dalam sektor elektronik pengguna global.

Penerimaan Anugerah Inovasi Emas oleh CHiQ Metaverse Q8R MaX turut menunjukkan inovasi terkini jenama ini dalam bidang elektronik pengguna. Dengan kedatangan era 5G, sewajarnya pembuat perkakas isi rumah membangunkan produk yang bersepadu sepenuhnya dengan Kecerdasan Buatan Pelbagai Benda (AIoT) dan paparan ultra definisi tinggi, memandangkan senario isi rumah menjadi semakin pelbagai dan pintar. Terdapatnya trend yang semakin berkembang yang mana semakin banyak jenama elektronik pengguna sedang menaik taraf daripada mod mandiri tradisional menjadi mod interaktif.

Pengalaman yang tercipta hasil daripada kombinasi antara teknologi 5G, kecerdasan buatan (AI) dan Internet Pelbagai Benda (IoT) membolehkan pengguna menikmati kehidupan dengan cara yang tidak dapat dibayangkan oleh kebanyakan orang hanya sedekad yang lalu. Di samping itu, integrasi antara 5G, AIoT dan skrin besar 8K menyuntik kevitalan baharu ke dalam ekosistem TV di samping memudahkan transformasi industri yang masih berterusan, iaitu matlamat yang terus diusahakan oleh CHiQ.

Global Top Brands CHiQ Dianugerahi Anugerah Inovasi Emas 10 Terbaik bagi AIot & Teknologi Paparan Q8R MaX -Changhong CHiQ Metaverse Series.
Global Top Brands CHiQ Dianugerahi Anugerah Inovasi Emas 10 Terbaik bagi AIot & Teknologi Paparan Q8R MaX -Changhong CHiQ Metaverse Series.

Source: CHiQ
Related Stocks:
Shanghai:600839
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards Trade show news