omniture
FINTECH BANK bakal melebarkan sayapnya menerusi penembusan perbankan digitalnya
FINTECH BANK LTD
2022-01-24 14:32 143

LABUAN, Malaysia, 24 Januari 2022 /PRNewswire/ -- FINTECH BANK LTD (FBL), sebuah bank komersial berpangkalan di Labuan yang dilesenkan oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA), telah mula menawarkan kemudahan kepada kumpulan pelanggan antarabangsa yang besar dan berkembang pesat. Bank ini akan menjadi bank komersial dengan perniagaan lancar dan mesra industri teknologi kewangan yang pertama di Asia.

FINTECH BANK menawarkan pelbagai jenis penyelesaian perbankan global bagi memenuhi kehendak pelanggan klien secara 24/7. Menerima pakai Temenos, sistem perbankan no.1 di dunia dalam perkhidmatan mereka, membolehkan pelanggan membuka akaun bank peribadi atau perniagaan secara dalam talian dengan cekap dan selamat. Permohonan akaun bank baharu boleh diluluskan dalam masa 5 minit dengan privasi menyeluruh melalui teknologi pengecaman wajah yang disahkan yang mematuhi sepenuhnya protokol AML/KYC/CFT. Proses ini menjadi pengalaman penerimaan digital sepenuhnya yang tidak memerlukan kunjungan ke cawangan bank fizikal.

Syarikat-syarikat daripada semua bidang kuasa dan individu boleh membuka akaun bank tanpa yuran penyelenggaraan bulanan dan tiada baki akaun minimum, pindahan kawat pelanggan yang pantas dan menikmati penyelesaian perbankannya, bertujuan untuk menjadikan transaksi lebih mudah di seluruh dunia.

Selain daripada penerimaan dalam talian yang cekap, FINTECH BANK menghubungkan aset digital dan industri teknologi kewangan bersama mata wang fiat dengan menawarkan penyelesaian penjelasan dan pembayaran untuk institusi, syarikat, pelabur dan pengguna runcit di seluruh dunia. Matlamatnya adalah untuk membawa kesederhanaan dan kecekapan kepada setiap transaksi aset digital.

FINTECH BANK ialah satu perkongsian strategik antara Ho Wah Genting Investment Bank (Labuan) P.L.C dan Hamilton Reserve Bank, sebuah bank global yang dikawal selia sepenuhnya, menyediakan perkhidmatan dalam 10 mata wang berbeza merentas 150 negara, bagi memenuhi keperluan industri teknologi kewangan dalam kapasiti yang lebih luas. Bagi tujuan ini, bank ini mengikuti program-program pematuhan terunggul bagi memberi pengalaman perbankan yang sebaik mungkin kepada pelanggan.

Institusi kewangan ini pertama kali memulakan operasinya sebagai bank komersial baharu yang dilesenkan oleh LFSA pada bulan April 2021. Bank ini beribu pejabat di Ujana Kewangan Labuan, mercu tanda komersial bersepadu yang terbesar di Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia dan mula menerima pelanggan secara dalam talian di seluruh dunia mulai 15 Julai 2021 setelah dilesenkan oleh Labuan FSA, badan kawal selia untuk Labuan International Business and Financial Centre (IBFC). Bertempat di Labuan International Business and Financial Centre (IBFC), bank ini terletak secara strategik di tengah-tengah Asia Pasifik. Dikawal selia oleh LFSA, Labuan IBFC merupakan tumpuan kepada lebih daripada 16,000 syarikat berdaftar dan lebih daripada 800 entiti berlesen yang beroperasi di peringkat serantau, membawa peluang kewangan yang sempurna untuk perniagaan yang ingin berhubung dengan ekonomi Asia dan selanjutnya.

"FINTECH BANK melangkah ke fasa menarik yang membolehkan kami bekerjasama dengan pelanggan dan syarikat di seluruh dunia. Kami berharap dapat menyediakan penyelesaian perbankan kepada entiti daratan dan luar pesisir, bagi menjadikan transaksi mudah, cekap dan selamat di seluruh dunia. Kami menyasarkan untuk menerima satu juta pelanggan secara dalam talian yang meletakkan kepercayaan mereka kepada perkhidmatan kewangan kami dalam tempoh 12 bulan akan datang. Tatkala institusi kami berkembang, kami juga merancang untuk meningkatkan operasi kami dan terus menyediakan tawaran yang lebih baik kepada pelanggan kami," kata Gavin Lim, pengarah FINTECH BANK.

Untuk maklumat lanjut mengenai FINTECH BANK LTD, sila kunjungi laman sesawang kami, https://www.fibank.com.

FINTECH BANK LTD. (No. Lesen: 210137B)
Bank dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan & Sekuriti Kewangan Labuan 2010
 

Pejabat Labuan
Tingkat 4 (J), Menara Pejabat Utama, Kompleks Ujana Kewangan Labuan, Jalan Merdeka,
87000, Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia.
Tel: +6087 430 461

Pejabat Kuala Lumpur
Tingkat 2, Wisma Ho Wah Genting
35, Jalan Maharajalela,
50150 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +603 2702 8133

Kunjungi kami di media sosial:
Facebook
LinkedIn

Latar Belakang FINTECH BANK LTD (FBL) 

FINTECH BANK LTD (No. Lesen: 210137B) ialah bank global dikawal selia sepenuhnya dan berpangkalan di Labuan, Malaysia yang ditubuhkan oleh sepasukan jurubank dan peguam berpengalaman Wall Street terkemuka yang dilesenkan sewajarnya oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan di Malaysia. Dikuasakan oleh teknologi perbankan Temenos yang canggih, Bank ini menawarkan perbankan peribadi, perbankan perniagaan dan pembayaran mata wang fiat bagi menawarkan kemudahan kepada kumpulan pelanggan yang besar dan berkembang pesat di seluruh dunia. FBL memiliki kunci kira-kira "kubu", sifar pendedahan pinjaman pelanggan, rekod pematuhan kawal selia yang bersih, perlindungan privasi pelanggan yang mantap, penerimaan pelanggan yang pantas dan e-perbankan 24/7.

Latar Belakang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) 

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) ditubuhkan pada 15 Februari 1996 di bawah Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996. Labuan FSA ialah badan berkanun yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pentadbiran Labuan International Business and Financial Centre (Labuan IBFC), tumpuan kepada lebih daripada 16,000 syarikat berdaftar dan lebih daripada 800 entiti berlesen yang beroperasi di peringkat serantau, membawa peluang kewangan yang sempurna kepada perniagaan yang ingin berhubung dengan ekonomi Asia dan selanjutnya.

Source: FINTECH BANK LTD
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Financial Technology