omniture

XCMG Serahkan Jentera Angkut XC9 Baharu ke Israel, Thailand dan Negara-negara Eropah, dengan Eksport Jentera Angkut Kumulatif Meningkat 100,000 Unit

XCMG
2022-01-24 15:15 44

XUZHOU, China, 24 Januari 2022 /PRNewswire/ -- XCMG (SHE:000425) telah menyerahkan 33 unit siri jentera angkut elit XC9 serba baharu ke Israel, Thailand dan negara-negara Eropah pada 19 Januari daripada tapak pembuatan pintar kumpulan ini untuk jentera angkut tanan besar, tatkala XCMG meraikan kejayaan eksport kumulatif yang penting iaitu sebanyak 100,000 unit jentera angkut.

XCMG Serahkan Jentera Angkut XC9 Baharu ke Israel, Thailand dan Negara-negara Eropah, dengan Eksport Jentera Angkut Kumulatif Meningkat 100,000 Unit
XCMG Serahkan Jentera Angkut XC9 Baharu ke Israel, Thailand dan Negara-negara Eropah, dengan Eksport Jentera Angkut Kumulatif Meningkat 100,000 Unit

Unit Perniagaan Jentera Tolak Tanah XCMG ("Unit") kini mengeksprt ke 187 negara dan wilayah di serata dunia. Menyasarkan matlamat untuk mencapai jualan peralatan sebanyak 100,000 unit dan jualan alat ganti mencecah 100 juta yuan (US$15.76 juta), jualan luar negara Unit ini telah mencatatkan pertumbuhan besar dan kekal sebagai No.1 antara jenama-jenama Cina sejak 33 tahun yang lalu.

"Hari ini, jentera angkut XCMG menduduki kedudukan antara lima terunggul di dunia dan dalam pasaran antarabangsa masa depan, XCMG tanpa ragu-ragu akan menjadikan inovasi teknologi serta pengantarabangsaan sebagai keutamaan strategik yang tertinggi dalam tempoh jangka panjang. Eksport kumpulan bagi siri jentera angkut XC9 canggih ini merupakan satu pencapaian strategik daripada strategi global utama XCMG," kata Wang Min, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif XCMG.

Bagi memenuhi permintaan pasaran Eropah dan Amerika Utara, XCMG membangunkan siri jentera angkut XC9 canggih yang memanfaatkan pengalaman penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikat dan kekuatan R&D luar negara dengan lebih 100 teknologi berpaten dibangunkan sendiri. Jentera angkut ini dilengkapi dengan keluk enjin eksklusif, transmisi dikawal secara elektronik dan berciri automatik sepenuhnya, sistem penyejukan bebas yang pintar, sistem hidraulik aruhan beban elektro-hidraulik dan banyak lagi, mencapai lebih 15 peratus penjimatan tenaga dalam gabungan aplikasi produk tunggal. Siri jentera angkut XC9 telah mencapai jualan yang besar di AS, Eropah dan Asia.

Bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan luar negara dan memastikan agar bekalan alat ganti dapat diserahkan tepat pada masanya, XCMG melancarkan Sistem Servis Global-XCMG (X-GSS) pada tahun 2020, sistem maklumat servis kitaran hayat penuh yang menyediakan sokongan penyelenggaraan yang tepat, bernilai tambah dan memuaskan kepada pelanggan global berdasarkan kepada analisis data IoT produk dan keadaan kerja mereka.

Pada tahun 2021, XCMG telah menghantar 90 jurutera servis ke luar negara dan menjalankan lebih daripada 300 latihan dalam tempoh pasca-pandemik. Di tempat-tempat yang tidak dapat dicapai, para jurutera servis luar negara XCMG menganjurkan latihan servis secara dalam talian untuk terus meningkatkan keupayaan perkhidmatan wakil penjual luar negara.

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Transportation Contracts