SINGAPURA, 21 Januari 2022 /PRNewswire/ -- GRAVITY GAME HUB (GGH) berkongsi Pra-Pendaftaran Ragnarok Online Ascendance yang kini dibuka secara rasmi untuk Singapura, Malaysia dan Filipina.
Ragnarok Online ialah MMORPG permainan PC ikonik daripada versi klasik yang dilancarkan pada tahun 2002 oleh Gravity Co., Ltd (NASDAQ: GRVY). Ragnarok Online Ascendance mendapat pelancaran baharu menerusi komunitinya yang lebih baik dan ciri-ciri persaingan sengit yang dapat dinikmati oleh pemain veteran dan pemain baharu daripada generasi ini.
Dalam Ragnarok Online Ascendance, pemain boleh meneroka peta, bandar dan mengasyikkan diri mereka dengan but semula dunia fantasi Midgard. Pengembaraan bermula dengan pemain menjadi 'Novice' (Pemain Baharu). Misinya adalah untuk "grinding", buat quest dan bersosial sepanjang perjalanan menuju ke kelas seterusnya bersama rakan-rakan. Mengacah beberapa ciri untuk diperhatikan, versi permainan PC Ragnarok Online Ascendance akan membolehkan pemain di Midgard membuat pilihan daripada pelbagai pekerjaan berkembang yang menarik, tersedia setelah beralih ke Kelas ke-3. Buatlah pilihan daripada Rune Knight, Warlock, Ranger, Mechanic, Guillotine Cross dan Arch Bishop. Pemain juga boleh membuat pilihan lanjutan antara kelas-kelas seperti Royal Guard, Sorcerer, Maestro/Wanderer, Geneticist, Shadow Chaser, atau Sura. Tidak ada yang menghalang pemain RO daripada membawa pengembaraan mereka ke peringkat seterusnya menerusi pilihan kelas yang progresif ini digandingkan dengan binaan dan penyesuaian watak yang tidak berkesudahan dalam Ragnarok Online Ascendance.
Bagi meraikan pelancaran Pra-Pendaftaran Ragnarok Online Ascendance, dengan setiap pencapaian yang dipenuhi, pemain boleh menerima sekumpulan ganjaran dalam-permainan dan mendapat peluang untuk memenangi ganjaran hebat yang bernilai lebih USD$9000. Pasukan GGH telah merancang dengan teliti acara siaran langsung akan datang yang mana pemain boleh berinteraksi dengan pasukan secara langsung. Pemain juga boleh menantikan acara dialog komuniti, kolaborasi dan ciri Penstrim, pertempuran permainan yang menarik, malah perhimpunan serta pelancaran Regional Online.
ACARA FACEBOOK: Treasure Hunt (Pencarian Harta Karun) (Singapura & Malaysia)
Ayuh mulakan pemburuan. Maklumat dalaman menunjukkan bahawa kesan Porings telah dikesan di luar dunia Ragnarok Online. Cabar dan uji penglihatan untuk mencari semua Porings yang tersembunyi. Bersiap sedialah apabila permainan ini membawa pemain dalam pengembaraan yang padat dengan keseronokan secara dalam talian yang pastinya akan diingati. Mulai 19 Januari hingga 13 Februari 2022, pemain boleh mengambil bahagian dalam acara Pencarian Harta Karun dan pemenang akan berpeluang memenangi ganjaran dan hadiah dalam-permainan yang eksklusif bernilai sehingga USD$9000. Pastikan anda menekan butang Suka dan Mengikuti Halaman Facebook Rasmi bagi mendapatkan semua petunjuk
ACARA FACEBOOK: Trivia Fiesta (Pesta Trivia) (Singapura & Malaysia)
Memperkenalkan kepada semua pemain, RO Trivia Fiesta rasmi yang pertama. Tibalah masanya untuk menguji pengetahuan Ragnarok Online. Kuiz RO Trivia pastinya akan menguji pemain-pemain yang paling berpengalaman. Apabila pemain bersedia menyahut cabaran tersebut, mereka boleh menjawab kuiz RO Trivia untuk mengetahuinya. Pemenang akan membawa pulang hadiah bernilai hingga USD$4500 serta ganjaran dalam-permainan yang eksklusif. Maklumat acara RO Trivia Fiesta akan dikeluarkan di Halaman Facebook Rasmi bagi memperoleh berita dan maklumat terkini.
ACARA PRA-PENDAFTARAN: CSR Milestones (Pencapaian CSR) (Singapura & Malaysia)
Gravity Game Hub komited untuk mencipta pengalaman permainan yang tidak dapat dilupakan untuk semua dan membawa impak di dunia. Pandemik ini telah memberi kesan yang dahsyat kepada ramai pihak dan ia percaya dengan kepentingan menyumbang kembali kepada masyarakat. Gravity Game Hub teruja kerana berupaya membantu menyokong komuniti dengan menderma kepada pertubuhan amal. Bagi setiap pencapaian yang dipenuhi, Gravity Game Hub akan menderma sebanyak USD$500, sehingga maksimum USD$10,000. Ayuh kita mainkan peranan bersama-sama dengan mencapai sasaran Pra-Pendaftaran. Pemain boleh memainkan peranan mereka dengan membuat Pra-Pendaftaran hari ini. Butiran lanjut mengenai rancangan CSR Gravity Game Hub akan dikeluarkan di Halaman Facebook Rasmi.
ACARA FACEBOOK: Klik Suka dan Kongsi Pencapaian
Menerusi pelancaran Ragnarok Online Ascendance yang akan datang, pemain dari seluruh wilayah berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai hingga USD$4000, hanya dengan menekan butang Suka dan Berkongsi Halaman Facebook Ragnarok Online GGH rasmi. Lebih banyak tanda suka dan perkongsian, lebih banyak ganjaran yang akan diberikan.
Jangan ketinggalan untuk menyertai Ragnarok Online Ascendance Popular MMORPG nombor 1 melalui Pra-Pendaftaran hari ini.
Latar Belakang Gravity Game Hub
Ditubuhkan pada tahun 2021, Gravity Game Hub (GGH) Pte Ltd ialah penerbit dan pembangun permainan yang memfokuskan kepada permainan dalam talian dan mudah alih. Gravity Game Hub komited untuk menyampaikan pengalaman permainan yang interaktif dan mewujudkan komuniti yang dinamik untuk semua pemain di Asia Tenggara.
Gravity Game Hub ialah subsidiari GRAVITY Co., Ltd. (NasdaqGM: GRVY), pembangun dan penerbit permainan dalam talian dan mudah alih yang beribu pejabat di Korea Selatan. Syarikat ini merupakan pencipta Ragnarok Online yang diiktiraf di seluruh dunia dengan lebih 120 juta pengguna seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Ragnarok Online Ascendance, sila kunjungi laman sesawang yang berikut:
Laman Sesawang Rasmi: https://ro.gnjoy.asia
Facebook ROGGH: https://www.facebook.com/ragnarokggh/
Komuniti ROGGH: https://www.facebook.com/groups/ragnarokonlineggh
YouTube: https://bit.ly/GravityGameHub
Discord: https://discord.io/ragnarokggh
Twitch: https://www.twitch.tv/gravitygamehub