SHENZHEN, China, 25 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Penyedia penyongsang PV dan sistem simpanan tenaga global yang terkemuka Growatt menambah sistem bateri AXE LV kepada portfolio produk tenaga pintarnya, memperluas jangkauan pasaran demi memenuhi keperluan yang semakin meningkat terhadap sistem simpanan bateri litium luar-grid kediaman.
"Sistem bateri AXE LV baharu ini meliputi julat kapasiti luas yang merangkumi daripada 5kWj hingga 400kWj yang dapat menampung keperluan yang dibezakan bermula daripada isi rumah harian kepada senario perniagaan dan industri yang besar," kata Lisa Zhang, Pengarah Pemasaran di Growatt.
Kemodularan sistem bateri AXE LV membuatkannya mudah dipasang dengan pemalam dalaman, tanpa memerlukan sambungan kabel tambahan, manakala dengan semua kabel luaran yang digabungkan pada satu pemalam, sambungannya ke penyongsang adalah jauh lebih dipermudah. Ringkasnya, reka bentuk unik ini dapat mengurangkan kesukaran dan masa pemasangan dengan ketara.
Dari segi keselamatan, ia menikmati perlindungan berbilang peringkat bermula daripada penyongsang dan BMS seperti pemantauan dan pengimbangan keselamatan sel. Sementara itu, sebagai bateri LFP bebas kobalt, ia menonjol atas rintangannya terhadap suhu tinggi, keselamatan dan kestabilan yang kukuh selain prestasi lebih baik iaitu sehingga 5,000 kitaran pengecasan. Ia juga memiliki jangka hayat lebih panjang iaitu selama lebih daripada 10 tahun manakala bateri asid plumbum tradisional hanya dapat bertahan selama 2-3 tahun. Umumnya, ia mempunyai lebih banyak kelebihan dari segi TCO (jumlah kos pemilikan) untuk pelanggan.
Berhubung keserasian pula, sistem bateri AXE LV dapat digunakan dengan kesemua penyongsang siri luar-grid SPF Growatt. Tambahan pula, ia juga berfungsi dengan sempurna bersama penyongsang simpanan siri SPH dan SPA.
Growatt menawarkan perkhidmatan sehenti untuk membawakan pengalaman pelanggan yang lebih baik. Syarikat ini memberi sokongan teknikal semasa pemasangan demi penyiapan yang lebih cepat. Bagi kegunaan harian dan penyelenggaraan, ia memberi jaminan dalam seluruh sistem termasuk sistem bateri dan penyongsang simpanan. Sebarang masalah sistem, sekiranya berlaku, boleh dikesan dengan cepat dan diselesaikan dengan lebih cekap. Di samping itu, Growatt membolehkan pemasang menaik taraf perisian tegar dalam sistem bateri secara jarak jauh yang dapat membantu mengurangkan kos operasi dan penyelenggaraan (O&M) serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan.
Latar Belakang Growatt
Ditubuhkan pada tahun 2010, Growatt ialah peneraju global bagi penyelesaian tenaga pintar. Menurut IHS Markit dan Wood Mackenzie, syarikat ini merupakan pembekal penyongsang kediaman No.1 di dunia dan turut menduduki kedudukan antara 5 pembekal penyongsang komersial terbaik global. Bagi penyongsang hibrid simpanan, Growatt merupakan pembekal yang kedua terbesar di dunia menurut Wood Mackenzie.