omniture

Temu bual eksklusif CGTN bersama ahli perniagaan Cina di Tonga

CGTN
2022-01-25 22:09 125

BEIJING, 25 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Ahi perniagaan Cina Yu Hongtao berada di Tonga. Semasa temu bual beliau bersama CGTN, beliau berkata bahawa habuk terdapat di merata-rata tempat di pulau tersebut. 

"Apa yang saya telah saksikan setakat ini ialah semua orang terlibat dalam operasi menyelamat kecemasan dan bantuan bencana," kata Yu. "Hampir semua orang memakai pelitup muka. Abu gunung berapi terdapat di atas jalan kerana hujan abu berlangsung selama beberapa jam. Kawasan darat diliputi abu, termasuk tumbuh-tumbuhan dan rumah penduduk."

"Sesetengah sukarelawan telah membuang segala halangan di jalan raya, namun belum lagi dibuat di hutan. Orang ramai baru membuang segala halangan di jalan raya," kata beliau.

Berhubung keadaan hidup, termasuk air, kuasa elektrik dan bekalan makanan di Tonga, Yu merasakan keadaan masih belum kembali normal, namun terdapat penambahbaikan di sesetengah kawasan.

Beliau berkata bekalan elektrik telah dipulihkan di banyak kawasan dalam tempoh sehari selepas letusan tersebut memutuskan bekalan elektrik. Selain itu, selepas subuh, pada hari letusan berlaku, semua orang mengisi semula bekalan.

"Saya sendiri menyimpan bekalan air, kemudian makanan dan lebih banyak air," kata beliau.

"Kami mempunyai bekalan yang mencukupi di sini. Sekarang tidak ada sebarang botol air di pasar raya, tetapi bekalan lain masih boleh didapati."

Sayur-sayuran tidak tersedia ketika ini. Yu berkata bahawa rakan-rakan beliau yang bekerja dalam bidang pertanian memberitahu beliau bahawa penduduk di pulau tersebut tidak akan mempunyai sayur-sayuran segar selama lebih daripada sebulan lamanya. Bagi buah-buahan pula, beliau berkata, "Tidak banyak buah-buahan yang ada di pulau ini, sebagai permulaan, hanya sedikit tembikai. Namun begitu, ketika ini tembikai pun sukar didapati."

"Saya tidak rasa kehidupan telah kembali normal," Yu memberitahu CGTN.

Beliau berkata bahawa timbalan perdana menteri telah mengisytiharkan darurat dan warga Tonga menyertai usaha bantuan bencana dan membersihkan abu gunung berapi di atas jalan raya.

"Sekiranya ia tidak dibersihkan, ia akan terbang semula ke udara apabila kenderaan memandu lalu dan ia akan mendarat di atas bumbung," kata beliau.

"Air minuman di Tonga diperoleh terus daripada hujan. Setiap isi rumah mempunyai alat pengumpul air hujan yang dipasang di atas bumbung mereka, maka kami perlu memastikan agar semua abu telah dibersihkan."

https://news.cgtn.com/news/2022-01-21/CGTN-exclusive-interview-with-Chinese-businessman-in-Tonga-16Z8jjeEew8/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Natural Disasters Public Interest