omniture

Kategori Baharu GWM HAVAL DARGO Tembusi Pasaran Global

GWM
2022-01-26 07:44 128

BAODING, China, 26 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Pada bulan Januari, model skala 3/4 GWM, HAVAL DARGO mula dijual di Arab Saudi dan menggamit perhatian seluruh dunia.

HAVAL DARGO Dilancar di Seluruh Dunia
HAVAL DARGO Dilancar di Seluruh Dunia

Daripada pandangan pertama HAVAL DARGO di Pameran Motor Antarabangsa Jeddah, pembeli Arab Saudi, En. Ebrahim tertarik dengan modelnya yang lasak dan membuat tempahan serta-merta selepas pandu uji.

"Model skala 3/4 HAVAL DARGO benar-benar sesuai dengan saya. Ia dapat memenuhi sepenuhnya kehendak saya baik untuk berulang-alik setiap hari mahupun mengembara pada hujung minggu," kata Ebrahim.

Sebenarnya, konsep baharu model skala 3/4 ini dicipta oleh GWM bagi mentakrifkan kategori baharu antara SUV bandar dan SUV luar-jalan. Menurut GWM, skala 1/4 mewakili 'station wagon' untuk mengembara, skala 2/4 bererti SUV bandar manakala skala 4/4 bererti untuk SUV luar-jalan yang digunakan dalam senario luar. Syarikat ini telah mengkaji keperluan pengguna dan mengenal pasti bahawa perlu ada juga model baharu yang dapat menggabungkan SUV tegar dan bandar bagi memenuhi kehendak pengguna yang pelbagai dalam kehidupan harian mereka.

Jenis konsep baharu ini bukan sahaja memberi penampilan yang lasak kepada HAVAL DARGO, tetapi turut menawarkan konfigurasi yang selesa kepada produk ini. Berhubung penampilan pula, HAVAL DARGO direka bentuk dengan badan berbentuk segi empat sama, jeriji saluran masuk udara trapezoid yang besar, bamper bahagian depan yang tebal serta lampu depan berbentuk buat yang vintaj, lalu memberikan orang ramai dengan impak sosial yang amat mantap. Dari segi reka bentuk dalaman, ia mempunyai kabin yang luas, roda stereng pelbagai fungsi, papan pemuka baharu dan skrin konsol terpusat.

Terarah oleh konsep model skala 3/4, HAVAL DARGO akan menjadi alat pengangkutan yang terbaik untuk aktiviti harian dan juga membolehkan pengguna menikmati perjalanan merentas desa. Pelbagai mod pemanduan, seperti "NORMAL", "SUKAN", "LUMPUR", "PASIR" dan "SALJI", diupayakan oleh sistem 4WD pintar dan kunci pembeza pada model ini. Apabila memandu di padang pasir, padang salji dan keadaan jalan yang lain, pemandu boleh menghidupkan kunci pembeza bagi memastikan output kuasa yang stabil serta peningkatan keselamatan SUV, agar mereka tidak akan kehilangan kawalan terhadap kenderaan ekoran permukaan jalan yang licin.

Bagi membuktikan penerimaannya melalui beberapa ujian tempatan luar negara, HAVAL DARGO telah dipratonton oleh media permotoran utama di Australia sebelum pelancaran globalnya yang melaluinya ia mendapat pengiktirafan dan nasihat yang komprehensif. "Kereta ini benar-benar merupakan satu pilihan baharu dalam pasaran SUV sederhana yang begitu sesak dan kereta ini pastinya akan menonjol," ulas CarsAdvice.

Model skala 3/4 ini digemari oleh pengguna selepas pelancarannya di China pada tahun 2020. Ia telah menggamit perhatian ramai pengguna muda kerana keselesaannya dan keupayaan luar-jalan yang hebat, lalu menjana jualan kumulatif sebanyak lebih 100,000 unit pada tahun 2021.

Tahun ini, menurut syarikat ini, HAVAL DARGO akan berada dalam pasaran Rusia, Iraq, Chile dan Ukraine bagi membolehkan lebih ramai pengguna mendapat peluang untuk merasai pesona model skala 3/4 ini.

 

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Corporate Expansion