omniture

Inteluck, Platform Logistik pacuan Teknologi di Asia Tenggara, Umum Pendanaan Siri B $15 Juta

Inteluck
2022-01-26 10:00 428

SINGAPURA dan MANILA, Filipina dan BANGKOK, 26 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Inteluck, platform logistik pacuan teknologi Asia Tenggara, hari ini berkata bahawa ia telah mengumpul sebanyak US$15 juta dalam pusingan pengumpulan dana Siri B. Creo Capital, sebuah firma pelaburan yang berpangkalan di Hong Kong di bawah New World Group, menerajui pelaburan ini. East Ventures dan Headline Asia merupakan antara pelabur-pelabur dalam pusingan ini. Favour Capital, bank pelaburan butik TMT yang memberi tumpuan ke atas China dan Asia Tenggara, bertindak sebagai penasihat kewangan yang eksklusif untuk pusingan ini.

 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Inteluck Kevin Zhang
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Inteluck Kevin Zhang

Inteluck menyediakan penyelesaian platform logistik pacuan teknologi unggul yang dapat membantu pelanggan dan rakan pembekal mengenal pasti dan menjana nilai di kedua-dua hujung dengan memaksimumkan kecekapan logistik menggunakan teknologi, data dan analitik. Inteluck menyokong pelbagai perkhidmatan platform logistik, termasuk pengangkutan FTL (muatan trak penuh), pengurusan gudang, penghantaran barang serta perkhidmatan rantaian bekalan dipesan terlebih dahulu yang lain, hasil daripada penyelesaiannya. Inteluck, yang ditubuhkan pada tahun 2014, kini menawarkan perkhidmatan kepada lebih 250 syarikat terkenal dalam industri-industri seperti telekomunikasi, FMCG, pembuatan, e-dagang, ekspres dan lain-lain. Inteluck dapat mengintegrasikan dan mengoptimumkan sumber berdasarkan kepada pemerkasaan teknologi serta rangkaian rakan pembekal yang luas di Asia Tenggara sepanjang dekad yang lalu, menurunkan kos logistik dan meningkatkan kecekapan operasi. Ia menangani terutamanya isu-isu seperti kos logistik yang berlebihan, perkhidmatan yang kurang baik serta kekurangan sokongan teknologi untuk perniagaan. Dalam masa yang sama, ia membantu lebih 5,000 rakan pembekal mengurangkan tekanan aliran tunai dengan meningkatkan bekalan pesanan yang diterima oleh mereka.

Inteluck terus mengukuhkan penembusan ke pasaran 3PLnya yang bernilai $300 bilion, dipimpin oleh Kevin Zhang, selaku pengasas yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang logistik, rantaian bekalan, teknologi serta perniagaan rentas sempadan yang lain dan juga pasukan teras dengan pengalaman fungsian yang sangat baik daripada pelbagai syarikat antarabangsa.

"Biarpun hakikatnya kebanyakan perniagaan dilanda wabak dan perekrutan pengguna baharu adalah semakin sukar, Inteluck telah berupaya untuk meningkatkan hasil sebanyak 512 peratus sepanjang tiga tahun yang lalu. Ini ialah hasil daripada usaha tanpa henti oleh pasukan kami untuk menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan yang berkualiti tinggi sepanjang waktu, siang dan malam. Kami juga meningkatkan nilai baik untuk pelanggan mahupun vendor menggunakan penyusunan semula pesanan, pengoptimuman penghantaran, penentuan harga yang dinamik serta teknologi yang lain," kata Kevin Zhang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Inteluck.

Beribu pejabat di Singapura, Inteluck telah berkembang ke Filipina, Thailand dan negara-negara lain. Tatkala ia meluaskan jejaknya di seluruh Asia Tenggara, syarikat ini menjangkakan pertumbuhan yang hebat dalam beberapa tahun akan datang.

"Tatkala dunia bergelut dengan ketidaktentuan rantaian bekalan yang tidak dijangkakan serta permintaan pelanggan yang berubah dengan pantas, platform berpandukan data yang mantap dan rangkaian luas Inteluck menyediakan pembekal dan perusahaan dengan cara yang menjimatkan kos untuk mengoptimumkan operasi serta mengurangkan ketidakcekapan. Pasukan pengurusan yang mantap dan produk kukuh Inteluck benar-benar selari dengan strategi Creo untuk melabur dalam syarikat-syarikat transformatif yang diterajui oleh para usahawan perintis. Kami percaya Inteluck berpotensi untuk menjadi penyedia penyelesaian logistik yang terkemuka di Asia Tenggara pada masa akan datang," kata Christopher Cheng, Rakan Pengurusan Creo Capital.

"Kami amat gembira untuk menyokong Inteluck dan menjadi sebahagian daripada pasukan Kevin bagi mengatasi masalah utama logistik. Platform berpandukan teknologi dan data Inteluck dapat membantu baik syarikat-syarikat logistik mahupun pengirim mengoptimumkan seluruh rantaian bekalan dengan lebih cekap dan telus. Kami tidak sabar-sabar menantikan pencapaian Inteluck yang seterusnya," kata Willson Cuaca, Pengasas Bersama dan Rakan Pengurusan East Ventures.

"Kami telah mengikuti Kevin dari hari-hari awal Inteluck, pasukan Kevin telah berkembang maju walaupun dengan cabaran Covid dan kini bersedia untuk menjadi syarikat teknologi logistik B2B utama yang mencakupi seluruh Asia Tenggara. Kami teruja untuk menyertai pusingan baharu ini yang akan mempercepatkan lagi pengembangan ini," kata Akio Tanaka, Rakan Kongsi Headline Asia.

"Ini merupakan penghormatan yang besar buat kami untuk bekerjasama dengan Inteluck bagi pusingan pengumpulan dana ini. Kami benar-benar percaya bahawa Inteluck dapat terus memanfaatkan kelebihan data dan teknologi mereka yang kukuh bagi membantu syarikat-syarikat pengirim dan pengangkutan trak mengharungi kerumitan yang sentiasa berubah-ubah dan menyumbang kepada pengukuhan infrastruktur untuk sektor logistik di Asia Tenggara," kata Eric Fang, Rakan Pengasas Favour Capital.

Latar Belakang Inteluck Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.inteluck.com/

Source: Inteluck
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Transportation