omniture

Jenama Penjagaan Mulut Asia Terkenal "usmile" Perkenal Berus Gigi Berkuasa Utamanya Secara Global

Stars Pulse Corporation
2022-01-26 18:31 158

GUANGZHOU, China, 26 Januari 2022 /PRNewswire/ -- usmile (subjenama dalam syarikat Stars Pulse), jenama penjagaan mulut menyeluruh berpangkalan di Asia yang didorong oleh misi untuk mengupayakan keadaan mulut yang lebih sihat buat semua, hari ini memperkenalkan produk cemerlangnya, Y1S, berus gigi sonik yang dibangunkan secara bersama oleh lebih 1,000,000 pengguna kepada dunia, Setakat ini, produk sensasi ini melindungi lebih 5,200,000 senyuman, mencecah hasil sebanyak 300,000,000 USD di Asia.

Tonton video untuk mengetahui lebih lanjut.

Bagi membawakan pengalaman memberus yang asli namun optimum dengan Y1S, usmile menubuhkan sebuah pasukan silang fungsi yang terdiri daripada ahli-ahli profesional pergigian, para jurutera dan pakar-pakar terkemuka yang lain bagi membawa kemungkinan baharu kepada industri lama ini.

Berus Gigi Diperbuat untuk Anda, Daripada Anda

"Pada mulanya, terdapat banyak masalah yang tidak dijangkakan: pemegang yang tidak cukup mesra cengkaman, teknologi kalis air memerlukan penaiktarafan dan kebolehbersihan yang dapat ditingkatkan, berserta masalah-masalah lain," kata Jake Keeter, Ketua Pengurus Produk usmile. "Maka, kami melaksanakan strategi DTC yang melibatkan pengguna dalam proses pembuatan."

"Selepas kemunculan sulungnya di Asia, kami mengumpul lebih daripada 300 nasihat daripada 1,000,000 pengguna awal dan memperhalusi produk sewajarnya," ulas Keeter. "Selepas 11 lelaran dalam tempoh dua tahun, Y1S ketika ini menjadi pilihan lebih 5,000,000 orang."

Berus Gigi Yang Memahami

Dengan 13 anugerah reka bentuk antarabangsa yang dimenangi, termasuk German Red Dot Design Award, Y1S meraih kedudukannya dalam industri lama ini dengan reka bentuk bergaya yang direkayasa demi penyelesaian penjagaan mulut yang lebih baik. Sebelum ini, kebanyakan berus gigi elektrik mempunyai persamaan dengan industri perubatan, lalu menimbulkan ketidakselesaan akibat kerosakan gigi.

Justeru itu, diinspirasikan oleh tiang Roman, Y1S mengintegrasikan nilai estetika dengan teknologi, memberi kejutan kepada pengguna dengan pengalaman memberus gigi yang bergaya namun premium. Pemegangnya mengandungi 14 bebenang nisbah emas, menampilkan bukan sahaja artistik klasik, tetapi juga mekanik ergonomik bagi memastikan cengkaman yang selesa dan stabil. Di samping itu, reka bentuk ini menjamin keseimbangan, membolehkannya berdiri dengan stabil atau berbaring di bahagian atas kaunter semasa rutin penjagaan mulut. Di samping itu, bahan PA/ASA tahan kulat yang dibangunkan sendiri meningkatkan ketahanannya terhadap kelembapan di samping menghalang kulapuk.

Kebolehbersih yang utama dalam industri dan Hayat Bateri Ultra Panjang Sehingga 180 Hari

Satu faktor asas dalam memilih berus gigi boleh cas semula ialah ciri kebolehbersih. Dikuasakan oleh motor apungan magnetik berfrekuensi tinggi yang dibangunkan sendiri, dengan kelajuan sehingga 38,000 rpm, Y1S dapat menghapuskan lebih banyak plak dan gingivitis, berbanding dengan berus gigi manual.

Dengan keseimbangan getaran amat berkesan yang mengubah industri dan motor yang menjimatkan tenaga, Y1S yang dicas sepenuhnya boleh bertahan sehingga 180 hari dengan kekerapan penggunaan 2 minit/kali dan 2 kali/hari, mengatasi produk pesaing dengan 14-30 hari hayat bateri secara purata.

Ciri-ciri lain termasuk:

  • Pemasa 2-minit
  • Input Type-c mesra perjalanan
  • Filamen DuPont yang lembut
  • 3 mod pembersihan: Bersih/Putih/Lembut

usmile mengatasi idea bahawa berus gigi elektrik hanyalah satu alat atau hiasan; ia merupakan gabungan antara berseronok dengan suasana peribadi di samping menyelesaikan masalah yang paling menyusahkan. "Pelancaran Y1S di seluruh dunia merupakan langkah pertama kami ke arah globalisasi. Kami akan terus meningkatkan kesihatan mulut buat semua," kata Ramble Chan, Naib Presiden Stars Pulse, syarikat induk usmile.

Dapatkan Y1S daripada usmile shop, Amazon dan Shopee untuk gigi dan gusi yang lebih sihat.

Latar Belakang usmile

Sebahagian daripada syarikat Stars Pulse, usmile menawarkan barisan produk penjagaan mulut komprehensif untuk memperbaharui pengalaman penjagaan gigi. Menerusi komitmen yang berdedikasi untuk memberikan kebersihan terbaik melalui penyelesaian penjagaan mulut saintifik, usmile mencerahkan lebih 22 juta senyuman setiap tahun.

Latar Belakang Stars Pulse

Ditubuhkan pada tahun 2015, Stars Pulse memberi tumpuan untuk menggabungkan antara kemajuan teknologi dan reka bentuk inovatif bagi menyampaikan penyelesaian rawatan kesihatan yang bersepadu kepada pelanggannya. Menerusi portfolio jenama-jenama, termasuk usmile® dan Kitty Annie®, komuniti Stars Pulse berusaha untuk menjadi peneraju global dalam teknologi rawatan kesihatan dan kecantikan.

 

Source: Stars Pulse Corporation
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Broadcast feed announcements New products/services