omniture

iMediSync Berjaya Lancar Masa Depan Tele-Jagaan Perubatan di CES 2022

Peranti Pengimbasan & Pemetaan Gelombang Otak Tanpa Wayar Inovatif Tarik Perhatian Media dan Orang Ramai daripada kalangan Pengunjung Seluruh Dunia
iMediSync
2022-01-27 08:00 121

SEOUL, Korea Selatan, 27 Januari 2022 /PRNewswire/ -- iMediSync, sebuah syarikat pemula bioteknologi dari Seoul, Korea Selatan, berjaya membuat kemunculan sulungnya di CES 2022 bagi memperkenalkan trend baharu rawatan kesihatan digital di bawah moto mereka – Tangani Pandemik Mental hanya dalam 10 Min (Overcome Mental Pandemic in just 10 Min).

Attendees waiting in the line to experience the iSyncWave at CES 2022
Attendees waiting in the line to experience the iSyncWave at CES 2022

Di acara tersebut, syarikat ini mempersembahkan iSyncWave, helmet EEG kering yang menyediakan pengukuran EEG, HRV yang dilengkapi dengan Norm DB sepadan dengan umur/jantina yang pertama di dunia dibina dengan lebih 1,800 gelombang otak yang sihat bagi menyediakan laporan analisis perbandingan kepada subjek.

Ciri-ciri utama iSyncWave adalah seperti berikut:

  • Sembilan belas elektrod saluran dengan gear yang memberikan pelarasan automatik ke sistem 10/20
  • Laporan analisis & penilaian EEG dan HRV yang sepadan dengan umur/jantina dalam 10 minit
  • PBM - Terapi LED Inframerah Dekat

Semasa berlangsungnya CES 2022, syarikat ini menarik perhatian media dan pengunjung dari seluruh dunia. Setiap hari, lebih daripada tiga ratus pengunjung melawat reruainya termasuk audiens seperti doktor, klinisian, usahawan, Penggiat YouTube (YouTuber), individu berpengaruh serta pihak yang berminat.

Pada hari pertama CES, hampir seribu pengujung berpeluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pengukuran gelombang otak waktu sebenar mereka dan untuk mempelajari lebih lanjut mengenai otak dan QEEG.

Satu permulaan yang menggalakkan untuk iMediSync meneruskan momentumnya dengan minat daripada semua kelompok audiens termasuk lawatan VIP CTA.

Ketua Pegawai Eksekutif Dr. Seung Wan Kang mengulas, "Tujuan pameran ini adalah untuk memperkenalkan teknologi dan matlamat kami bahawa kami akan memberikan pengalaman rawatan kesihatan mental yang mengubah kehidupan dalam bidang biopenanda penyakit neuro-mental dengan teknologi EEG/HRV paten kami, kami berusaha untuk menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan mental individu yang dioptimumkan dalam era pasca-Covid-19."

Selain daripada inovasi dan teknologi iMediSync, reruai berkenaan mendapat pelbagai kunjungan daripada kakitangan penting untuk membincangkan mengenai kolaborasi dalam bidang rawatan kesihatan digital serta untuk berkembang ke pasaran sains otak dan neurologi global.

iMediSync, menjangkakan IPO pada tahun ini telah menjalin kerjasama yang erat bersama pelbagai kemudahan penyelidikan dan pertubuhan perubatan di seluruh dunia meneruskan perbincangan bersama syarikat-syarikat farmaseutikal utama untuk menjalin kerjasama.

Menerusi kelulusan FDA Korea untuk produk dan perisian mereka, iMediSync menjangkakan kelulusan FDA dan CE dalam separuh pertama tahun 2022 bagi meluaskan lagi biopenanda mereka serta membangunkan produk tahap seterusnya bagi mengisytiharkan syarikat mereka sebagai peneraju trend dalam bidang ini.

Attendee experiencing the new iSyncWave at the iMediSync booth
Attendee experiencing the new iSyncWave at the iMediSync booth

 

Source: iMediSync
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Trade show news