omniture

Prapendaftaran MMORPG berkuasa Rantaian Blok Dark Eden M on WEMIX Berlangsung di Google Play Store

Jadilah sebahagian daripada gelombang pemain perintis untuk menikmati corak permainan yang hebat dengan teknologi baharu
Wemade Connect
2022-01-27 12:45 96

SEOUL, Korea Selatan, 27 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Projek terkini pembangun dan penerbit permainan Korea Selatan Wemade Connect, MMORPG mudah alih Dark Eden M on WEMIX, telah memulakan pra-pendaftaran di Google Play Store.

Prapendaftaran MMORPG berkuasa rantaian blok Dark Eden M on WEMIX Berlangsung di Google Play Store
Prapendaftaran MMORPG berkuasa rantaian blok Dark Eden M on WEMIX Berlangsung di Google Play Store

Menampilkan corak permainan sejagat lawan sejagat (RvR) berdasarkan kepada peperangan suku antara Slayer (Pembunuh) dan Vampire (Puntianak) dalam Dark Eden M yang terlaris, terbitan turunan baharu ini menggunakan teknologi rantaian blok melalui rantaian blok global WEMIX untuk memberi ganjaran kepada pemain dengan Pingat Kedudukan dan ganjaran eksklusif untuk permainan asas.

"Dark Eden M on WEMIX' ialah permainan yang dapat menyediakan pengguna dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan menyeronokkan. Menyediakan misi yang mudah dan jelas, kami berharap ia dapat memaksimumkan pengalaman pengguna dengan kitaran berbudi antara persaingan dan pampasan," kata Hodae Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Wemade Connect.

Pemain yang berminat boleh mendaftar minat mereka melalui Google Play Store di semua wilayah kecuali Korea, Jepun dan China. Pengguna awal juga akan menerima ganjaran berikut yang boleh diperdagangkan:

  • Pingat Kedudukan
  • Tiket Percubaan Transformasi Langka (1 Hari)
  • Tiket Percubaan Haiwan Peliharaan Langka (1 Hari)
  • Pek Perjalanan Novis
  • Kapsul Penaiktarafan Tunggangan (30)
  • Skrol Transformasi (6)
  • Skrol Panggilan Haiwan Peliharaan (6)

Wemade Connect juga akan memberi ganjaran kepada pemain yang berminat dengan insentif selanjutnya tatkala komuniti ini berkembang di saluran media sosial.

Pengguna awal boleh mengharapkan untuk menikmati corak permainan terbukti sambil mengalami revolusi rantaian blok global apabila Dark Eden M on WEMIX dilancarkan di seluruh dunia dalam suku pertama tahun 2022.

Laman Sesawang: https://bit.ly/3Iwfbe1
Acara AirDrop: https://bit.ly/3AsyOkc 

Latar Belakang Wemade Connect

Wemade Connect ialah syarikat permainan global yang mengkhusus dalam pembangunan serta penerbitan permainan dan juga MCP (Penyedia Kandungan Utama) yang menyediakan kandungan utama kepada platform rantaian blok WEMIX. Permainan penting syarikat ini yang mendapat populariti yang cukup meluas dalam pasaran global termasuk 'Everytown', 'Tap Tap Fish - Abyssrium' dan 'My Secret Bistro'. Ketika ini, syarikat ini memfokuskan kepada penyepaduan rantaian blok pada permainan pentingnya serta menemui permainan berasaskan rantaian blok baharu.

Hubungan Media

Sangheon Park
pr@wemadeconnect.com

Source: Wemade Connect
Related Stocks:
Korea:112040
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment New products/services Blockchain