omniture

Inisiatif Kelestarian XJTLU Menang Anugerah Antarabangsa

Xi'an Jiaotong-Liverpool University
2022-01-27 14:23 139

SUZHOU, China, 27 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Pada 21 Januari, International Business School Suzhou (IBSS) Xi'an Jiaotong-Liverpool University memenangi tempat teratas dalam pertandingan inisiatif kelestarian antarabangsa yang dinilai oleh Ketua-ketua Pegawai Eksekutif serta pemimpin-pemimpin lain daripada institusi-institusi utama di serata dunia.

Pelajar-pelajar di International Business School Suzhou (IBSS) Xi'an Jiaotong-Liverpool University belajar cara menanam tumbuhan makanan.
Pelajar-pelajar di International Business School Suzhou (IBSS) Xi'an Jiaotong-Liverpool University belajar cara menanam tumbuhan makanan.

Hakim-hakim daripada syarikat-syarikat termasuk IKEA, Google dan Rolls Royce serta pertubuhan pemuliharaan WWF menganggap inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan kelestarian XJTLU merupakan yang terbaik berbanding sekolah-sekolah perniagaan yang disenarai pendek yang lain. XJTLU merupakan satu-satunya universiti dari China yang telah disenarai pendek bagi kategori anugerah inisiatif kelestarian. Association of MBAs and Business Graduates Association (AMBA & BGA) menyampaikan pingat emas kepada XJTLU di upacara penyampaian anugerah tahunan mereka.

Inisiatif 15 Ways in 15 Weeks IBSS yang memenangi anugerah menggalakkan individu untuk mengambil tindakan-mikro bagi mengurangkan jejak karbon mereka yang kemudiannya menyumbang kepada perubahan-makro yang dapat membantu melindungi alam sekitar.

Aktiviti-aktiviti sepanjang 15 minggu yang bermula pada Mac 2021 termasuk hidangan makanan tanpa daging, menanam tumbuhan makanan di balkoni asrama, pelajaran mengait bagi menggalakkan "fesyen perlahan" dan bukannya "fesyen pantas", menggunakan tangga berbanding lif dan ceramah mengenai pelaburan beretika.

Kesan yang berkekalan 

Lebih daripada 4,000 pensyarah, pelajar dan kakitangan bangunan IBSS menerima pakai pertukaran gaya hidup ini bagi membantu mengurangkan jejak karbon peserta dan bangunan serta meningkatkan kesejahteraan peserta. Pihak penganjur merancang agar inisiatif berkenaan dapat memberi kesan yang berkekalan, kata Dr Ellen Touchstone, Dekan Bersekutu untuk Pendidikan Perniagaan Bertanggungjawab dan Mampan di IBSS.

"15 Ways in 15 Weeks menyedari bahawa perubahan gaya hidup lebih cenderung untuk kekal sekiranya ia menyeronokkan dan bukannya berasa seperti kerja harian," kata beliau.

Para pelajar yang mengambil bahagian melaporkan bahawa mereka mengekalkan pertukaran gaya hidup mereka.

Haina Sang, mahasiswa Tahun Tiga Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Kewangan yang membantu menganjurkan program ini, menjangkakan bahawa peningkatan perkongsian kereta dalam kalangan pelajar telah dapat menjimatkan lebih daripada satu tan gas karbon dioksida sejak April lalu.

Inisiatif CSR dan Kelestarian Terbaik merupakan salah satu daripada sembilan anugerah yang disampaikan di Anugerah Kecemerlangan AMBA & BGA pada tahun ini kepada sekolah-sekolah perniagaan dan para pelajar yang menunjukkan kesan positif ke atas perniagaan, pendidikan dan masyarakat.

AMBA ialah lembaga yang saksama untuk pendidikan pengurusan lepasan ijazah. BGA ialah badan keahlian dan akreditasi antarabangsa untuk sekolah-sekolah perniagaan yang terkemuka di dunia dan berpotensi tinggi.

Source: Xi'an Jiaotong-Liverpool University
Keywords: Education Higher Education Awards Corporate Social Responsibility