omniture

PR Newswire Mulakan Tahun 2022 dengan Rangkaian Pengedaran Berita Lebih Mantap

Melalui lebih daripada 69,000 siaran akhbar diedarkan di APAC pada tahun 2021, PR Newswire berkongsi trend siaran akhbar yang akan membentuk tahun baharu ini.
PR NEWSWIRE
2022-01-27 17:01 48
  • 248 rakan kongsi kandungan ditambah pada tahun 2021, menjadikan jumlah keseluruhan kepada lebih 1,700
  • 5,650 wartawan dan individu berpengaruh tambahan melanggan untuk menerima siaran berita, meningkatkan jumlahnya kepada 85,300 sepanjang tahun lalu
  • Lebih daripada 69,300 siaran akhbar diedarkan pada tahun 2021, 36% lebih banyak berbanding tahun 2020   
  • Siaran akhbar menerima 3.9 juta petikan media, 510 juta tontonan dan 23 juta tontonan video

HONG KONG, 27 Januari 2022 /PRNewswire/ -- PR Newswire, penyedia global yang terkemuka bagi pengedaran berita serta perisian dan perkhidmatan media reputasi wajar, menyaksikan pemulihan yang ketara dalam perniagannya pada tahun 2021, seraya memperlihatkan pertumbuhan yang mantap dalam pelbagai industri, bermula daripada makanan dan minuman hingga logistik.

Tahun lalu, lebih daripada than 69,000 siaran akhbar diedarkan di rantau APAC – satu peningkatan 36 peratus daripada tahun 2020. "Sepanjang tahun lalu, kami berasa gembira dapat melihat aktiviti perniagaan kami dalam pasaran-pasaran utama APAC meningkat melebihi paras pra-pandemik," kata Lynn Liu, Ketua Perkhidmatan Pembangunan Audiens dan Pengedaran di PR Newswire, APAC. "PR Newswire juga melanjutkan pengembangan rangkaian pengedaran beritanya dalam pasaran-pasaran penting dengan mengukuhkan perkongsiannya dengan outlet media di seluruh rantau ini."

Sorotan Pengedaran dan Rangkaian APAC PR Newswire
Sorotan Pengedaran dan Rangkaian APAC PR Newswire

Mengukuhkan Perkongsian bersama Outlet Media di APAC

Pada tahun 2021, seramai 5,650 wartawan dan individu berpengaruh di APAC mendaftar untuk menerima siaran akhbar daripada PR Newswire yang berperanan sebagai sumber maklumat utama untuk pelaporan berita. Ia merupakan sebahagian daripada pangkalan data PR Newswire yang luas mencakupi lebih daripada 85,000 wartawan dan individu berpengaruh daripada 35,000 outlet media.

Syarikat ini turut memperluaskan kolaborasinya menerusi penambahan 248 agensi berita dan outlet media utama menjadikan jumlah keseluruhan mencecah lebih 1,700 di rantau ini.

Gambaran Keseluruhan Rangkaian APAC PR Newswire
Gambaran Keseluruhan Rangkaian APAC PR Newswire

Sorotan Utama mengenai Perkongsian Kandungan PR Newswire di APAC 

  1. Di seluruh Asia Tenggara, 64 perkongsian terjalin termasuk portal berita seperti Singapore News Live, Energy Asia dan Wego Travel Blog, yang mendapat hampir satu juta pelawat. Di Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam dan pasaran-pasaran Asia Tenggara yang lain, PR Newswire memperluaskan rangkaian rakan kongsi media bahasa Inggeris dan bahasa setempatnya kepada 540 ahli, termasuk portal berita seperti AsiaOne and Yahoo! Finance.
  2. Di Hong Kong dan Taiwan, PR Newswire membawa 18 rakan kongsi baharu untuk turut serta, termasuk The Taiwan Times, salah satu portal berita bahasa Inggeris yang paling berpengaruh di Taiwan dan ETtoday, portal berita yang paling banyak dilawati di pulau tersebut yang mencapai 88 peratus pengguna internet tempatan. PR Newswire telah bekerjasama dengan 180 rakan kongsi dalam dua pasaran ini setakat ini. Rakan-rakan kongsi yang terkenal termasuk Yahoo! Taiwan, sina.com.tw, HiNet, PCHome, Yam, ET Net, investor.com.tw, Morningstar Asia, China Financial Services Holdings Limited dan pejabat Hong Kong Societe Generale.
  3. Di Korea Selatan, PR Newswire menjalin perkongsian baharu dengan 9 outlet media tempatan termasuk The Korea Herald, akhbar berbahasa Inggeris yang paling komprehensif di negara tersebut yang ditubuhkan pada tahun 1953 dan The Herald Business, akhbar harian perniagaan dan kewangan yang terkemuka di negara berkenaan. PR Newswire turut memperluaskan rangkaian rakan kongsi media tempatannya kepada 70 ahli dan kini mengedarkan siaran berita kepada beberapa outlet media dan portal berita arus perdana tempatan, termasuk Yonhap, agensi berita yang terkemuka di Korea Selatan, Naver, enjin gelintar serta portal berita yang terkemuka di negara tersebut dengan bahagian pasaran mencecah lebih daripada 90 peratus selain Daum, salah satu portal web yang paling popular di negara berkenaan dan juga The Korea Economic Daily, akhbar perniagaan yang utama.
  1. Di tanah besar China, PR Newswire menambah jumlah rakan kongsi kandungannya sebanyak 124 sekali gus mempererat kolaborasi dengan outlet media tempatan yang mengkhusus dalam berita perniagaan, teknologi dan rawatan kesihatan selain kemas kini daripada syarikat-syarikat awam. Rakan-rakan kongsi baharu termasuk China Trade News, Gelonghui, ZOL dan Qianzhan Business Information. Sehingga kini, PR Newswire telah membina rangkaian rakan kongsi sebanyak lebih 980 ahli di tanah besar China termasuk outlet media ditadbir negara yang utama serta penerbit perdagangan seperti China Daily, National Business DailyScience and Technology DailyChina Business Network, TMTPost, China.org.cn dan Huanqiu.com. 

Gambaran Keseluruhan Rangkaian APAC PR Newswire
Gambaran Keseluruhan Rangkaian APAC PR Newswire

Menghubungkan Perniagaan dengan Media 

Profesional Perhubungan Awam & Komunikasi melawat studio berita Television Broadcasts Limited (TVB) Hong Kong sebagai sebahagian daripada lawatan media PR Newswire pada bulan Disember 2021.
Profesional Perhubungan Awam & Komunikasi melawat studio berita Television Broadcasts Limited (TVB) Hong Kong sebagai sebahagian daripada lawatan media PR Newswire pada bulan Disember 2021.

Pada tahun 2021, PR Newswire mengadakan dua belas acara dalam talian dan secara bersemuka selain lawatan media di Beijing, Bandar Raya Ho Chi Minh, Hong Kong, Shanghai, Singapura, Sydney dan Taipei. Wartawan kanan dan ketua sidang pengarang dijemput untuk mengambil bahagian dalam acara-acara berkenaan yang melaluinya mereka dapat bertemu golongan profesional komunikasi korporat dan membincangkan cara untuk memudahkan komunikasi yang lebih baik antara perniagaan dan media. PR Newswire turut melancarkan siri APAC Media Landscape yang merangkumi trend serta pembangunan dalam 9 pasaran di seluruh rantau ini.

Trend Siaran Akhbar Tahun 2021

Gambaran Keseluruhan Pengedaran APAC PR Newswire
Gambaran Keseluruhan Pengedaran APAC PR Newswire

Pada tahun 2021, PR Newswire mengedarkan hampir 70,000 siaran berita di APAC, meliputi pencapaian perniagaan dan kejayaan penting ribuan syarikat dan organisasi di seluruh dunia. Ia termasuk Facebook, Huawei, Microsoft, Amazon, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Jawatankuasa Penganjur Ekspo Import Antarabangsa China (China International Import Expo, CIIE), China Global Television Network (CGTN) serta beberapa agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Melalui siaran akhbar yang diedarkan, beberapa trend industri yang perlu diberi perhatian pada tahun 2021 ialah:

  • Pada tahun 2021, lebih daripada 1,900 siaran akhbar menyentuh mengenai keneutralan karbon serta alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), seraya menunjukkan bahawa perniagaan meletakkan kepentingan yang lebih tinggi kepada tanggungjawab sosial korporat.
  • Lebih daripada 5,200 siaran akhbar berkaitan dengan Kecerdasan Buatan (AI), satu peningkatan 35 peratus daripada tahun 2020. Aplikasi AI dalam pelbagai sektor juga merupakan topik yang popular.
  • Sejak Jun 2021, 180 syarikat telah menyebut "metaverse" dalam siaran akhbar mereka yang diedarkan di rantau APAC. Syarikat-syarikat ini termasuk Baidu, Huawei, Samsung dan Amazon.
  • Sektor-sektor makanan dan minuman, perlombongan/logam, logistik/pengangkutan produk dan perkhidmatan alam sekitar menunjukkan purata lebih 50 peratus peningkatan dalam jumlah siaran akhbar yang diedarkan. Sektor makanan dan minuman terutamanya mencatatkan pertumbuhan yang tertinggi iaitu 80 peratus.
  • 880 siaran akhbar mengumumkan penggabungan dan pemerolehan diedarkan pada tahun 2021 - peningkatan sebanyak 60 peratus berbanding tahun sebelumnya; jumlah siaran akhbar mengenai pelaburan dan kewangan melonjak sebanyak 70 peratus.
  • Hampir 9,000 siaran akhbar yang menampilkan produk dan perkhidmatan baharu diedarkan, yang mana pelancaran produk dalam sektor-sektor komputer/elektronik membentuk separuh daripada jumlah berkenaan.
  • Dengan pemulihan secara beransur-ansur dalam industri acara di APAC, siaran akhbar mengenai pameran dan acara secara bersemuka menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya sebanyak lebih 40 peratus. Paling ketara, jumlah siaran akhbar yang berkaitan dengan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE), Pameran untuk Perdagangan dalam Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS), Pameran Elektronik Pengguna (CES) serta pameran-pameran antarabangsa yang lain meningkat hampir dua kali ganda di setiap acara berbanding pada tahun 2020.
  • Jumlah siaran berita mengenai ujian percubaan klinikal dan kajian perubatan meningkat sebanyak 60 peratus dengan peningkatan dijangka berterusan pada tahun ini.
  • Didorong oleh pemulihan secara beransur-ansur dalam sektor pelancongan, jumlah siaran akhbar mengenai pengembangan korporat dalam sektor berkenaan meningkat lebih dua kali ganda. Ketahanan para penggiat industri untuk mencapai pemulihan lengkap jelas kelihatan.

Gambaran Keseluruhan Rangkaian APAC PR Newswire
Gambaran Keseluruhan Rangkaian APAC PR Newswire

"Walaupun dengan cabaran global yang dijangkakan yang disebabkan oleh COVID-19 pada tahun 2022, kami benar-benar percaya bahawa syarikat-syarikat yang telah terselamat daripada pandemik ini berkedudukan baik untuk menjadi lebih berdaya tahan dan memanfaatkan peluang baharu yang dibawa oleh keadaan pasaran yang berubah-ubah," tambah En. Liu. "PR Newswire berharap dapat bekerjasama dengan perniagaan dan outlet media di rantau APAC pada tahun ini bagi mengatasi cabaran masa depan dalam pasaran ini bersama-sama."

Untuk maklumat lanjut mengenai perkongsian kandungan PR Newswire, kunjungi di sini. Sekiranya anda seorang wartawan yang ingin menerima siaran akhbar daripada PR Newswire, daftar di sini.

 

 

Source: PR NEWSWIRE
Keywords: Advertising Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service