BEIJING, 27 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Presiden Cina Xi Jinping menghantar surat ucapan tahniah kepada Forum China Media Group (CMG) pertama yang dibuka di Beijing pada malam Rabu.
Dalam surat ucapan tahniah berkenaan, Xi berkata bahawa Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 akan dibuka tidak lama lagi dan China akan membawakan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang ringkas, selamat dan hebat kepada dunia.
Memandangkan tema forum ini ialah "Bersama-sama demi Sukan Olimpik Musim Sejuk Berteknologi-tinggi", Xi menyuarakan harapan agar peserta-peserta dalam forum tersebut akan mengumpul pengetahuan melalui perbincangan dan berkongsi pandangan melalui pertukaran agar dapat membantu memaparkan keindahan unik sukan musim sejuk dengan lebih hebat, meneruskan semangat Olimpik dan bergabung tenaga untuk mendorong kemajuan sukan Olimpik musim sejuk ini.
Pautan: https://youtu.be/-nqyu3fSm7g