omniture

CGTN: 30 tahun berlalu, China membina komuniti lebih erat dengan masa depan dikongsi bersama dengan negara-negara Asia Tengah

CGTN
2022-01-27 18:45 123

BEIJING, 27 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Tahun ini menandakan ulang tahun ke-30 pemeteraian hubungan diplomatik antara China dan lima negara Asia Tengah iaitu Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan.

Pemimpin-pemimpin enam negara ini mengadakan sidang kemuncak maya bagi memperingati ulang tahun ke-30 pada hari Selasa, menetapkan haluan selanjutnya demi hubungan China-Asia Tengah yang lebih mendalam.

Presiden Cina Xi Jinping mempengerusikan sidang kemuncak maya tersebut di Beijing, dengan berkata bahawa China bersedia untuk bekerjasama dengan negara-negara Asia Tengah untuk membina komuniti yang lebih erat dengan masa depan yang dikongsi bersama.

Dalam pelbagai kesempatan, Xi telah menyeru kerjasama yang lebih erat antara China dan Asia Tengah terutamanya untuk merangsang ekonomi dan perdagangan, mengekalkan keamanan dan keselamatan serantau serta mendorong demokrasi dalam hubungan antarabangsa.

Kod kejayaan 

Pada hari Selasa, Presiden Xi menyatakan bahawa kunci untuk mencapai kerjasama yang berjaya antara China dan lima negara Asia Tengah ialah saling hormat-menghormati, semangat kejiranan yang baik serta persahabatan, setiakawan dan manfaat bersama.

Prinsip-prinsip ini merupakan pengalaman yang berharga dan kekayaan yang dikongsi bersama untuk negara-negara ini dan bertindak sebagai jaminan politik demi hubungan yang stabil dan berkekalan antara China dan lima negara ini selain sebagai sumber kekuatan untuk pertukaran yang mesra pada masa akan datang, tambah beliau.

China dan lima negara Asia Tengah telah mencapai keputusan yang mantap dan membuahkan hasil sejak tiga dekad yang lalu. Perdagangan China dengan negara-negara Asia Tengah berkembang sebanyak lebih 100 kali ganda sepanjang tempoh berkenaan, menurut Kementerian Perdagangan pada hari Isnin.

Sepanjang tempoh 30 tahun lamanya, saham pelaburan langsung China di lima negara ini melebihi $14 bilion, menurut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Cina pada bulan Januari.

Kelima-lima negara Asia Tengah ini kesemuanya menandatangani Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) yang dicadangkan oleh China. BRI telah menyokong negara-negara Asia Tengah dalam pemulihan pasca-pandemik mereka, seperti yang dinyatakan oleh Bank Dunia dalam satu laporan.

Komitmen China 

Pada hari Selasa, presiden Cina turut menegaskan lagi komitmen China untuk menyokomg lima negara Asia Tengah dalam mengikuti laluan pembangunan yang sesuai dengan keadaan mereka sendiri.

Tanpa mengira bagaimana keadaan antarabangsa berubah, tanpa mengira sejauh mana China membangun pada masa depan, ia akan sentiasa menjadi jiran yang baik, rakan kongsi yang baik, sahabat yang baik dan saudara yang baik kepada negara-negara Asia Tengah untuk dipercayai dan bergantung harap padanya, tambah Xi.

Beliau juga berkata bahawa China menyokong dengan teguh kelima-lima negara ini dalam melindungi kedaulatan negara mereka, kemerdekaan dan integriti wilayah, mengusahakan penggiatan semula negara serta perpaduan dan pergantungan terhadap diri sendiri dan memainkan peranan yang lebih besar dalam arena antarabangsa.

Cadangan untuk membina masa depan yang lebih cerah secara bersama

Memandang masa depan yang lebih cerah untuk hubungan China-Asia Tengah, pada hari Selasa Xi turut mengemukakan beberapa cadangan mengenai bagaimana kedua-dua pihak harus meneruskan persahabatan dan kerjasama mereka untuk memperjuangkan kesejahteraan bersama rakyat mereka.

Xi menyuarakan keperluan untuk memperbesar peranan yang dapat dicontohi bagi persahabatan berjiran yang baik, menggesa kedua-dua pihak untuk mengukuhkan pertukaran paras tinggi dan komunikasi strategik serta menganjurkan satu siri mekanisme dialog dan kerjasama seperti mesyuarat menteri-menteri luar negeri "China berserta Asia Tengah".

"Kami menentang dengan tegas percubaan oleh kuasa luar untuk mencetuskan revolusi warna di Asia Tengah, menentang dengan tegas campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara-negara lain dengan alasan hak asasi manusia dan menentang dengan tegas sebarang kuasa yang cuba untuk mengganggu kehidupan tenang rakyat di enam negara kami ini," kata Xi.

Xi turut berjanji untuk membina jalur kerjasama untuk pembangunan yang berkualiti tinggi bersama negara-negara Asia Tengah, berikrar untuk meningkatkan perdagangan China dengan negara-negara ini kepada $70 bilion menjelang tahun 2030.

Bagi mempertahankan keamanan serantau, Xi menggesa usaha yang berterusan untuk menumpaskan "tiga kuasa jahat" iaitu keganasan, fahaman pelampau dan fahaman pemisahan.

China akan menyediakan 50 juta dos vaksin COVID-19 lagi kepada negara-negara Asia Tengah pada tahun 2022 dan menubuhkan pusat-pusat perubatan tradisional di negara-negara dengan keperluan sedemikian, tambah beliau.

Pusat Perubatan Tradisional Cina-Uzbek dibuka di ibu negara Uzbek, Tashkent pada bulan Jun 2020 bagi menawarkan perkhidmatan perubatan tradisional Cina.

Bagi meningkatkan pertukaran individu-kepada-individu, Xi turut berjanji untuk menjadikan jumlah bandar bersaudara dengan lima negara ini kepada 100 gandingan dalam lima hingga 10 tahun akan datang serta menyediakan 1,200 biasiswa kerajaan kepada lima negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang.

Xi turut mengumumkan bahawa China akan menyediakan bantuan geran sebanyak $500 juta kepada negara-negara Asia Tengah bagi menyokong program sara hidup, mengulangi Inisiatif Pembangunan Global beliau yang bertujuan untuk menangani secara bersama risiko dan cabaran global dan memajukan Agenda Pembangunan Mampan 2030 PBB.

Dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing yang semakin menghampiri, pemimpin-pemimpin lima negara Asia Tengah ini turut berkata bahawa mereka benar-benar berharap dapat menghadiri upacara perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 pada minggu hadapan.

https://news.cgtn.com/news/2022-01-25/President-Xi-Jinping-chairs-C-C5-virtual-summit-176VRPYZESk/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Trade show news